Dec 31, 2011

3 hari lagi

Tak lama lagi,nak naik sekolah,
tengah fikir camna fir nak sekolah nanti nie.

----------
Sent from my Nokia phone

Dec 30, 2011

Patah

Semalam dari pagi sampai malam berkampung kat hospital.

Pagi pergi Az Zahrah,x ray apa semua,

lepas tu rasa macm tak puasati dengan apa yg doctor cakap.

Jadik minta refer hospital serdang.
Jadiknya keputusan tangan firdaus adalah patah.

Doctor kata tangan fir patah dekat tulang untuk pertumbuhan tulang,sepatutnya kena masuk besi tapi fir budak jadik doctor hanya simen.

Ada masalah akan timbul,doc kata takut tangan fir akan pendek sebelah. Jadinya hanya berdoa supaya semua okeh,

masa tengok doctor rentap tangan fir semalam,aduh sedih giler.

Mesti ada yg tanya camne boleh patah. Takde jatuh apa pun,cuma fir masa tu duduk,masa nak bangun,tangan ya menampung badan dia tergelincir,jadi tgn fir terkehel,dan fir terhempap sikit tangan dia.

Apapun semoga tangan fir cepat sembuh.

Dec 29, 2011

Nak naik sekolah,macam2 hal

Malam tadi tangan Firdaus,terkehel,tak jatuh,tak apa,cuma masa dia tengah duduk,nak bangun.,terus terkehel tangannya.

Sekarang ada kat Az ZAHRAH.
Harap sangat tak patah or retak.

----------
Sent from my Nokia phone

.

Dec 23, 2011

Jamuan harijadi

Semalam hari jadi si akak , dan sehari sebelum tu harijadi si adik 
Jadiknya sambut ler sekali semalam 
Tapi macam biasa , si adik low profile
Si akak jer yang lebih ..lagi2 semalam harijadi dia.
Jadi buat ler sikit majlis , jemput kawan2 yang rapat jer

Layan gambar , 
Antara menu semalam yang dimasak oleh nenek
Nasi ayam,agar2 coktail,puding jagung,mihun sup
tq nenek


besday boy & girl

 Kek yang disponsor oleh ucu
Ada dua kek, satu potong petang utk kawan2
malamnya potong ngn family maklong 
tq ucu

with present

 Akak with her Bff since form 1, si lulu

 with her bestfriend satu kelas

with her lovely mom

And last , si budak comel

Thanks semua pada yang menjayakan jamuan besday utk akak dan adik nie
thanks semua pada yang sudi datang
selalu sambut kecil2 jer , tapi kali ni akak buat jamuan skit 
sebab special dia kata , sweet 17
.

Dec 21, 2011

Selamat HariJadi Adik & Akak

Hari nie 21 December 2011
Genap dah adik berusia 16 tahun 


Dan 
esok pulak 22 December 
Akak genap usianya 17 tahun 


adik & akak 
How times flies!

for every step u take
for everything u do
i always be with both of u
Happy birthday
wishing u success & happiness always
 
Love,
Mama

Dec 20, 2011

PLANETARIUM NEGARA


Lepas aku dan along balik bercuti dari Melaka 
Kami berdua kena pulak bawak Firdaus ronda2 , & jalan2 tempat yang dia nak pergi
Mama ngn ayah gie Melaka tak mau ikut
Jadik kena ler tunaikan janji bawak firdaus ronda2 sekitar Kuala Lumpur
Tempat yang Fir nak pergi biasa lah Muzium Negara, Planetarium, Taman Burung 



Memula kami singgah ke Tasik Perdana , kami pergi ke Planetarium Negara
selesai je kami ke sana , bateri kamera pun kong, tensi betul tak dpt nak snap gambar dah 
lagipun Firdaus bukan suka bergambar..suruh posing je buat muka




firdaus lah snap gambar ni..kita nak snap gambar dia..dia taknak 
asyik snap gambar mama ngn ayah je.

Dari Planetarium , kami ke Taman Burung , Tugu Negara , lepas tu singgah masjid Wilayah jap solat Zuhur 
,dari situ kami ke KLCC ,ingat nak ke PetroSains , sekali tiket sold out..sian firdaus..
nanti kita terai pergi lagi ye..





Ronda2 jap sekitar KLCC..lepas tu terus ke Alamanda tengok wayang citer Puss In Boots..

.

Dec 19, 2011

Punyalah lama baru sampai

Plan asal balik kampung along Pernu@Umbai Melaka sebab ada kenduri 
Kenduri kawin, kenduri orang balik haji , dan ada kematian jugak 

Jadi alang palang dah sampai ,
along terus kasi suggestion jom kita cuti2 sekali 
puas pujuk firdaus ikut..dia tak mahu..sebab dia kata dah selalu sangat asal cuti melaka..asal cuti melaka
kalau tak balik kampung pun , 
g bercuti melaka jugak..jadi dia rasa dah selalu sangat 
jadiknya hanya aku dgn along saje ler..kasi can,..bagus gak tu..hahahhaha.

Jadiknya , oleh sebab rumah mertua aku kat Pernu  Melaka
itu sudah disewakan atas sebab peribadi 
jadik takde rumah lah nak lepak, terus kami sewa je hotel
itupun hotel baget jer..tapi cukup selesa lah bagi aku dan along , biliknya cantik , bersih tu yang penting 
Hotel nie dekat sangat dengan Jambatan ke Pulau Melaka, depan hotel ada kolam mancing .
Malam pulak kat jambatan ramai orang memancing..memang besh untuk sapa2 kaki pancing tinggal kat hotel ni ,sambil menikmati pemandangan laut..sebab dekat dgn laut..tapi tak boleh mandi..

Hotel Harbour Inn.
 kolam mancing ikan


Plan utama kami sebenarnya , adalah ke Pulau Besar yang betul2 kiranya kalau dari umah along memang nampak , dulu aku ada pernah tanya along , itu pulau apa belakang rumah mak..
along jawab Pulau Besar, nanti satu hari abang bawak gie sana..
rasanya setelah 9 tahun , baru hajat along nak bawak aku pegi Pulau  Besar akhirnya tercapai
Pulau ni tempatnya agak keras sikit..hanya orang melaka je tau rasanya,
tak boleh buat sembarangan, kat Pulau nie..cakap celupar ke ,cakap besar ke ..banyak sejarah pasal pulau nie, tapi aku tak amik Port sangat sebab asyik menikmati pemandangan pulau yang belum tercemar lagi .




Kami naik feri dari Jeti Serkam Pantai 
Jadual perjalanan yang aku ingat dari Jeti Serkam Pantai >> Pulau Besar 
adalah seawal pukul 8am,10am,12pm,3pm ini yang aku ingat 
Tiket pergi dan balik adalah rm14 seorang , yang mengambil masa dalam 25minit jer
sampai jeti Pulau Besar 
ada Van menanti = rm2 untuk sampai kat dalam pulau





Kat Pulau ni takde apa pun sangat, setakat lepak atau nak mandi manda okeh sangat sbb laut dan pantainya sangat cantik. Takde pembangunan sangat , ada ler chalet2 tapi tak banyak .
Tapi nextime aku nak pergi lagi tapi kali ni nak naik bot lagi besh..

Jadik sambil kami pusing2 , jalan2, lepaking tepi pantai ,apalagi.kami pun bergambar ,ini sebahagian gambar yang kami snap..yang lelain 18x..kena simpan utk koleksi peribadi..hihiihihii..






Lelain macam biasa kalau pergi Melaka,mesti ler jalan2 Bandar Hilir ,Padang Pahlawan ,
Jolker street ,naik Melaka cruise ,Taming Sari
Selama 2 malam kami di sana , aku dan along hanya berjalan kaki jer dari hotel ke Padang Pahlawan
dari lepas maghrib kami jalan lepak sana sampai dalam pukul 12 am..
tak pun lepak kat mcd ,
atau old town sambil menikmati angin bayu dari laut..
yang boleh tahan kuat jugak
memang syiok..
Lepas Check Out Hotel, kami sempat ke Pulau Melaka yang sebelah je Hotel kami , 
Semasa 2 hari kat sana , selalu lepak kat jambatan je petang2 , kalau malam pun tengok orang mancing 
Jadi sebelum kami balik kl..nak tengok ler Masjid Selat Melaka yang comel tapi cantik.sangat2



Lepas singgah Masjid Selat Melaka, Jalan2 cari makan 
sambil lawat sedara mara kat Telok Mas, Pernu dan Umbai Melaka
sambil menikmati angin laut..


Apapun puas hati ler pergi bercuti kali nie..
Untuk along thanks banyak2, sesekali berdua bercuti syiookk jugak kan ..




.

Dec 15, 2011

Ghost Protocol

Semalam , aku dan along layan Mission Impossible (Ghost Protocol)
Filem nie antara filem wajib tonton, along memang dari mula 
dah bising2 suh booking tiket
Tapi sebab baru balik bercuti , kepenatan , semalam baru ada can nak tengok
cerita ni memang banyak adegan suspen, 
lelagi masa Ethan atau Tom panjat hotel kat Dubai tu
memang suspen lah sangat 
sambil tu ada gak lawak2 sikit.
Tapi yang last-last mcm sedih sikit, pasal wife dia..kalau nak tahu , kena tengok sendiri.


suh bela rambut macam ethan 

4 bintang dari 5 bintang

Dec 12, 2011

Indahnya ciptaan tuhan

Akhirnya hajat kami kesampaian.
Syukur kepadamu ya allah.
Diberikan kami rezeki & kesihatan yg baik.

Alhamdulillah.syukran

----------
Sent from my Nokia phone

Dec 10, 2011

Fun fair

Balik dari soping kat JJ,si akak kasi idea ,jom kita g funfair
hajat hati nak naik ler 2-3 games..

Tapi sudahnya baru naik 1 games,dah kecut,dah rasa macam darah dalam badan ni,kena hisap vampire.

Kalau masa muda dulu,semua games aku boleh je main..

Lor ni kecut perut,factor usia gamaknya

terbahak2 gelak lepas abis satu games..terus balik, takut nak main games yg lain,nextime layak naik train je kot

----------
Sent from my Nokia phone

Dec 9, 2011

Setelah 6 tahun

Rasanya lama dah sangat tak naik motor ngn along
masa tayar kereta pancit aritu
dapatlah merasa naik moto berdua gie kedai mamak ,sementara nunggukan kedai tayar bukak.
Rasa last naik moto berdua ngn along 6 tahun lepas , itu pun suruh along hantar kat lrt cheras selatan eh salah pembetulan Bandar Tasik Selatan..hahhaha..tq bonda amani..
Punyalah lama ...

                                                           picture credit to google

Siap aku tanya along
kang pancit lak moto abang , orang gemuk naiklah katakan ..

Tayar kereta pancit..memang selalu dah .
setahun mau 3 kali ada ,ye lah aku keje kat kawasan perindustrian
agaknya ada lori paku kot hari2 tertumpah paku..
inilah nasib si pekerja kilang kicap..


Sesekali naik moto berdua ,
rasa mcm erra ngn awie dalam citer sembilu ..lak..
walaupun.....

Buat Apa

Sekarang aku macam malas je nak update blog

nak kata busy sangat itu idak ler.

tapi aku busy layan citer korean..tak pun layan movie , tak pun main angry bird
orang dah jemu main angry bird
aku baru ler terhegeh2 nak main ..

..

Happy weekend semua...

Dec 6, 2011

Pengalaman kena urut letrik dengan tukang urut lelaki

kenapa pergi berurut..
sebenarnya tangan kiri aku kan pergelangan tangan kiri ni tak berapa okeh
rasanya dah sebulan sakit..maybe dah lebih sebulan

walupun dah urut , masih jugak camtu .
jadik ada ler kawan suggest g urut letrik
dah terai malam sabtu tu ..

sampai je..tengok semacam je tempatnya
tempat urut kat dalam kedai makan .
semuanya mcm friendly ..mesra semacam..
salam2 sekian .kitaorg (attyalong) pun duduk tunggu turn..nak dkt 2 jam lebih gak nunggu turn
akhirnya sampai ler turn kitaorg

tukang urut tu ingat , mesti along yg nak urut
tapi rupanya aku ..tapi ada jugak orang perempuan lain yang urut..bukan aku jer..cuma hari tu jer pelanggannya aku sorang je perempuan..utk malam tu kot..
urutan ni menggunakan kaedah electric..

tapi tukang urut tu pakai glove..maybe takut kena renjatan letrik kot
lepas tu dia pegang satu batang besi yg mengalirkan arus letrik, lepas tu dia urut cam biasa
dia urutlah tangan kiri aku ..
masa dia urut tu , rasa mcm nak terkehel tangan aku
along kata dia nengok masa aku kena urut tu ..dah mcm orang oku je kaedahnya tangan aku
aku pun sebenarnya rasa sakit..
aku rasa mcm nak genggam je tangan tukang urut tu ..tapi sebab malu..aku tahan jer..

agak2 dalam 20 minit gak dia urut..tu pun aku rasa mcm tak tahan benornya
upah kasi seikhlas hati
result hasil urut..ada lah okeh sikit..dah tak sakit sangat ..
tapi rasanya mcm kena ulang lagi 2 kali kot..baru betul2 takde rasa sakit langsung..

.

Dec 5, 2011

Nak sangat makan durian..makan sampai pening

Penangan hari2 merengek2 kat along sebab nak makan doyan
ari2 nak doyan ..
Akhirnya along belikan lah 
kat tempat biasa kitaorang selalu beli 
aku bukan lah selalu makan durian nie..rasanya taun ni , baru ler dpt makan kot..

Ini pun sebab aritu g umah cousin aku , masa tu aku demam..
tgk mak , maklong ngn anak2 sakan layan doyan.
takleh jadi nie..itu yang ari2 merengek suh along beli


 Along tengah bz pilih durian
 iniler doyannya rm10 dapatlah 2 bijik
murahkan , lepas tu isi dia boleh tahan lak tu..besau lak tu buah duriannya 
kira memang berbaloi lah ,
sebijik kitaorang kongsi 3 orang makan 
lagi sebijik aku sorang2 je makan 
lepas tu pening kepala satu ari..

keesokannya kereta 2 hari bau durian 

sebenarnya along belanja durian ni ada makna
dengan syarat ,aku tak ajak dia pergi tengok ombak rindu
cukuplah sekali aku ajak dia tgk citer Twilight : Breaking down yang agak slow kali nie
kalau nak ajak sekali lagi tengok citer cinta2 ni ..memang idak ler kata along 
Tapi nanti citer Mission Imposibble wajib tonton..
siang2 asyik cakap..nanti booking tau ..

Sekarang hari2 dok layan lagu ombak rindu
sangatlah menyentuh jiwa betul lagu nie

sambil buat entry , sambil dengar lagu ombak rindu
sambil terliur lak nak makan durian lagi
.