Plan asal balik kampung along Pernu@Umbai Melaka sebab ada kenduri
Kenduri kawin, kenduri orang balik haji , dan ada kematian jugak
Jadi alang palang dah sampai ,
along terus kasi suggestion jom kita cuti2 sekali
puas pujuk firdaus ikut..dia tak mahu..sebab dia kata dah selalu sangat asal cuti melaka..asal cuti melaka
kalau tak balik kampung pun ,
g bercuti melaka jugak..jadi dia rasa dah selalu sangat
jadiknya hanya aku dgn along saje ler..kasi can,..bagus gak tu..hahahhaha.
Jadiknya , oleh sebab rumah mertua aku kat Pernu Melaka
itu sudah disewakan atas sebab peribadi
jadik takde rumah lah nak lepak, terus kami sewa je hotel
itupun hotel baget jer..tapi cukup selesa lah bagi aku dan along , biliknya cantik , bersih tu yang penting
Hotel nie dekat sangat dengan Jambatan ke Pulau Melaka, depan hotel ada kolam mancing .
Malam pulak kat jambatan ramai orang memancing..memang besh untuk sapa2 kaki pancing tinggal kat hotel ni ,sambil menikmati pemandangan laut..sebab dekat dgn laut..tapi tak boleh mandi..
Hotel Harbour Inn.
kolam mancing ikan
Plan utama kami sebenarnya , adalah ke Pulau Besar yang betul2 kiranya kalau dari umah along memang nampak , dulu aku ada pernah tanya along , itu pulau apa belakang rumah mak..
along jawab Pulau Besar, nanti satu hari abang bawak gie sana..
rasanya setelah 9 tahun , baru hajat along nak bawak aku pegi Pulau Besar akhirnya tercapai
Pulau ni tempatnya agak keras sikit..hanya orang melaka je tau rasanya,
tak boleh buat sembarangan, kat Pulau nie..cakap celupar ke ,cakap besar ke ..banyak sejarah pasal pulau nie, tapi aku tak amik Port sangat sebab asyik menikmati pemandangan pulau yang belum tercemar lagi .
Kami naik feri dari Jeti Serkam Pantai
Jadual perjalanan yang aku ingat dari Jeti Serkam Pantai >> Pulau Besar
adalah seawal pukul 8am,10am,12pm,3pm ini yang aku ingat
Tiket pergi dan balik adalah rm14 seorang , yang mengambil masa dalam 25minit jer
sampai jeti Pulau Besar
ada Van menanti = rm2 untuk sampai kat dalam pulau
Kat Pulau ni takde apa pun sangat, setakat lepak atau nak mandi manda okeh sangat sbb laut dan pantainya sangat cantik. Takde pembangunan sangat , ada ler chalet2 tapi tak banyak .
Tapi nextime aku nak pergi lagi tapi kali ni nak naik bot lagi besh..
Jadik sambil kami pusing2 , jalan2, lepaking tepi pantai ,apalagi.kami pun bergambar ,ini sebahagian gambar yang kami snap..yang lelain 18x..kena simpan utk koleksi peribadi..hihiihihii..
Lelain macam biasa kalau pergi Melaka,mesti ler jalan2 Bandar Hilir ,Padang Pahlawan ,
Jolker street ,naik Melaka cruise ,Taming Sari
Selama 2 malam kami di sana , aku dan along hanya berjalan kaki jer dari hotel ke Padang Pahlawan
dari lepas maghrib kami jalan lepak sana sampai dalam pukul 12 am..
tak pun lepak kat mcd ,
atau old town sambil menikmati angin bayu dari laut..
yang boleh tahan kuat jugak
memang syiok..
Lepas Check Out Hotel, kami sempat ke Pulau Melaka yang sebelah je Hotel kami ,
Semasa 2 hari kat sana , selalu lepak kat jambatan je petang2 , kalau malam pun tengok orang mancing
Jadi sebelum kami balik kl..nak tengok ler Masjid Selat Melaka yang comel tapi cantik.sangat2
Lepas singgah Masjid Selat Melaka, Jalan2 cari makan
sambil lawat sedara mara kat Telok Mas, Pernu dan Umbai Melaka
sambil menikmati angin laut..
Apapun puas hati ler pergi bercuti kali nie..
Untuk along thanks banyak2, sesekali berdua bercuti syiookk jugak kan ..
.