Dec 31, 2013

2013

Sekejap je kita sudah pun berada di hari terakhir 2013 
Sekarang masa berputar begitu cepat..tanpa kita sedari 
Kadang terfikir cukupkah amalan kita.. 
meninggalkan 2013 yang bagiku penuh kenangan manis 
kenangan pahit .. aku rasa takde .. semua pun manis-manis sahaja

Yang lebih manis , bila aku dapat menjadi tetamu Allah pada 14 March 2013 
Kenangan yang pasti akan ku kenang hingga akhir hayat 
dan aku senantiasa berdoa semoga aku dapat menjadi tetamunya lagi .amen .



Dan untuk tahun 2014 
Aku rasa takde azam yang hebat2 pun 
sebab azam lama sepatutnya diperbaharui 
Azam untuk menjadi hamba allah yang solehah, yang istiqamah , yang senantiasa merendah diri 
dan azam yang dah bertahun2 .. nak kurus kan badan 
ini harus nekad .. kang risau kalau ada rezeki , mana lah tahu kan 
itu semua darinya .. kang tak larat nak buat ibadah .. harus nekad utk kuruskan badan . 

Akhir kata untuk penutup 2013
terimakasih pada semua yang sudi singgah ke blog Attyfir 
maafkan kty kalau ada salah dan silap 
dalam penulisan selama ini .

Dan selamat Ulang Tahun Blog
tak sangka dah 6 Tahun Blog
Attyfir
Attyfir tercipta
gabungan nama Atty + Firdaus = Attyfir
sebelum tu sebenarnya kty ada
buka blog As Attyalong
tapi dah delete. 



 Selamat Tahun Baru .

Dec 24, 2013

19 Tahun

Agak terlewat buat entry besday Adik dan kakak yg telah berlalu pd 21 dan 22 december lepas.

Rasa semalam mama, baru je hantar kakak ngn adik masuk darjah satu..

Tapi itu semua dah berbelas tahun yg lalu. Sekarang kakak ngn adik dah bukan kanak2 tp sudah meningkat remaja.

Mama selalu mendoakan kakak ngn adik menjadik anak2 yg soleh dan solehah.berjaya dunia dah akhirat.






Selamat harijadi adik yg ke 18 dan utk kakak yg ke 19 thn.
Happy hirthday anak_anak mama. I hope uols will be person better than before.

Love U.
Mama.

posted from Bloggeroid

Dec 10, 2013

Dah Lama tak dengar Ceramah

Last Bulan 10 rasanya ke aku tak hengat
bila last aku dengar ceramah Ustaz Don.
Bukan apa ..semua ustaz pun kalau ada masa aku cuba hadirkan diri dengar ceramah
dari takde buat apa , aku pergi jer ..depan umah mak aku jer pun
tapi tiap kalo Ustaz Don buat ceramah ada jer hal aku .

Alhamdulillah sabtu lepas berkesempatan mendengar ceramah dari Ustaz Don



 semua gambar aku ambil di KPI FB Page

Selain kasi ceramah  pada sabtu lepas Ustaz Don merasmikan 
pembinaan bumbung KPI.




Kelebihan Menghadiri Majlis Ilmu
Lebih baik daripada mendirikan 1000 rakaat solat sunat.
Lebih baik daripada menyedekahkan 1000 dirham di jalan Allah.
Lebih baik daripada menziarahi 1000 pesakit.
Lebih baik daripada menghantar 1000 jenazah ke perkuburan.


Cuba muhasabah diri semula dalam sehari berapa kali kita buat solat sunat?
 Dalam seminggu berapa kali?? Sebulan??
 Boleh kira pakai jari kan.
Menyedekahkan 1000 dirham di jalan Allah. Menziarahi 1000 orang pesakit, jururawat mahupun doctor tidak mampu untuk melakukannya dalam satu hari. Menghantar 1000 jenazah ke perkuburan, dalam 1 tahun mungkin sorang dua sahaja yang kita sempat hantar kan?? Tapi keistimewaan yang Allah bagi umat Nabi Muhammad dengan hanya menghadiri satu majlis ilmu kita akan dapat ganjaran tersebut. Bukan sama pahalanya tetapi lebih baik dari empat perkara di atas. Subhanallah!! Nak lepaskan ke peluang ni?? Sesungguhnya majlis ilmu di dunia adalah merupakan taman-taman syurga. Kalau nak masuk syurga Allah yang tersangat indah dan hebat yang tidak dapat dibayangkan itu kita kenalah masuk taman-tamannya dulu.

Jom kalau ada masa , kita luangkan ke Majlis Ilmu
Sabtu ni bersamaan 14 December ada majlis ilmu di Surau Bangi Perdana , Panel Ustaz Azhar Idrus.
Jumpa di sana .



Dec 8, 2013

Dia Temankan Saya



Kat rumah ni, mama ngn Firdaus je yg minat durian
Kalau borong durian,mama ngn Firdaus je yg mengadap,makan beriyer-iyer

Tapi hari ni,mama masak kan pulut + santan sekali, sbb fir nak rasa mcm masa mama mkn kat Hatyai.

Walaupun minat durian, baru makan masuk 5 biji,kepala poning.

Tapi sian fir,dia.nak makan pulut, selain dgn durian, dia nak makan dgn mangga,

Beriyer le fir bawa buah mangga, dia ambik kan umah kawan
sekali mangga tu belum masak, tak sedap nak mkn dgn pulut.

posted from Bloggeroid

Dec 4, 2013

WW: JLN JLN CARI MAKAN

NasiLemak @Restaurant Al Nasa Sek 7 BBBangi


Mihun Sup @Tat Nasi Ayam Sek 15 BBBangi


Nasi Ayam Biasa @Tat Nasi Ayam Sek 15 BBBangi


Satay Samuri Kajang


Bandung Cincau @Tat Nasi Ayam Sek 15 BBBangi




.
posted from Bloggeroid

Dec 2, 2013

Hujan Banjir

Sekarang musim hujan kan 
Asal petang je hujan 
kadang hujan lebat sangat , jadik aku stay kat ofis 
tunggu hujan berenti

Bila hujan agak reda aku pun terus gerak balik 
masuk je kawasan Bangi,hujan masih lagi lebat 
Dalam hati , macamana lah aku nak balik umah ni 

sampai kawasan rumah ,air dah naik setakat buku lali
aku terus duduk dalam kereta, tunggu hujan reda skit 
sambil tunggu nak hilangkan boring aku main POU kat hp aku 
dulukan aku tak suka tau main game ,tapi sejak Fir donlod POU kat hp aku 
aku kena tolong jaga POU..aku pulak ler yg ketagih nak main ..


Tak sabar aku nak tunggu 
hujan reda, perut lapar bangat ,dalam kepala terfikir dah ni 
dapat makan sedap nie 
terus aku redah je hujan 
tapi malang , nya air penuh kat jalan , abis kasut aku .
kasut kesayangan aku .. dah rosak , usianya pun dah masuk 6 bulan ,
hari hari pulak kena hujan ,kesian kasut aku



kasut yang aku beli  di Butik Zalora Online Malaysia ,aku serasi sangat dengan Zalora 

Nampaknya aku kena ushar lagi kasut kat Butik Zalora Online Malaysia


Macam ada yang berkenan jer dah..macam suka jer ..
tak sabar nak soping kasut , jubah

jom semua
soping di
Zalora Online Shopping 

.







Nov 29, 2013

Bergaduh dengan jiran pasal Astro

Jumaat lepas kejadiannya
dah masuk seminggu baru nak citer :)
apalah kan , nak buat camner , saya sangat busy

Dalam pukul 3 macam tu si adik @acap
wechat mama. kata astro kat umah takde siaran

Aku terus .. eh..macam eh ..bior benar!
Aku lupa ke bayar bil ..sudah , tepuk dahi kejap
Terus cepat2 log in cimbclicks
cek balik satu-satu
kejap kang gosok gosok mata
cek satu -satu
okeh je bayar je , hati sudah kacau bilau
ye lah kalo Astro rosak.masalah nak tengok tv
satu siaran tak nampak

Balik umah pukul 5
tengok si adik dah ready lappy untuk mama
hah .takut lah tu mama nya naik hangin ate mama garang kan .
Terus cek astro , off /on banyak kali tak berhasil

Terus kol Astro Customer services
macam biasa , lama nak tunggu kat line
bila dapat dia minta no account / ic lah
lepas tu cek account ,
Account aku okeh je bayar..cantik ..lega kejap hati
jadik kenapa ni siaran takde pulak nie
hati panas..panas nya hati .
lepas tu orang astro ni dah lah satu hal , nak pass line kt Techinical lah
jadik tunggu lagi ..cek lagi acc ..hangin dah nie ..tapi sabar .sabar
lepas tu baru dapat disambungkan ke Techinical
dia pun tanya apa yang tak kena
aku cakaplah .. signal langsung takde .
yang dekat jam tu tak keluar jam pun

jadi nya Pihak astro cakap , itu takdapat signal tu
Cuaca macamana puan ?
Cuaca gelap ,aku jawab
Astro : Nak ujan ke apa pun
aku : maybelah kot , ate dah kol 6.30 dah nak malam pun
Astro : maybe pasal cuacalah puan , jadik signal tak dpt
aku : okeh fine, logic disitu ,sejuk skit ati
Astro : Puan off je semua plug ..dalam 1-2 jam nanti on balik
jadik nya aku ikut je lah solution yang dikasi

Dalam 2 jam aku On.. takde jugak .putus harapan aku
Sudah ni , apa yg rosak
sambil tu aku layan ler tv online kt Lappy
Malam tu tak tercapai hajat nak tgk Maharaja lawak mega
Terpaksa tanpa rela layan semi final muzik-muzik ..owh tak suka ,
Faktor umur ,bila makin  tua dah tak berapa minat
Baik layan Maharaja lawak mega , boleh gelak ketawa petua awet muda
kot-kot muda 10 tahun dari usia sebenar.

Malam Along balik keje
dia kejutnya aku yang sedang tidur ni
Along : Ayang . abg baru ingat , tghari smlm orang sebelah umah kita pasang astro
Aku : owh , jadik kenapa , apa kaitan nya ? sambil tido
Along : Abang rasa ada kaitan , tapi tak pasti mcmana kaitannya
Aku : okehlah tu .. esok ler kita bincang

Jadik terus lagi sambung tido mimpi pergi bulan
Tapi aku adalah bukan tido pun , mata je tido tapi telinga tak?
korang tau macamana ? korang penah ? mata tido ,  telinga tak tido. .terai ler buat
Jadinya aku dengar ler along godeh-godeh astro tu , kejap keluar umah .dok tgk piring astro lah tu
sambil aku tido tapi telinga tak tido , aku dok pikir , apa lah lagi laki aku ni ..kang tak pasal macam tikus baiki labu je tu kang ..lelama dalam aku pk punya pk ..aku  tido ..kali ni semua tido ..telinga pun tido . :)

Esoknya seawal pagi aku dah ke rumah mak , hantar firdaus training bola apa semua
Aku sms je along ,
Aku : Abang nanti ketuk lah pintu rumah orang sebelah , tanya diaorang

dah petang sangat macamtu dalam pukul 3pm
baru along jawab
Along : Ayang , abang dah jumpa , orang sebelah kata , nanti dia panggil tecnichian tengokkan apa masalahnya ..
kiranya along dah slowtalk ler kan dengan jiran sebelah
nasib le jiran sebelah ada sangat berbudi bahasa , jenis tak sentap , elok je dengar masalah kita
cuba bayangkan kalau Along ketuk pintu
cakap ..gini
Doc, semalam doc ada pasang Astro kan , lepas Doc pasang je astro , rumah kami pulak takde astro
agaknya lah kalau kita bercakap dengan jiran sentap , agaknya apa jiran sentap buat
ntah-ntah dia campak semua kuali periuk kat kita kan .
kalau campak ipad ke , tv lcd 52" ke , besh gak kan

Nak jadi citer , tepat pukul 6pm waktu Malaysia
Tecnichian yang Doc , kol sampai , terus pergi kat piring kitaorang
periksa apa yang patut..
Diaorang senyum ..
Terus cakap .. doctor , ye lah abang tu punya astro takde signal
lepas tu Technichian ke 2 yg ada kat tingkat 4 lak tgh test,terai ,sengetkan doc nya piring astro bawak ke kanan , ke kiri skit
tertiba alat test technician satu berbunyi ..tanda ada signal

Jadiknya disini , akhirnya masalah selesai
rupanya mmg jiran sebelah aku , kiranya doc nya piring astro
telah memblok piring astro kita selama lebih kurang 26jam dan aku takdpt tengok Maharaja Lawak Mega
dan tak dapat muda 10 tahun dari usia sebenar.
Tapi hikmahnya disini , ada jugak hikmahnya itu
Berkat sabar ,bertenang menghadapai situasi ..aku takyah nak panggil technician astro yang kekdang akan kena kan bayaran rm50 walaupun cek punya cek ..ko lupa nak on plug .
Dan lagi satu hikmah , Allah suruh kita ramah tamah dengan jiran ate aku rasa aku tak kenal sgt jiran baru aku ... along je selalu jumpa


Dan yang besh ..Astro kembali pulih,.
Nampak situ betapa penting nya lah kan Astro ni ..walupun naik rm2 kan bilnya,service bila ujan kelaut
tapi penting sangat macam kalau takde letrik dgn air ..
nak buat macamana , takde astro , tv ada bintikbintik je.

panjang nya entry ..jadik takyah dah update seminggu :)

Nov 25, 2013

Wedding Blogger

Tarikh : 16 November 2013
Tempat : Dewan Raja Muda Musa Seksyen 7 Shah Alam

Memula rasa mcm ragu-ragu je nak sampai.
sampai ke kita ni kakak.. ?
kakak sebagai peneman setia mamanya ,
Tapi berkat Menggunakan waze kami sampai dengan tidak sesat ke mana-mana pun

Walaupun dengan hujan lebat , kami selamat tiba ke Majlis perkhawinan ayu dan pasangan
Sampai terus daftar ,.. no meja kami no 55..no feveret aku..kenapa? No yg berkaitan dengan hidup aku ..semestinya lah..ini kalo org dekat2 tak ingat no 55 ni sentap 55 kali ,55 saat, 55minit, 55 tahun tak..hihihi takut ntah ada lagi ke tidak :) Memula sampai meja ..terpandang sesorg..eh mcm kenal .ate rabun..eh mcm kenal..lor rupanya lyn..sonok sgt.sbb kenal ..jdk tak malu .Tak lama lepas tu mya lak datang..yeah ..kira sesuai sgt..borak borak sementara tunggu pengantin , dihidangkan kitaorg dengan muzik gamelan .

dewan yang luas ,dan deco yang indah.

Bila pergi perkhawinan blogger ni ... yg seronok sebab dapat jumpa blogger2
ramai gak blogger yang aku jumpa..
benornya aku agak lama dah tak join event Nuffnang, gathering blogger atau sewaktu dengannya
di awal kemunculan sebagai blogger dulu aku rajin,
Bila usia semakin veteren , kita kasi can pelapis-pelapis
yang benornya semenjak si kakak continue study, aku mmg jarang dah jumpa blogger atau pergi event,
co pilot nan hado.jadi malas nak bergerak sorang, along bz sokmo ,kerja,kerja kerja,kalau cuti pun ,itu masa quality time hanya kami berdua, bulan madu di awan biru ..

jom layan gambar2 di majlis Ayu.

yg depan tu anak -anak buah ayu
ensem ngn cantik

 ayu dan syahrul

kty pun tak lama..lepas pengantin berarak, kitaorg pun makan , lauk pauk yg sedap,
ada eskeerem, tak malu minta eskerem banyak2..


kty pun jumpa pengantin bersalaman..tak boleh lelama, sbb ada hal lain

Terimakasih ayu sebab ingat nak jemput
Terimakasih semua blogger yg sudi bergambar dan bersalaman, walupun tak dpt bergambar .
andai berjumpa kita di mana2 sila tegur kty ye .

 walaupun malu nak bergambar
tapi bukan senang kita nak jumpa
jadi jgn lepaskan peluang
duduk dari kiri, anak buah lyn, lyn dan mya
yg belakang yg berdiri tu ,sendiri faham ler.
kitaorg meja no 55

nasib terjumpa Malina ni tau.. lama giler tak jumpa ko.
blog pun tak hapdet.. dan sicantik manis yan@Diana K. dan Amat yang comel
dapat jumpa Daela gak.. Kojah
tapi tak dpt nak bergambar bersama..huhuhu..rugis 

Untuk pengantin Ayu dan Syahrul  :-

Selamat menempuh hidup baru
Semoga menjadi keluarga yang saqinah, mawaddah dan warrohmah
Mendapatkan keturunan yang soleh dan solehah

 Diberikan rejeki yang berkah
semoga kalian bahagia hingga ke Jannah
Senantiasa dalam lindungan dan kasih sayang Allah SWT.Amen.


.

Nov 22, 2013

Jom Soping


jom like my page






Thanks semua for uols support .








Waktu Afdal Berdoa

Terdapat 22 waktu dimakbulkan do’a ialah :

1.Berdo’a sewaktu hujan turun.
“Berdo’alah pada waktu mustajab do’a iaitu
sewaktu pasukan tentera bertempur, waktu
mendirikan solat dan ketika hujan turun” (Hadis
Riwayat Abu Daud).

2.Ketika hendak bersolat berdasarkan hadis
diatas.

3.Selesai membaca al-Fatihah dalam solat.

4.Selepas mengucapkan ‘Amin’ apabila selesai
membaca surah al-Fatihah.
“Apabila imam mengatakan ‘Amin’, maka
ucapkanlah ‘Amin’. Sesiapa yang mengucapkan
‘Amin’ bersama dengan para malaikat,
diampunkan dosa yang telah lalu.” (Hadis
Riwayat Bukhari dan Muslim)

5.Pada waktu tengah malam, terutama sepertiga
malam yang terakhir.
“Allah s.w.t. turun ke langit dunia apabila tinggal
sepertiga malam yang terakhir dan berkata : ‘Ada
sesiapa yang memohon kepada-Ku untuk Ku
makbulkan, ada sesiapa yang meminta kepada-Ku
untuk Kuberikan, ada sesiapa yang beristighfar
memohon ampun untuk Ku ampunkan?” (Hadis
Riwayat Bukhari dan Muslim)

6.Waktu di antara azan dan iqamah.
“Tidaklah ditolak do’a di antara azan dan
iqamah.” (Hadis Riwayat Tirmizi).

7.Ketika sujud dalam solat.
“Sehampir-hampir hamba kepada Tuhannya ialah
pada waktu sujud, maka perbanyakkanlah
berdo’a.”
(Hadis Riwayat Muslim).

8.Selepas berselawat ke atas Nabi Muhammad
s.a.w dalam tahiyat akhir.

9.Selesai solat fardu.
 “Ditanya kepada Rasulullah s.a.w., ‘Do’a
manakah yang didengar (Allah)’ Sabda baginda,
“Do’a itu mustajab pada waktu malam dan
selesai solat fardu.” (Hadis Riwayat Tirmizi).

10.Sepanjang waktu berpuasa.
Sabda Nabi s.a.w yang bermaksud, “Tiga bentuk
do’a yang dimustajabkan Allah; do’a ibu bapa
terhadap anak, do’a orang yang berpuasa dan
do’a orang yang bermusafir.” (Hadis Riwayat
Baihaqi)

11.Malam al-Qadar berlaku pada bulan
Ramadhan.

12.Ketika khatam 30 juz al-Qur’an.

13.Sepanjang hari Jumaat itu, dengan harapan
bersua dengan waktu mustajab do’a.
Nabi s.a.w. bersabda yang bermaksud : “Pada
hari Jumaat itu, ada satu waktu yang apabila
seseorang hamba memohon kepada Allah
sesuatu, maka akan diberikan-Nya”. (Hadis
Riwayat Bukhari).

14.Sepanjang perjalanan semasa bermusafir.
“Tiga bentuk do’a yang pasti dimakbulkan Allah,
iaitu ; do’a orang yang teraniaya, do’a orang yang
bermusafir dan do’a ibu bapa terhadap
anaknya.” (Hadis Riwayat Abu Daud).

15.Pada hari ‘Arafah iaitu 9 Zulhijjah.
Nabi s.a.w. bersabda yang bermaksud : “Sebaik-
baik do’a adalah pada hari ‘Arafah, dan sebaik-
baik do’a yang aku dan para nabi yang lain
ucapkan ialah (maksudnya) : ‘Tiada Tuhan yang
sebenarnya yang layak disembah melainkan Allah,
tiada sekutu bagi-Nya, bagi-Nya kerajaan dan
pujian, dan Dia Maha Berkuasa atas segala
sesuatu’. (Hadis Riwayat Tirmizi)

16.Ketika berjihad dan sewaktu melaksanakan
ibadah haji atau umrah.
“Orang yang berjihad pada jalan Allah dan orang
yang mengerjakan haji serta umrah merupakan
tetamu Allah, Dia menyeru (memerintahkan)
mereka dan mereka menjawabnya
(menunaikannya) mereka berdo’a kepada Allah
lalu Allah terimanya.” (Hadis Riwayat Ibn Majah)

17.Ketika iman meningkat kerana berbuat taat.
Sabda Nabi s.a.w. yang bermaksud, “…dan
adalah hamba-Ku mendekatkan dirinya kepada-
Ku dengan ibadah yang sunat hingga Aku
mencintainya, jika Aku sudah mencintainya, Aku
akan menjadi pendengarannya yang dengannya
dia mendengar dan penglihatannya yang
dengannya dia melihat dan tangannya yang
dengannya dia menyentuh dan kakinya yang
dengannya dia melangkah, dan jika dia meminta
akan Kuberikan dan jika dia meminta perlindungan
nescaya akan Kulindungi.”

18.Waktu menerima ujian.
“Atau siapakah yang memperkenankan do’a orang
yang menderita apabila ia berdo’a kepada-Nya,
dan yang menghapuskan kesusahan, serta
menjadikan kamu pengganti (umat-umat yang
telah lalu) mendiami dan menguasai bumi?
Adakah sebarang tuhan yang lain bersama-sama
Allah? Amat sedikit antara kamu yang
mengingati nikmat Allah itu (Surah al-Naml ayat
62)

19.Ketika berperang kerana Allah.
Sabda Nabi s.a.w yang bermaksud, “Dua jenis
do’a yang tidak akan ditolak oleh Allah s.w.t.
atau jarang-jarang sekali ditolak; do’a sewaktu
azan dan ketika berlakunya peperangan.”
(Hadis Riwayat Abu Daud)

20.Ketika menghadiri penyelenggaraan jenazah.
Ummu Salamah r.ha. melaporkan bahawa Nabi
s.a.w. bersabda yang bermaksud, “Apabila
engkau menziarahi orang yang sakit atau
menziarahi jenazah, berkatalah hal yang baik-
baik, kerana para malaikat mengaminkan apa
yang kamu katakan itu.” (Hadis Riwayat Muslim)

21.Selepas saat kematian seseorang.
Diriwayatkan daripada Ummu Salamah r.ha.
bahawa Nabi s.a.w. menziarahi jenazah Abu
Salamah r.a lalu menutup matanya. Baginda
bersabda maksudnya, “Sesungguhnya roh
seseorang yang keluar dari jasadnya akan diekori
oleh mata.” lalu baginda bersabda lagi yang
bermaksud : “Janganlah kalian berdo’a untuk diri
kalian melainkan perkara yang baik sahaja kerana
malaikat mendo’akan untuk kalian.” Baginda
kemudiannya mendo’akan untuk Abu Salamah
r.a”.

22. Ketika ayam berkokok.
Nabi s.a.w. bersabda yang bermaksud, “Apabila
kamu mendengar ayam berkokok, mohonlah
anugerah-Nya, kerana ayam itu melihat
malaikat.” (Hadis Riwayat Bukhari) Sahabat
yang dimuliakan,
Marilah sama-sama kita berusaha untuk berdo’a
diwaktu-waktu mustajab do’a. Semoga dengan
ikhtiar kita yang sedikit ini Allah perkenankan
do’a-do’a kita dan meletakkan diri kita bersama
barisan hamba-hamba-Nya yang di redhai di
dunia dan akhirat.
(Dipetik dari buku 101 Do’a daripada Hadis-
hadis Sahih oleh Ustaz Zahazan Mohamed.)


posted from Bloggeroid

Nov 21, 2013

Doa sebelum Tidur


pic credit to google.


.

posted from Bloggeroid

Potong Jalan

pic credit to google

Gambar tu jalan berlubangkan 
tapi kat area ofis aku ni 
diaorg tgh sakan potong jalan ..
tak tau camne. 
dia potong2 lepas tu jadi mcm garisan 
tapi dalam lubangnya 

Sebelum sampai ofis aku kena lalu jalan berlubang ni 
dalam 5-6 bijik jugak ler 
kalau org tak perasan , mesti belasah je bawak laju 
makin uzurlah keretakan kalau main langgar je lubang tu 

kang dibuatnya Malaysia nak lupuskan kereta yang usia 12 thn 
Acaner? belum 12 tahun pun kereta dah barai 
semuanya akibat jalan raya yang tak cantik kt Malaysia nie
kang kalo cantik sangat jalannya ,setiap 500 meter kena tol pulak 

barang semua makin naik .
gaji tak naik-naik 
Rakyat Malaysia kena bersyukur ye tak 
negara kita tak de perang apa semua 
ye tak ? ye tak ? 
bak kata shuib sepah2
pening lah .. peninglah ..

.tunggu 5 thn lagi ..

.

Nov 18, 2013

Apa yang sedapnya



Sedap betul telur mata kuning cair cair ..lagi sedap..

Licin nasi goreng.
Dah tak menjadi dietnya
Hari-Hari cheating day..hari hari makan..tak ingat dunia

Fir selalu tanya
Apa yg sedapnya telur mata ,lps tu kuningnya cair mama?.

Mama jawab: fuh ,tak tau nak ckp.tapi mmg sedaplah.

Sebenarnya Fir dia tak pandai makan kuning telur,telur mata atau telur rebus, dia mesti mkn yg putih telur je,yg kuning dibuangnya.

Tapi kalo makan telurseparuh masak,bolehlak masuk semua.

.

posted from Bloggeroid

Nov 14, 2013

Berkerja Tapi Buat Bisnes.. Apa Hukumnya ?



Pagi nie tadi dengar ceramah kat Tanyalah Ustaz TV9.

Tajuknya : Perniagaan Adalah Sunnah

Apa yg menarik minat aku adalah ada satu soalan.

Soalan berbunyi ,Berdosa tak kalau orang yg bekerja buat perniagaan waktu kerja.

Ustaz jwb : Bila kita bekerja dengan org, kita dah buat perjanjian utk bekerja dengan jujur, tidak curi tulang, jadi kita dah janji mcm tu, kita sendiri tau hukumnya. Siapa yg terikat dengan pekerjaan,tapi masih menjalankan perniagaan pandai pandailah atur waktu. Kalau boleh lepas waktu kerja atau waktu rehat.

Oleh kerana kty pun bekerja ,dan dalam waktu yg sama berbisnes.
Jadi macamana kty handle semuanya.

Cara kty bekerja adalah sangat berbeza dari org lain.Sebab itu allah kata dia kasi rezeki kepada hambanya dalam berbagai bagai bentuk dan rupa,bukan hanya rezeki dengan wang ringgit sahaja, kdg rezki itu dtg dgn kita ada anak anak yg sehat selalu, suami yg soleh dan syg pada kita, family yg baik baik, punya kawan-kawan yang baik , itu semua rezeki darinya .

Alhamdulillah ,allah berikan rezeki utk kty..dengan memberi bos yg baik, yang tidak berkira.

Malah izinkan kty berTenet , sehari 8 jam kerja , hanya 1jam kty keje betul betul. Itulah rezeki yg allah beri,

Bos mmg tak kesah kty bertenet, dia pun kata dari u main fb, tgk movie ,bagus juga u berbisnes.
Alhamdulillah rezeki masing-masing.
Kadang ada juga kawan2 tanya, kty nier kerja apa?..rileks je semedang
memang diakui keje kty tak pressure macam orang lain ..
kty hanya jawab , kty keje jadi MakGuard kilang kicap , jerrr pun..
Lepas tu orang yang bertanya akan cakap..Mak Guard pun leh je tenet eh ..?
Mak Guard Cerdik IT lagi tu ..hehehhe.. ini lumrah zaman moden ..semua pun dan celik it .
semua pun ada fb bagai .
itulah rezeki memasing , yang  allah berikan , kty amat amat bersyukur

walaupun satu ketika dulu , kty bosan juga ,
dulu pernah keje dengan ramai kawan ..mcm2 program bagai
tapi sekarang kty sorg je, kty lah sorg je perempuan dan org islam di company nie
keje duduk je ofis kalau bos takde..bos mmg selalu takde pun
bila boring layan fb, blogwalking ,tgk movie ,ngaji online, sampai dah tak tau nak online apa dah lagi
rasa mcm fed up ,smpi rasa nak berenti keje

bos pujuk, jangan berenti , dia cakap u dah senang keje sini
takde sapa kacau u nak buat apa , keje pun tak banyak , bz cuma hujung bulan jer
i tak kesah u nak bertenet ke apa ker .. janji u jujur tolong tengokkan my company bila i g outstation selalu .

Bila difikirkan betul juga apa dia cakap ..
kalau gaji banyak , tapi hari hari pressure sampai takut nak pegi kerja ,sampai  takde mood nak pergi keje ,
pun tak besh,..jadi tak ikhlas.

 Yang penting kita kena amanah,jujur dengan pekerjaan kita. Syukur alhamdulillah dengan rezeki yang allah berikan .


posted from Bloggeroid

Keutamaan Puasa 10 Muharan



Dari Ibnu Abbas r.a berkata Rasulullah S.A.W
bersabda : "Barang siapa yang berpuasa pada
hari Aasyura (10 Muharram) maka Allah S.W.T
akan memberi kepadanya pahala 10,000 malaikat
dan barang siapa yang berpuasa pada hari
Aasyura (10 Muharram) maka akan diberi pahala
10,000 orang berhaji dan berumrah, dan 10,000
pahala orang mati syahid, dan barang siapa yang
mengusap kepala anak-anak yatim pada hari
tersebut maka Allah S.W.T akan menaikkan
dengan setiap rambut satu darjat. Dan barang
siapa yang memberi makan kepada orang yang
berbuka puasa pada orang mukmin pada hari
Aasyura, maka seolah-olah dia memberi makan
pada seluruh ummat Rasulullah S.A.W yang
berbuka puasa dan mengenyangkan perut
mereka."
Lalu para sahabat bertanya Rasulullah S.A.W :
"Ya Rasulullah S.A.W, adakah Allah telah
melebihkan hari Aasyura daripada hari-hari lain?".
Maka berkata Rasulullah S.A.W : "Ya, memang
benar, Allah Taala menjadikan langit dan bumi
pada hari Aasyura, menjadikan laut pada hari
Aasyura, menjadikan bukit-bukit pada hari
Aasyura, menjadikan Nabi Adam dan juga Hawa
pada hari Aasyura, lahirnya Nabi Ibrahim juga
pada hari Aasyura, dan Allah S.W.T
menyelamatkan Nabi Ibrahim dari api juga pada
hari Aasyura, Allah S.W.T menenggelamkan
Fir'aun pada hari Aasyura, menyembuhkan
penyakit Nabi Ayyub a.s pada hari Aasyura, Allah
S.W.T menerima taubat Nabi Adam pada hari
Aasyura, Allah S.W.T mengampunkan dosa Nabi
Daud pada hari Aasyura, Allah S.W.T
mengembalikan kerajaan Nabi Sulaiman juga
pada hari Aasyura, dan akan terjadi hari kiamat
itu juga pada hari Aasyura !".

sumber dari google.


.

posted from Bloggeroid

Nov 12, 2013

Kena Tahan JPJ

Semalam hari yg sangat super busy
Bos suruh aku pergi hantar barang ,sebab diaorg semua takde
Jadi semalam kenalah jadi despatch
dari Nilai ke semenyih ,serdang bangi kajang
dan semalam ada lah puasa.. jadi sangatlah menguji kesabaran .

Pukul 4 pm
Baru nak masuk ofis
Tertiba ada Roadblock..
memang dah selalu JPJ buat roadblock kt area ofis aku ni
biasalah tempat ramainya warga asing ..dan dekat pulak ngn pejabat JPJ.


Semalam masa pukul 4pm.
mana ada orang lalu jalan tu dah
jadinya memang kereta aku jer sebuah..
selalu tak pernah kena tahan .hari semalam kenalah tahan..kang JPJ takde keroje lak

saja lah semalam nak tengok lesen lah .
jadi aku pun kuarkan lesen..masa nak kasi lesen dia..
JPJ tu tanya " Puan ..mmg letak beg kt atas kerusi tu ke ? ..
me : lor..kan tadi awak yg nak tgk lesen saya..jadi saya amik lah beg saya yg bawah kerusi , kalau tak mana dtgnya lesen saya ..apa ingat saya DORAEMON..benornya takde mood..sbb cuaca adalah panas..

JPJ : Oh maaf puan ..
me : ok ..dah cek ke lesen saya..hidup ke mati..?
JPJ : Semua okeh puan terimakasih..

aku pun berlalu pergi .. yg benornya debor gak kot terlupa hidupkan lesen ke kan , terus cek balik..fuh..lambat lagi mati nya 5 May 2015..

certeka bila besday saya?..hahhahaha..tertiba..


Nov 11, 2013

Akhir tahun




Pejam celik , Persekolahan tahun 2013 dah nak berakhir.
Tahun depan anak bongsu saya dah tahun 5.
Kejap je dah besar panjang.

posted from Bloggeroid

Nov 7, 2013

Tips Untuk Haji dan Umrah.


TIPS KE TANAH SUCI: 
Setiap kali, nampak gambar Kaabah di tv atau gambar di fb atau di mana2.. terus angkat tangan dan berdoa "Ya Allah..jemput aku ke Tanah Suci atau jemput aku lagi ke sana Ya Allah, aku nak ke sana Ya Allah.. Aamiin" ~ Ustaz Dr.Mohd Izhar Ariff, Tanyalah Ustaz 29 Oct 2013




Nov 6, 2013

Sedihnya hati..



Petang tadi dapat kol dari sahabat baik ku Kak Ina.
Kami mmg dah kenal lama sejak umur aku 18thn..

Tapi aku sedih sebab..bila kak ina kasi tau suami dia meninggal hari isnin sebelum Maal Hijrah.

Yang ralitnya..dia kol aku,tapi aku tak angkat.. sebabnya.no tu aku tak kenal.. knplah kak ina tak sms aku masa tu.. ya allah.. aku nangis je masa kak ina kol..kami sama sama nangis.

Aku berulang kali mintak maaf ,
Aku doakan semoga Kak Ina dapat lalui hidup ini dgn tabah dan sabar bersama anak tunggal mereka Ain.

Alfatihah.Semoga roh suami kak ina ditempatkan dikalangan org org yg beriman.Amen.

posted from Bloggeroid

Pengat Labu



Dah lama aku tak makan pengat labu, kali terakhir makan, aku ingat lagi,terus kepala aku pening ,pusing ,toingtoing,2hari 2mlm,

Terus trauma nak makan labu..
Hari ni kita test.. okeh tak.!
Kalo pening ... jgnlah gatal gatal.nak makan labu.

satu mangkuk labu hanya rm1 dulu kini selamanya tak tau lagi


.

posted from Bloggeroid

Nov 1, 2013

New Family Member



Baby Iman

comey sangat..cantek sangatt.

Tak sabar MakMok nak jumpa awak


.
posted from Bloggeroid

Oct 31, 2013

Chiffon Dress







TOPS PRINTED SET
1 SET TOPS & SKIRT : RM 128.00 +POSTAGE RM8
SUIT FOR BFEED MOM
MATERIAL : HIGH QUALITY COTTON
DESCRIPTION TOPS:
SIZE : 38-40 / L
SHOULDER : 15"
DRESS LENGTH : 38 1/2"
ARMPIT WIDTH : 21"
ARM LENGTH : 22"
BUST : 38"
WAIST : 38"

SIZE : 44/XXL
SHOULDER : 17"
DRESS LENGTH : 40"
ARMPIT WIDTH : 23"
ARM LENGTH : 23"
BUST : 44"
WAIST : 42"
For more info and details pls do not hesitate to pm me at fb,whatsapp &wechat at no 0134538045
#attyfirCloset
posted from Bloggeroid