Nov 14, 2013

Keutamaan Puasa 10 Muharan



Dari Ibnu Abbas r.a berkata Rasulullah S.A.W
bersabda : "Barang siapa yang berpuasa pada
hari Aasyura (10 Muharram) maka Allah S.W.T
akan memberi kepadanya pahala 10,000 malaikat
dan barang siapa yang berpuasa pada hari
Aasyura (10 Muharram) maka akan diberi pahala
10,000 orang berhaji dan berumrah, dan 10,000
pahala orang mati syahid, dan barang siapa yang
mengusap kepala anak-anak yatim pada hari
tersebut maka Allah S.W.T akan menaikkan
dengan setiap rambut satu darjat. Dan barang
siapa yang memberi makan kepada orang yang
berbuka puasa pada orang mukmin pada hari
Aasyura, maka seolah-olah dia memberi makan
pada seluruh ummat Rasulullah S.A.W yang
berbuka puasa dan mengenyangkan perut
mereka."
Lalu para sahabat bertanya Rasulullah S.A.W :
"Ya Rasulullah S.A.W, adakah Allah telah
melebihkan hari Aasyura daripada hari-hari lain?".
Maka berkata Rasulullah S.A.W : "Ya, memang
benar, Allah Taala menjadikan langit dan bumi
pada hari Aasyura, menjadikan laut pada hari
Aasyura, menjadikan bukit-bukit pada hari
Aasyura, menjadikan Nabi Adam dan juga Hawa
pada hari Aasyura, lahirnya Nabi Ibrahim juga
pada hari Aasyura, dan Allah S.W.T
menyelamatkan Nabi Ibrahim dari api juga pada
hari Aasyura, Allah S.W.T menenggelamkan
Fir'aun pada hari Aasyura, menyembuhkan
penyakit Nabi Ayyub a.s pada hari Aasyura, Allah
S.W.T menerima taubat Nabi Adam pada hari
Aasyura, Allah S.W.T mengampunkan dosa Nabi
Daud pada hari Aasyura, Allah S.W.T
mengembalikan kerajaan Nabi Sulaiman juga
pada hari Aasyura, dan akan terjadi hari kiamat
itu juga pada hari Aasyura !".

sumber dari google.


.

posted from Bloggeroid

4 comments:

lieyalatif said...

in sha Allah kak...moga puase kite diberkati dan diterima Allah swt....amin...

safurara said...

selamat berpuasa =)

Lyn Yusoff said...

seronoknya pada yg dpt puasa 10 muharram. lyn tak dpt.. ater bendera jepun.. huhuhu

wantie said...

secara jujurnya T tergerak hati nak amalkan puasa ouasa sunat ni sebab masuk blog kty. bila kty bagi tau ttg puasa seolah olah remind kan T tentang puasa puasa sunat.

sambil tu google juga mencari maklumat tambahan.

alhamdulillah selamat pun mengerjakan puasa sunat 9 dan 10 muharram.

terima kasih T ucapkan buat kty.
kekadang terasa mcm nak je mintak e-mail kty. nak jugak berkongsi ilmu ngan kty.

tapi tulah takut kty sibuk.