Jun 18, 2014

Selepas 6 Bulan



6 Bulan dah sekolah, kasut sekolah pun hancur.
Kena beli yang baru, lagi lah si Firdaus ni aktif kat sekolah sukan apa semua, lagi lah hancur kasut sekolah

posted from Bloggeroid

Jun 16, 2014

Pindah

Kakak nextweek dah kembali ke Politeknik selepas lebih 8 bulan berada di Bangi , minggu depan kakak kembali utk sem ke 5 di Poli.

Dukacita , utk sem kali ini , kakak tak dapat hostel, jadi kena cari rumah sewa.

Jadi 6 June hari tu, aku dan kawan2 kakak pergi ler mencari rumah sewa
Alhamdulillah dapat walaupun jauh dari Poli.takpe lah kakak lagi setahun je



Ini lah rumah sewa kakak
Banyak kali aku pesan, duduk dengan kawan2 kena banyak muafakat, kena kerja sama jangan gaduh2.

posted from Bloggeroid

Jun 13, 2014

Baki

Semalam ke satu kedai , lepas berurusan aku kasi note rm20
lepas tu makcik tu pulangkan rm6 ,
masa aku ambil baki , dok kira2 eh bior benor, brg hrga barang tu?

sehinggalah aku melangkah keluar kedai, dan aku baru perasan
makcik tu dah salah kira
jadi aku masuk balik dalam kedai
dan kasi tau makcik tu, makcik salah kira

boleh makcik tu cakap
lain kalau awak kena kira siap2 dalam kedai, kalau dah keluar kedai dah tak boleh mintak lagi kalau salah kira?

owh boleh macam tu ye?
saya nak pastikan saya salah atau makcik salah, sbb tu saya dok fikir2 lagi.scan kepala saya samada saya kasi rm10 atau rm20 lepas cek poket saya, mmg confirm saya kasi makcik rm20

makcik tu terus bebel2 ,
dgn ada satu customer menyokong pulak makcik tu..
nasib ler aku malas nak layan, lantak korang ler makcik kakak ooi letih mulut korang
yang aku tahu aku nak baki aku rm10,
memula aku mmg macam panas hati je ngn cara makcik tu jawab ..senang je kan
dah ler kau tak mintak mahap, lagi nak bebel, kalau kau kira cara kaedah kau tu
asik silap kira je.. leh gi haji balik hari , sebab orang tak boleh tuntut baki yg makcik kira
aku macam nak sound je makcik tu, takpe lah makcik , saya halal kan je rm10 tu, (tp ckp dlm hati,sbb taknak lawan..orang tuaaa...sabar )

kadang2 orang tua ni rasa dia je betul.cuba bertolenrasi skit,
lepas tu cuba kalau salah minta maaf , tak rugi

lepas dapat baki haku, aku minta maaf , no heart feeling lah makcik .semua org melakukan kesilapan..

malam tu , aku buka puasa , ada org minta sedekah , aku kasi je rm10.. sebab aku rasa duit tu mmg bukan hak aku..lepas tu makcik yg aku kasi tu siap menangis..sedih..

aku pun sedih.. sedih dengan apa2 yg jadi pada sekeliling kita, dengan mcm2 ragam manusia
kekadang lebih baik berdiam dari beriyer2 menegakkan kebenaran, Silent is Better, allah kan ada
dan jangan terlalu fanatik pada sesuatu , apa kita buat kena bersederhana.

.

Jun 12, 2014

Nifsu Sya'ban



Embun suci di pagi hari,
Hati yg bersih ‘kan lahir kembali.
Catatan amal telah berganti,
Bersihkan diri menghadap Ilahi.
Mohon maaf atas segala khilaf yang
ada, selamat Nisfu Sya'ban Semoga ibadah kita diterima Allah Ta’ala.
Semoga kita semua berkesempatan
untuk bersama-sama menyambut
Ramadhan pada tahun ini
Amin.

posted from Bloggeroid

Jun 11, 2014

Nasi Goreng Udang Pantai BNO



Kalau hantar kakak balik belajar
Harus singgah makan Nasi Goreng udang kat Pantai BNO ni

Kalau tak silap harga rm5.50 sepinggan
Nampak je sikit udang nya tu.
Tapi sebenarnya udang_udang itu sangatlah pemalu dan tak mesra alam.

Aku nya style kalau makan
Tak payahnya nak kopek2 kulit tu, boleh je potong2 makan, kecuali kepala udang,
Kalau rasa nak jadi bisu, rosak kerongkong cubalah telan kepala udang tu.

Walaupun selalu dengar tak elokkan makan kulit udang..sebab apa dah lost memory.sesekali tak mengapa jgn selalu

posted from Bloggeroid

Jun 9, 2014

Tuduh

Baru2 ini aku tercari2 jubah feveret yg selalu aku pakai.
Mana lah pulak hilangnya jubah tu.

Dalam kepala otak mulalah dah syak,
Along buang ke.? Kalau tak buang, maybe terjatuh masa sidai kat ampaian.

Tapi pagi tadi cari2 jumpa, ada je terselit antara baju yg lain

Lepas tu tercari2 tudung pulak,
Macam hilang 2 je tudung aku,dalam.tuppaware yg selalu aku simpan,
Syak along lagi.
Along jual kt Group tudung ke ni.
Padahal selalu pesan, kalau sehelai hilang, aku tahu tau.!!!
Jangan sesekali usik tmpt tudung Attyfir tu.


Balik karang nak kena cari lagi.
Raya nanti baru mintakmahap dgn along, :)




Tuppaware Tudung aku..kalau nak terapi minda , belek2,belai2.
posted from Bloggeroid

Jun 5, 2014

Rm15 jer pun

Hari Isnin 2 June 2014 haritu ada lah sahabat nak belanja aku dan anakdara aku sikakak
Jadi yg aku ni teringin lah nak makan dekat Cafe Picc buffet yg rm15 tu.Selalu dengar org cerita
baca kat Blog je

Jadi Jom kita ke sana.
Sampai sana dalam pukul 1.10pm
Sampai kitaorg duduk luar sbb nak view putrajaya indah itu.

Lepas tu terus pergi ambil makanan.
Tanpa agak hampa lah
Takde choice dengan semua makanan dah habis, bekas kosong terkulat2 lah aku dengan pinggan kosong.
tak restock.Aku tengok Supervisor pun gelabah semacam je
jap2 snap gambar , wasup anak buah kot suruh restock

lepas tu aku ambil cake je pun.cake biasa2 je
Kakak , dah bebel2..lapar xde apa pun mama yg nak makan.semua dah licin dalam tempat lauk tu
Jadi kami kena tunggu sekejap
Itu pun xde nasi, ada lah lauk ikan masak kicap , ayam masak lemak cili api,kobis goreng kicap



Macam tau je lah aku diet.memang suruh makan lauk, tak kasi aku mentedarah hari tu
Lepas tu suh kakak order air milo ais 2 cawan, untuk mama sorang je
kenyang minum air milo ais, kena bayar tau.bukan dalam pakej.

Alhamdulillah dpt makan sambil tgk view Putrajaya yg cantek.

Ye lah RM15 je pun, jangan harap le kau nak mimpi makan mcm kt hotel bufffet yg hrga 80++ kan.
dan hari tu , aku rasa kalau mak aku yang masak lagi sedap dari lauk yg disediakan kat situ
pendapat aku je lah .. harga pun murah kan .. tak boleh lah nak harap lebih-lebih



.
posted from Bloggeroid

Jun 3, 2014

Facial Bangi

Dah lama , mama bebel tgk muka kakak
Liang pori mcm terbuka
Hari-hari mama bising, kenapa buruk sangat muka ko kak.
Ada sekali dulu , mama tegur sebab muka kusam, mama beli kan krim, dah cantik muka kakak.. dah glowing balik, siap belilan vitamin, kolagen bagai.
Mama pun x beli, x makan tau, anakdara je yg mama belikan, takpelah, mama dah tua,
Semalam aku berjaya bawa kakak buat facial, alhamdulillah hari ni dah nampak perubahan.



Jangan main sapu je krim bebukan kan muka..puas mama berleter.
Kakak ni kalau mama tegur kdg psl muka dia.dia bengang, dia ingat mama saja nal buruk2 kan dia.

Padahal mama cakap benda yg betul.
Tapi lepas dari mama tegur muka kakak kusam.mama belikan krim muka untuk kakak pakai, dan ada perubahan, baru dia percaya.

Yang penting air masak kena minum banyak.Sekurangnya 2 liter sehari, untuk pastikan kulit cantik.
.

posted from Bloggeroid

Jun 1, 2014

Masak.Makan

Sekejap je dah masuk June 2014.
Hari ini hari Ahad, cuti cuti
Jadik masak,makan,masak,makan
Harini masak spagetti bolognise (ejaan cincai je) tapi bahan2, tangkap muat mana yg ada jer.



Tapi orang2 kat rumah nie, semua tekak melayu
Tetap jugak ler kena masak nasi , lauk simple je , sambal ikanbilis.

.

posted from Bloggeroid