Aug 15, 2011

Peniaga Muka Toya

Dalam bekas tu ada Puteri Mandi
Yang aku beli ngn along kat Pasar Ramadhan

Tapi pada awalnya ingat aku jer yang perasan
tapi rupanya along pun perasan yang muka orang yang jual itu adalah sangat Toya
dalam erti kata lain mcm nak tak nak ..mcm terpaksa je jual

Atau maybe penat berpuasa..
Tapi takan lah muka setoya-toya nya ..

abis je bayar..kitaorg yang cakap terimakasih
tapi peniaga tu still muka toya..muka tade perasaaan..

lepas tu along cakap ..apa ler org ni ..
mcm tak ikhlas je nak jual.

sekali sampai rumah..cadangnya lepas berbuka nanti aku nak ler makan puteri mandi tu
sekali along cakap

Jangan makan yang..nanti muka kita jadik mcm muka orang yang jual tu .muka toya takde perasaan..
ngeri kalau ingat balik muka peniaga tu

terus ler along buang ..
along kata dia tak tergamak nak makan pun bila kenangkan muka peniaga tu ..
adoi..terkilan aku ..tp terkilan aku ..udah diganti baru oleh along ..

untuk peniaga2 pun..kalau berniaga ..berniaga lah dengan ikhlas..kasi lah senyuman dan ucapan terimakasih ..

baru ler orang nak makan apa yg dijual dengan senang hati.

.

27 comments:

Zura Tahir said...

jgnlah jdkan puasa sbg alasan untuk bermasam2 muke...:)

NM02 said...

la... sampai buang kekdahnyer?

muahahahaha

cheqna said...

hahahaha
along...
sabo jela
tu r kakty
kadang geram gok ngan orang hok jual ni...
kalu cheqna sound terus je...

Unknown said...

samalah mcm wanie,
kalau g bazaar ramadan,
tgk muka toya mcm tue,
mmg wanie blah dah,
nak menjual,
bknnya susah nak senyum,
org lain pun keje jugak,
penat jugak berpuasa,
blh jer beri senyuman,
adoilah....

Pepel BoNda AmaNi said...

pehhh nasib baik dapat ganti yang baru..tue la..klu nak beli..sekali tengok muka peniaga cam mintak kena sepak jerk...terus terbantut niat...

PurPlè said...

tu lah... org berniaga bulan posa, dia pun nak berniaga gak. tak larat lah tu, tapi tak reti nak cover.

Gina said...

yer la Kak Atty, berniaga ie kena ikhlas, baru dapat berkat

sindiketsulit said...

dia nak lepak depan tivi tengok jejak rasul tapi mak dia paksa suruh berniaga kot?

biasa la remaja. suka memberontak.
errr.. remaja ke peniaga tu kak?

attyfir said...

@wos
wos mmg remajak pun..tu pasal ler..betui agaknya seperti yg ko ckp..

~finee~ said...

kty, param mana tu hehe

attyfir said...

@~finee~

kat billion..finee

Yatie said...

tulah saya kalau membeli dgn org yang macam tu..mesti rasa semacam...ikhlas ke tak nih?

eLLy said...

hurmm tak berkat la klu berniaga camtu..

Izzatul Azma said...

ui along pny terkenang2 muka toya tu terus x lalu mkn eh..

L said...

huhu,, letih koot..
sy syg awak?
http://lolz-l.blogspot.com/2011/08/kasih-sayang.html

Blog Eazy Izzuddin said...

yup2..
nak berniaga kena ikhlas..
;)

zh-ena said...

peniaga skang nie berniaga nak kejar untung jea..sedap ker, elok lg ker, semuanya tak di ambil kira lg

Einaz Shah Rizal Thomas said...

TAK suka kalau g kedai orang jual tu masam - masam . rasa nk blah jer dari kedai tu kan .

Unknown said...

toya mat amin... cakap kat dia.

Lyn Yusoff said...

tak suka betul klu peniaga buat muka cam gitu..
terus hilang selera nak membeli..

Softtouch [Hanim] said...

betul kty..bila berniaga tu kenelah ikhlas..br lah barakah apa yg kita jual tu....

Zura said...

hi kak atty...
bila masuk bab peniaga muka toya ni memang panas hati jer...kita nak bagi dia income tapi dia x ikhlas nak jual..heran kan, kalau x ikhlas nak berniaga x payah la susah2 bukak payung...

Selalu saya cancel je beli kalau jumpa peniaga macam ni..baru jadi semalam kat saya...terus je saya cancel x jadi beli..baik beli kat org lain yang ikhlas, walaupun x senyum meleret tapi muka x masam mencuka...

Umi_Aliesha said...

terus buang tu..hahahahaha..mesti peniaga bermusim...bulan posa ja meniaga...

attyfir said...

@Umi_Aliesha

along takut jadik cam muka peniaga tu umi..tak lalu dia makan

attyfir said...

@Cik Puan Zura

itulah zura..ngn terkial2 nak bungkus nya ...mmg serik ar.

mummysyafie said...

first time saya dgr perkataan toya tu kak. hihih..penat kot dier

sW33tdARLiNG said...

uiiihh buang terus? kalo saya, lantak ler muka toya tak toya pun, dah beli hehehehehe