Seawal pukul 1am, aku dah bangun.
Aku terus kol Pak Anjang ,
suruh bangun sebab nak pergi miqat di Taneem
Yang akan pergi miqat hari tu,aku ,Pak Anjang ,
Maklong serta
Makcik Zaharah dan Makcik Hamidah
Ini merupakan umrah terakhir kami sebelum
kami balik ke Malaysia .
Kami semua berkumpul dilobby hotel
,setelah cukup korum ,
Kami pun cari teksi depan hotel.
Masjid Tanaem@pic credit to google
Sesiapa nak buat umrah sendiri boleh sewa van
atau teksi ,
banyak je leh dpt depan2 hotel,
nanti diaorg sebut, tanaem..tanaem..miqat-miqat..
Kitaorg sewa teksi naik berlima..
terpaksa
berhimpit-himpit skit..
sebab nak sewa van mcm alang-alang jer
Sempit pun sempit ler.. sewa teksi ke Tanaem ,
orang teksi tu minta mula-mula 100SAR ,
Tapi kty tawar-tawar dapat 80SAR,je
..tapi kitaorg tak bayar dulu
..sampai Tanaem, suh driver teksi tunggu,
solat
Tahiyatul masjid, solat sunat ihram ,
lepas tu pergi balik kat teksi,
driver
bawa sampai ke Masjidil haram, baru bayar tambang.
Tapi kali ini driver teksi tu berenti kan kami
di belakang kawasan Saie , Area Bukit Marwah.
pic credit to google
Dari kawasan Saie kami terus menghala ke Dataran
Tawaf ,
untuk buat Tawaf Umrah
Alhmdulillah ,walaupun orang agak ramai,
kami
selesai tawaf lebih kurang dalam masa 30minit.
Macam biasa selesai tawaf ,
kami buat solat sunat
tawaf dan baca doa ,
kali nie hati adalah sangat sayu..
Berdoa supaya allah menjemput lagi ,
kami semua
menjadi tetamunya ,
semoga allah ampunkan dosa2 ku,
dan makbulkan doa2 yang
diredhainya.
Masa nie hanya aku dan Maklong jer berdua..
yang lain semua dah buat
hal sendiri2,
tapi aku suka buat tawaf sendiri2, feeling lebih skit..
Masa aku Solat Sunat Tawaf di belakang Makam
Ibrahim,
aku pada mulanya agak risau, sebab keadaan orang yang lalu lalang,Masa
aku buat umrah,aku bawa beg sling aku, setiap kali melakukan umrah, atau ke
masjid ,beg sling itam aku,memang aku akan senantiasa bawak.Aku tak bawa bag
yang TA kasi ,aku pakai beg sendiri tapi jenis sling , sebab beg aku besar skit dari ygTA sediakan
contoh beg yg kty pakai
Jadinya setiap kali aku solat sunat tawaf,aku
akan solat
dengan beg tu sekali di badan aku, aku pusingkan
beg tu kearah belakang dan tawakal je lah .
sebab perlu diingatkan ramai ye pencuri
disekeliling Kaabah,walaupun itu tempat suci,
tapi penjahat tetap menjalankan kerja
tapi aku bersyukur tiada kejadian
yang tak diingini sepanjang aku berada di sana.
Macamtu jugak masa di Raudhah ,
org ramai ,jadik solat dengan bag2 sekali..
dengan beg tu sekali di badan aku, aku pusingkan
beg tu kearah belakang dan tawakal je lah .
sebab perlu diingatkan ramai ye pencuri
disekeliling Kaabah,walaupun itu tempat suci,
tapi penjahat tetap menjalankan kerja
tapi aku bersyukur tiada kejadian
yang tak diingini sepanjang aku berada di sana.
Macamtu jugak masa di Raudhah ,
org ramai ,jadik solat dengan bag2 sekali..
Tak payah ler korang semua fikir..
nanti kalau korang semua ada kat situ,
automatic jadik tau mcmana nak buat.
nanti kalau korang semua ada kat situ,
automatic jadik tau mcmana nak buat.
Masa aku solat sunat tawaf ,rakaat yang
terakhir,
dan aku sujud agak lama sebab berdoa,aku perasan
Ada seorang perempuan menjaga aku,
setiap kali
orang lalulalang
,dia tolong elakkan dari jemaah lain terpijak aku..
,dia tolong elakkan dari jemaah lain terpijak aku..
“Hajjah Solat..hajjah solat"..dia kata macamtu
jadi
jemaah lain tidak lalu depan aku yang sedang sujud
Sampailah aku selesai solat. Bila aku bagi salam
je ,perempuan tu dah tiada ,aku tak sempat ucapkan terimakasih pun, semoga
allah membalas budi baik perempuan itu.
Selesai Solat sunat di Dataran Tawaf ,
aku dan
Maklong terus buat Saie,
Ini adalah Saie terakhir kami,
PakAnjang awal-awal dah meninggalkan kami ,
atas
arahan kami sendiri, selesa lagi buat sendiri –sendiri, dari menunggu-nunggu .
Pagi tu keadaan di tempat Saie adalah sangat
terlalu ramai Jemaah..ramai dari biasa
Sampaikan penuh setiap ruang ,
tempat orang berkerusi roda pun
penuh dengan Jemaah yg berjln kaki
tempat orang berkerusi roda pun
penuh dengan Jemaah yg berjln kaki
Rupanya aku baru sedar,Haritu hari Jumaat ,
Arab
bercuti pada hari itu.
Maka ramailah antara mereka mengambil peluang
membawa
family melakukan umrah.
Kali ini aku dan maklong banyak berdiam, dan
membaca doa serta berzikir, masing-masing dengan penghayatan memasing
,sebenarnya hati memasing sedih, dalam kepala banyak benda yg difikir..dapatkan
aku datang lagi ya allah ..,dapatkah aku bersaie lagi .
Sampai ke pusingan yang ke 4 macamtu , aku Tanya
pada Maklong, maklong penat tak..?? kalau penat ,kita stop dulu minum air ,lepas tu
duduk kejap..kita takpayah rushing sangat ,..kita rileks je ..aku kasi pendapat
,
Jadiknya Maklong setuju, dengan idea aku,
kami
berehat di tepi –tepi, di mana terdapatnya air zam-zam.
Lepas agak lama melepaskan penat lelah,kami
sambung balik Saie
Dan akhirnya walaupun kepenatan,
kami Berjaya selesai kan Saie kami ,
kami Berjaya selesai kan Saie kami ,
Lepak di Bukit Marwah dan bertahalul. Oleh
kerana Subuh akan masuk dalam masa 30 minit lagi ,jadi aku dan Maklong
bercadang untuk solat subuh di Area Bukit Marwah, sebab kami sudah agak
kepenatan untuk menempuh orang yang terlalu ramai. Tapi kali ini kami berada di
Luar Kawasan Marwah ,kiranya dapatlah hirup udara fresh waktu pagi..terasa
angin meniup ,dingin sekali..hilang segala penat lelah buat umrah tadi.
Sambil menunggu-nunggu azan subuh..kami baca
al-quran, berzikir
Orang sungguh sesak mencari tempat untuk solat
subuh..
Tertiba ada sepasang suami isteri dari Negara mana
ntah, datang depan kitaorang ,
Dengan bawa kasut apa semua main campak je depan
kitaorang..
Hangin juga maklong aku, ye lah diaorang tak
letak dalam plastic..
kan ke kotor kasut-kasut tu,
Jadinya Maklong tolak kasut tu kat tempat lain
..dengan solat bercampur laki perempuan..nak cakap pun malas..
Sebab maybe fahaman kita lain-lain.
Oleh kerana hari ini merupakan Hari Jumaat,
jadi nya solat subuh akan ada Sujud Sajadah.
jadi nya solat subuh akan ada Sujud Sajadah.
Nasib masa di Malaysia
aku pernah juga lakukan Sujud Sajadah nie..
jadi tak rumit sgt bagi aku,
sebab aku dah faham..ramai juga jemaah yang lain
tak buat sujud sejadah,kerana kurang pengetahuan bab sujud sajadah
aku pernah juga lakukan Sujud Sajadah nie..
jadi tak rumit sgt bagi aku,
sebab aku dah faham..ramai juga jemaah yang lain
tak buat sujud sejadah,kerana kurang pengetahuan bab sujud sajadah
Nota : Jadik perlu diingat ye ,pada sesiapa yang
nak pergi umrah atau mengerjakan haji,wajib belajar cara
Sujud sejadah..sujud sejadah kalau kita tidak buat ,maka terbatallah solat
subuh kita,sebab kita tidak mengikut imam.
DOA SUJUD SAJADAH
Kebiasaannya di Masjidil Haram (dan juga di masjid-masjid / surau-surau di Malaysia) pada solat subuh hari jumaat imam akan membaca surah as-sajadah. Apabila sampai kepada ayat ke-15:
إِنَّمَا يُؤْمِنُ بِآيَاتِنَا الَّذِينَ إِذَا ذُكِّرُوا بِهَاخَرُّوا سُجَّدًا وَسَبَّحُوا بِحَمْدِ رَبِّهِمْ وَهُمْ لَا يَسْتَكْبِرُونَ ۩
"Sesungguhnya yang sebenar-benar beriman kepada ayat-ayat keterangan Kami hanyalah orang-orang yang apabila diberi peringatan dan pengajaran dengan ayat-ayat itu, mereka segera merebahkan diri sambil sujud (menandakan taat patuh), dan menggerakkan lidah dengan bertasbih serta memuji Tuhan mereka, dan mereka pula tidak bersikap sombong takbur."
imam akan sujud. So makmum mesti ikut sujud, kalau tak sujud batal solat subuhnya sebab tak ikut imam.
Semasa sujud bacalah tasbih berikut dalam hati:
سَجَدَ وَجْهِيَ لِلَّذِيْ خَلَقَهُ وَصَوَّرَهُ وَشَقَّ سَمْعَهُ وَبَصَرَهُ بِحَوْلِهِ وَقُوَّتِهِ
فَتَبَارَكَ اللهُ أَحْسَنُ الْخَالِقِيْنَ
"Telah sujudlah mukaku kepada (Allah) yang telah menciptanya dan membentuk rupanya lalu ia membukakan pendengarannya dan penglihatannya dengan daya dan upaya-Nya. Maka Maha Berkat Allah itu sebagai sebaik-baik Pencipta."
Lepas tu imam akan bangun semula dan sambung bacaan surah sejadah sampai akhir surah,
kemudian baru rukuk seperti biasa.
Tips :
- Di galakkan untuk pakai beg sling yg TA kasi ..lagi2 warga tua, sebab kalau jadi apa2 orang tau kita dari mana ..atau pastikan bawa namecard hotel yg kita tinggal..
- kalau kita pergi bergroup..dengan makbapak ke sanaksedara lain ke..pastikan semua ada handphone,
kalau takde beli ler handphone murah-murah..janji leh kol , sampai airport jeddah ada orgjual simcard beli..sebab senang kalau jadi apa2,seperti hilang ke..boleh org lain cari kita..pastikan bawa hp sentiasa ,kalau time solat tu silent kan..
entry pasal air zam-zam tu terkeluar awal..hehehe
Entry lain Pasal Umrah:-