May 2, 2013

Jalan-Jalan Cari Makan sekitar Mekah dan Madinah

Cerita mengenai perjalanan umrah kty, belum lagi abis ,
tapi macam no idea nak cerita, kty tak akan buat day by day..kiranya kalau rutin tu sama je...pergi masjid , buat umrah..tak perlu kty cerita, kalau kty pergi ziarah kty akan cerita lebih detail.

Seperti kty cerita di entry sebelum ni , walupun hotel ada menyediakan makan sehari 3 kali, tapi kty dan adik kdg tak nak makan, makanan yg ala malaysian food ,sebabnya kdg tekak ni mengada, lagipun malas nak balik hotel,

Jadi kitaorang merayau-rayau dalam erti kata jalan-jalan cari makan
Ada satu malam tu, balik dari isyak dari Masjidilharam , kami ke Safa Tower ,
kami semua ke foodcourt , cari nasi mandy ke nasi arab ke

Style foodcourt kat sana, lepas kita makan, kita kena bersihkan balik meja ,buang segala sampah sarap ,sisa2 makanan yg kita dah makan , ke dalam tongsampah,kiranya kita kena bersihkan sendiri meja yg kita duduk tadi

Malam tu group kami seramai 5 org makan besar..sangat sedap, tapi kdg badan yg tersangat penat ,buat kami cepat kekenyangan.



Food Court @ Safa Tower

 Tak ingat apa yg kty order , tp harga nya sekitar 35sar



ini salah satu feveret masa kat Mekah.
ada juga dijual di foodCourt Safa Tower 
Harga 3sar, rasanya kedai2 area hotel pun ada 

tgk tu jauh2 dtg ,kefci juga jadik idaman hati.
ye lah nak gak terai kefci org Arab kan 

Jadik lepas bertanya kat org , dan google sendiri
kami dapat tau kefci ada di Hilton Hotel
berdepan je ngn Masjidil Haram , dekat jugaklah ngn Pintu 1 gate King Abdul Aziz
Terdapat juga Burger King 

Hari tu kalau tak silap adik kty dia beli 
set ayam 2 ketul nak dekat 25+Sar rasanya 

kty pulak beli burger kefci 
15+ sar 
macam biasa ,kebanyakan kedai kat Arab ni 
takde kerusi mcm kita nak makan di kfc di Malaysia 
selalu nya kita kena TakeAway jer

Masa jual beli berlangsung 
Cashiernya adalah sangat berlagak
balance duit main campak2 je ..
nasib ler ,kitaorg ni malas nak amik port , lantak ko lah ..
nak marah2 pun x boleh,kena bawak ler bersabar , kita dah betul2 berada di Depan Masjidil Haram..berfikiran positif maybe cashier tu penat..
tangan dah macam sotong 
macam biasa aiskrim kegemaran kty 
price : 3sar

ada ler sekali tu beli burger 
burger kt Mekah ni style nya 
Burger tu dalamnya ada daging Burger + sekali ngn kentang goreng

pelik gak mula2..takde salad ke apa ke..
rasa nak tercekik lak tekak ,sebab kering je kan ..tapi layan je lah,buat alas perut,

Ayam panggang pun kami ada beli 
harga dalam 15sar seekor 
beli di kiosk2 jer.
Gambar tak snap..tak dan nak snap dah masuk perut :)

Ini masa kt Madinah
Tapau Ayam Goreng ala KFc + Funfries
Price 15sar
boleh tahan shedap..
 cuma tekak aku tak boleh masuk dengan sos kat Arab ni 
tak berapa sedap..nasib le kty ni mmg tak suka sos 
jadik sesiapa pengemar sos ,better bawa sos sendiri :)

Sebenarnya masa kitaorg beli ni
adalah hari pertama kitaorg di Madinah, lepas kami ziarah di Raudhah
kami dapat agak di Hotel mesti sudah kehabisan makanan..

Masa nak order ni kalut jugak
aku nak ckp english ke cakap arab..

Dah le 1st time ni .
sekali aku order ckp english..
tertiba Mamat Arab cakap melayu.
kelakar ya rabbi ..

kebanyakan peniaga mmg fasih gak berbahasa melayu,



Adik ada order Kebab ,harga 5 sar.
Muka terpaksa ditutup,,kang tak pasal jdk duta free kebab Arab. :)

Kiosk menjual pelbagai makanan..
hebatkan org2 Arab, 


antara yg kitaorang sempat makan masa kat sana .

.

6 comments:

Dr K said...

Tang ice cream tu, sedap kan? Mmg rata2 org ke sana, suruh try ice cream...mak ayah saya, pakcik makcik saya....

Org Arab ni mmg kasar...tu yg dia campak2 duit baki tu...Mmg kena bersabar....Sedangkan pak2 arab yg dtg Malaysia pun, kasar!

Ati Masrif said...

salam atty,

menarik juga makanan2 di sana
kalau dah di sana rasa rugi pula
asyik mkn makanan malaysia :)

wantie said...

pandai betul tekak tu nak ngada ngada yer..

T ni susah sket. kalau makan mesti nak ada sayur sayuran. kalau makan nasi dengan lauk je rasa tak selesa je. Lagi ngada ngada kan..kan...

ALoNa CintamaniszLite said...

byk pilihan makanannya ye..
Tp kena rajin berjalan jgk ler utk tau lokasi...

Anonymous said...

semuanyer menyelerakan lah !

sarah said...

nyum nyum..cam sedap jer...