May 22, 2013

Air Zam-Zam


Selepas balik dari Masjidilharam ,
pagi tu  sempat lagi aku singgah beli aiskerim.
Bayangkan pagi-pagi makan aiskrim..alhamduillah ..takde apa..pun..
alhamdulillah allah beri aku kesihatan yang baik
Semasa di Mekah dan juga Madinah 
 dapat aku menjalani ibadah umrah dengan sempurna,
alhamdulillah syukur.

Balik bilik ,ngemas lagi kain baju, masukkan dalam beg
Owh ya ,hari sebelumnya ada taklimat untuk balik
Aku dan adik tak pergi pun, Pak Anjang je kami wakilkan .
Masa tu, kalau tak silap aku ngn adik ke Safa Tower makan Maggi.
Mutawif cakap tak boleh bawa air zam-zam masuk dalam bag,
kalau bawa juga air zam-zam masuk bag dikhuatiri bag jemaah tidak akan sampai di Malaysia nanti..(Fuh risau giler time tu)
Lagipun ada air zam-zam yang akan dikasi 
pada setiap jemaah masa sampai di Klia nanti.

credit to umrahkuyangbest



 menuju ke Telaga zam-zam suatu ketika dulu

Nak dijadikan cerita, dari mula aku buat umrah
Memang aku ada bawa air mineral botol kecik tu, 
masuk dalam beg sling yg aku guna utk setiap kali ke masjid
Bila aku tawaf ,aku bawa airtu..
 katanya elok untuk anak-anak..sbb air itu 
kita dah bawa tawaf,dan baca doa, dah dibaca kan zikir
Aku bukanlah percaya sangat benda2 nie.tapi aku saja jer buat..
sebab bukan susah sangat
Walaupun sebenarnya beratkan beg je time tawaf 
dan saie ada airmineral dalam beg
Tapi kita usaha je buat yang terbaik untuk anak-anak kita.
Aku dapatlah ngam-ngam 3 botol untuk setiap anak .
Jadiknya bila mutawif cakap , tak boleh bawa air zam-zam masuk dalam bag
Maklong aku dah gelabah juga, tapi aku ngn mak buat taktahu jer..
Tawakal jer , aku letak airzam2 dalam bag handcarry. (Next entry aku cerita apa jadi dgn air zam-zam yang aku bawa)


yg mana tulis not cold tu maknanya tak sejuk


Cerita pasal air zam-zam
Air zam-zam kat Mekah atau Madinah adalah sangat sedap
Asal haus je ..minum airzam-zam, dan aku suka minum air zam-zam yg sejuk

Untuk pengetahuan semua,buat masa sekarang ,kita dah tak boleh Nampak telaga zam-zam tu lagi dah,Macam zaman dahulu, 
kalau tak silap aku telaga zam-zam dah ditutup,
Tapi adalah cara diaorang salirkan air zam-zam dalam setiap tong-tong di dalam masjid .
Ada yang sejuk ada yang tidak ,terpulang lah pada memasing.


Doa sebelum minum air zam-zam

Sebelum minum Air Zam-Zam jangan lupa doa/selawat berikut;



أَللَّهُمَّ إِنِّى أَسْئَلُكَ عِلْمًا نَافِعًا
(ALLOHUMMA INNII AS'ALUKA ILMAN NAAFI'AN)
Ya Allah, Aku memohon padamu ilmu yang bermanfaat
وَرِزْقًا وَاسِعًا
(WARIZQON WAASI'AN)
rezeki yang luas

وَشِفَاءً مِنْ كُلِّ دَاءٍ
(WASYIFA'AN MINKULLI DAA-IN)
ubat dari segala penyakit


اللهم إني أشربه مستشفيا به فاشفني
ALLOHUMMA INNII ASYROBUHU MUSTASYFIYAN BIHI FASYFINII
Ya Allah, sesungguhnya saya minum air zam-zam dengan harapan mendapat kesembuhan, maka berikanlah kesembuhan kepadaku.

Selepas doa dan selawat, sebutkan hajat dan niat 
Kemudian, minum lah air zam-zam tersebut. InsyaAllah selepas berusaha, tawakkal kepada Allah adalah yang terbaik. 

semua info dan gambar credit to google.

10 comments:

lieyalatif said...

ape jadinye kak...lieya plak tak sabar nak tau...suspen pun yeak jugak nieh hah hheheheheh....

juelee said...

kak ty.. best baca pengalaman kak ty.. doakan satu hari nnt saya sampai jugak ke sana ye

wahida said...

tak sabar nak baca apa jadik kat air zam zam akak tu...

eMMe said...

stp penyakit pasti ade penyembuhannya.. pasti ada penawarnya.. Air Zam Zam penawar segala penyakit, janji kite niat utk penyembuhan.. InshaAllah kan kak Hajah... heheee....

norhidana said...

dh mcm air kosong kt malayia lah ek kak, msti best kan...bile2 masa blh minum...

Dr K said...

Tak sabar nak tahu apa jadi lepas bawak air zam zam tu dlm beg :)

ct rahani said...

sonoknya akak dh sampai ke tanah sucikan.. sy pun menyimpan impian nak ke sana suatu hari nanti.. InsyaAllah..

(Lizz) http://haslizalizz.com/ said...

aaah tak sabar nak tau aper jadik ngan air zam-zam tu..

Dee said...

kty..bestnya dapat minum air zam2 direct..mesti sedapkan banding yang dh smpi di malaysia...

ALoNa CintamaniszLite said...

dulu masa sy kecik2 sy tak suka rasa air zam2..
tp semakin membesar...semakin tua ni...suka betul ngan air zam2.
pantang dgr orang yg dikenali baru balik dari sana..mesti tanya ada air zam2?? hehe..
dan sudah tentulah sgt sedap bila ianya sejuk...hehe