Pada Hari Khamis 21 March2013 , kami sekali lagi
ada ziarah luar ,
Kali nie kami ke Ladang Unta dan Miqat pulak di
Hudaibiyah..
Selalunya macam kakty, kty dah siap amik wudhu
awal-awal di hotel, jadi bila sampai masjid boleh terus solat sunat sebab ada
wudhu, untuk pengetahuan semua di Hudaibiyah ni masjid nya ala-ala zaman dulu-dulu,kira
mcm zaman nabi dulu..bilik air nya ramai org tunggu turn nak amik wudhu, nak
masuk masjid pun belah perempuan berebut-rebut..sebab mungkin jemaah yg terlalu
ramai. Jadi belajarlah untuk bersabar banyak-banyak dan istighfar serta doa
dipermudahkan urusan kita..inshallah yang susah akan menjadi mudah dengan
izinnya.
Sebenarnya masa kat Hudaibiyah ni ,dengan
keadaan org yang sangat ramai, dan bersesak-sesak di pintu masuk belah
perempuan, aku risaukan mak..sebabnya mak tadi beratur amik wudhu di toilet,kerana
mak terlupa nak ambil wudhu dari hotel, Dengan toiletnya pun penuh ramai orang,
dan keadaan toilet yg agak daif..macam agak sukar bagi aku untuk mak yang tidak
berapa sihat.
Masa tu aku bersama maklong dan adik bersama mak
,
Setelah selesai buat solat Tahiyyatul Masjid dan
solat sunat ihram, aku ngn maklong bergegas hendak keluar,
Tapi keadaan tak mengizinkan, punya sesak
keadaan sampai kami agak susah untuk keluar dari masjid .
Oleh kerana tiada pilihan lain, kami terpaksa
keluar melalui tempat solat lelaki dan keluar melalui pintu lelaki..time nak
keluar aku terjumpa mak dan adik di pintu utama masjid, sebetulnya pintu itu
adalah untuk jemaah lelaki ,tapi dengan keadaaan yang bersesak dan agak kucar
kacir ,semua nya main redah jer,
Syukur sangat bila Nampak mak, mak suruh aku tolong jagakan kasut dia.
Tak sampai berapa saat mak cakap jagakan kasut
..bila aku toleh je ke belakang, tertiba
kasut mak dah hilang.
Sudah !..mengelabah aku..mana pulak kasut mak
ni..sekelip mata je dah hilang..risaunya aku ..Puas aku cari keliling..lepas tu
aku cakap dengan Maklong..mana pula pergi nya kasut mak nie..tadi ada ,dah
hilang ..dah macam biskut chipsmore,kejap ada kejap takde..
Aku suruh maklong tunggu depan pintu , aku
berjalan sekitar masjid ,kalau-kalau ada peniaga menjual kasut.
Tapi takde ..seingat aku, sekitar Masjid
Hudaibiyah ni ,banyak terdapat peniaga yang menjual kekacang dan cincin,
Sebab kami tidak boleh berlama-lama di sini, aku
takde beli apa-apa pun.
Aku balik ke pintu Masjid ,dan tunggu mak dan adik di situ..dalam fikiran aku..,
Takper lah, nanti mak pakai je lah kasut
aku..aku pakai setokin..lepas tu aku ada kasut tawaf dalam beg..
Tak lama lepas tu mak ngn adik pun
keluar..rupanya kasut mak yg hilang tu, mak dah bawa masuk ke dalam masjid ,sebab
adik yg suruh..fuh lega hati aku..
Mak long aku ,gelak-gelakkan aku..sebab tengok
kekalutan aku tadi..mau tak gabra..mak aku dah kasi amanah, sekelip mata aku
lalai..
Sebelum kami miqat di Masjid Hudaibiyah, kami
singgah di ladang unta, rasa mcm tak sempurna kalau pergi negeri arab tak pergi
padang pasir jumpa unta.
Seronok jumpa unta yang pemalu, jeles bulu mata
unta lentik ..
Aku ada temankan adik yang bercadang nak beli
susu unta
Tapi ramai sangat orang ,tak kesampaian hajat di
hati…takpe..jangan kecewa, fikir positif inshallah ada rezeki nak sampai lagi
ler tu .
Kata mutawif selain susu unta, kencing unta pun
banyak khasiat..
Sampai je hotel lepas miqat di
Hudaibiyah, kami ke ruang makan di hotel dulu utk lunch ,sebab takut takde
tenaga pulak , untuk buat umrah kalau tak lunch dulu..lagi-lagi untuk mak aku
..takut mak dan maklong tak larat ,
Lepas tu naik ke bilik amik wudhu siap-siap
, terus ke masjid , solat zuhur di Masjidil Haram.
Selesai je solat Zuhur kami terus ke
dataran tawaf utk tawaf umrah..cuaca adalah sangat panas, ye lah bayangkan kami
tawaf pada pukul 1pm, time matahari mencanak atas kepala..tapi bila kita tawaf
, walaupun panas tapi terasa berangin..jemaah pada hari itu tersangat ramai , kami mengambil
masa nak dekat sejam juga utk habiskan tawaf, kerana orang yg agak ramai ..bila
lalu je rukun yamani dan Hajar Aswad keadaan menjadi semakin perlahan, kerana
antara 2 rukun ini lah ramai jemaah dari luar yg mengambil kesempatan untuk
berdoa .
Cerita pasal doa , masa tawaf selalunya
aku akan baca ikut buku yang travel agensi bagi ,sambil aku tanda supaya aku
tahu dah berapa pusingan aku tawaf, selesai baca doa mengikut buku, aku zikir apa
yang patut .
Dan kekadang bila kita ikut jemaah lain,
lebih lagi jemaah Indonesia yang tawaf secara berkumpulan ,dan ketua
kumpulannya akan membaca doa dan zikir dengan kuat, kadang secara automatic
kita pun akan terikut sama . Aku sangat memuji mutawif dari Indonesia, kerana
diaorang sangat perihatin dengan jemaah diaorang.
Selesai tawaf..memasing akan mencari
tempat kosong di belakang Makam Ibrahim untuk solat sunat tawaf dan membaca
doa,
Di sini kita janganlah pelik atau gusar,
kadang bila kita solat ,sebelah kita jemaah lelaki.
Selamba je lah ,masing-masing dengan
dunia sendiri ,berlumba-lumba beribadat kepada tuhan yang satu.
Ada masa dan ketika semasa kita nak solat
sunat di Belakang Makam Ibrahim nanti datang askar suruh kita
beredar,pandai-pandai ler kita solat..sebab bila kita tengah solat, askar tu
tak akan berani dah kacau.
Jadi masa kita sujud rakaat terakhir
,kita sujud dan terus berdoa , tapi awas jangan ler berlama-lama sangat ,
Sebab dengan keadaan orang yang ramai,
takut ada yang tersepak kepala kita pulak.
Lepas tu kami pun terus ke tempat Saie
untuk buat Saie ..
Dan sekali lagi aku dan adik suh mak amik
wheelchair, dan hari itu org pun sangat ramai di Saie, tercari-cari jugak org2
yang menawarkan perkhidmatan wheelchair, akhirnya jumpa, kami tawar
harga,selalu diaorang akan letak 100Sar ,masa sessi tawar menawar ,budak
penolak wheelchair ni dok keluar kan handphone, yang aku ni ingat apa lah ,
Ingat kan dia nak kol kawan2 ke tanya
harga ,boleh ke aku nak minta kurang ke..rupanya handphone tu dia nak tulis
berapa dia nak ,
Dia picit2 lah button tunjukkan skrin
handphone berapa harga perkhidmatan dia..hahahhaha, masa ni sebenarnya aku dah
nak tergelak ..apalah kepala hotak aku ni..ye lah sangkaan aku meleset, lembap
betul otak aku..
Dia kasi 80sar, tapi aku tawar lagi
sampai 50sar,dan terus deal, mak aku pun naik wheelchair buat Saie , owh ye
adik pun time ni amik wheelchair,sbb masa aku deal, aku tak faham bila dia
keluarkan hp, aku terdeal ngn lagi sorg , sbb kesian ,adik aku pun terima ler
perkhidmatan wheelchair ni,lagi pun adik aku pregnant ..boleh lah..aku yg takde
apa ni..kena lah berjalan..
Makanya aku dan maklong teruskan lah
bersaie berjalan kaki berdua, Bila bersaie ,baru kita dapat rasa kesusahan,
Siti Hajar masa mencari air utk ismail, Siti Hajar berlari2 antara bukit Safa
dan Bukit Marwah.
Ibadah
Saie merupakan salah satu rukun Haji dan Umrah yang dilakukan dengan
berlari anak atau berjalan cepat sebanyak tujuh kali perjalanan
ulang-alik yang dimulai dari Bukit Safa’ dan berakhir
di Bukit Marwah.
Sambil aku buat saie ,aku berzikir , lepas tu
bila naik bukit Safa / Marwah hingga sampai ke kawasan berbatu di bukit sambil
membaca:
إِنَّ الصَّفَا وَالْمَرْوَةَ مِنْ شَعَائِرِ اللَّهِ فَمَنْ حَجَّ الْبَيْتَ أَوِ اعْتَمَرَ فَلا جُنَاحَ عَلَيْهِ أَنْ يَطَّوَّفَ بِهِمَا وَمَنْ تَطَوَّعَ خَيْرًا فَإِنَّ اللَّهَ شَاكِرٌ عَلِيم
Mengadap Qiblat dan mengangkat kedua tangan serta
bertakbir di Safa dan Marwah
الله أكبر الله أكبر، الله أكبر وَلِلَّهِ الحَمْد
Ibadah Saie boleh dilakukan dalam keadaan tidak berwudhu dan
di bolehkan wanita yang datang Haid atau Nifas mengerjakan Saie.
Sebenarnya hari tu mcm tak larat skit
buat saie , badan rasa mcm nak demam, maybe sebab cuaca yg sangat panas.
Selesai je bersaie dan bertahalul, adik
,mak dan maklong semua pulang ke hotel sebab keadaan memasing yang dah tak
larat .
Tapi aku teruskan juga untuk solat Asar
di Masjidil Haram, port biasa aku ..belakang Hijir Ismail,tapi dari Saie untuk
sampai ke port aku di belakang Hijir Ismail ,aku kena meredah ribuan jemaah .
Sementara menunggu Asar ,aku pandang je
Kaabah sambil berzikir, walaupun badan rasa kepenatan yg teramat-amat.
Sambil menunggu waktu solat,aku baca al quran , dan tanpa aku
sedari ,aku terlelap rupanya ..
Dan dikejutkan oleh seorang jemaah wanita
yang datang dari Malaysia juga.
Dia Tanya aku, baru selesai buat umrah ye
tadi,
Aku pun senyum jer..tak cakap apa ,sebab
memang mengantuk sangat-sangat ,
Jadi bila ada yang menegur, ada ler kawan
berborak, hilang mengantuk aku .
Selesai solat asar ,aku bergegas pulang
ke hotel, dan untuk keluar dari Masjid time-time lepas solat waktu
Keadaan adalah agak bersesak-sesak.
Itu adalah lumrah, kesesakan disebabkan
jemaah2 yg tidak dpt solat di dalam Masjidil Haram tadi ,bergegas untuk masuk
ke dalam masjid , untuk melakukan tawaf ..jadik keadaan agak tidak terkawal.
Yang mana nak keluar..yang mana nak
masuk..memang takde sistematik langsung, tapi sabar je, fikir positif,
Semuanya pun berlumba-lumba nak buat amal
ibadat.
Oleh kerana hari-hari untuk aku berada di
bumi Mekah semakin suntuk
Aku menghayati saat-saat terakhir di sini
..
Aku merakamkan video.. snap gambar diri
sendiri ..nak suh orang snap malu. Jadi snap ler sendiri –sendiri buat koleksi
Haritu yg benornya aku dah tak berapa
larat..kaki ku hanya ku seret-Seret je ..
Tapi oleh sebab aku sibuk merakamkan
video perjalanan aku pulang dari Masjidil Haram ke hotel,
kepenatan tidak ku rasa sangat..nasib
hotel pun tak jauh..dlm 10 minit dah sampai hotel.
Macam biasa,tiapkali nak sampai hotel,aku
pasti singgah kiosk jual aiskerim..beli aiskerim,walupun badan rasa tak
larat..aiskerim tetap jugak aku beli.
Naik je bilik, terus mintak maklong
panadol..makan dan aku tidur ..
Dalam pukul 5 pm, aku dengar mak,maklong
dan adik bersiap2 ke Masjid ..
Tapi aku biorkan je diaorg pergi dulu..
Sekitar pukul 6pm..aku bergegas bangun
,mandi dan amik wudhu dan bersiap ke masjid .
Oleh sebab aku sorang jadik takde masalah
untuk cari tempat..
Selit-selit dapat jugak tempat.
Aku pernah sekali solat waktu di dataran
luar Masjidil Haram, solat beratapkan langit dan bintang-bintang
Teringat kenangan yang terindah dalam
hidupku ,semoga ada kesekian kalinya lagi.
.
5 comments:
tq share cerita & pic2 disana yer
bertuahnya kty dapat jumpa unta. T pernah tengok unta kat Zoo taiping ni ha. Tapi..... unta tu. Ya Allah tua yaq mat.. uzur dahhhhh
Minum tak susu unta tu? hihihi..
apa khasiat air kencing unta?
aduhaii..syahdu bila baca pengalaman berharga atty ni..
insyaAllah, leh dijadikan panduan sekiranya sy diberi kesempatan utk ke sana nanti, insyaAllah.
Sbg sorang pempuan...kalo jalan sorang2 kat sana (masjidil haram, hotel), ok ye, Atty??
suka baca catatan kak atty.. bila saya baca, saya mengimbau kembali detik2 indah kat sana.. masih terasa2 lagi diri di sana walaupun dah hampir setahun berlalu..
Saya pun suka amil gambar dengan unta. unta ni kan pemalu.. bulu mata dia masyallah letik sungguh. jeles
Post a Comment