Nov 19, 2014

Anugerah Kecemerlangan

Alhamdulillah
Keputusan peperiksaan Firdaus tahun ni
Agak memuaskan hati
Tapi kalau usaha lebih dan bersungguh
Pasti lagi cemerlang.
Tahniah mama ngn ayah ucapkan

Untuk sekolah agama Firdaus dpt tempat ke 3
Dan utk Sek Ren , Firdaus dapat no 6

Kumpulan Silat




Semoga di tahun hadapan tingkat kan usaha lagi

posted from Bloggeroid

Nov 13, 2014

Dugaan

Semalam kami semua melawat Ct
Sahabat kami yg pakai tudung warna warni tu
Sebelum ni kami tidak pernah berjumpa, hanya sembang melalui group
Tapi ikatan kami dah macam adikberadik

Utk Ct semoga dipermudahkan semua
Semoga lepas ni Ct kembali sehat




posted from Bloggeroid

Nov 12, 2014

PMS



Semalam kepala macam nak pecah
Dah ler batuk
Bila batuk rasa bergegar je kepala

Rupanya2 nak datang bulan
Sekarang mmg camtu lah tiap kali nak period
Mesti sakit kepala melampau
Sakit kaki badan

Yang paling tak besh bila nafsu makan membuak2
Semua pun nak makan
Lapar je perut .
Nak makan asaam lah mangga lah
Macam org mengandung.

Mcm biasa mood . Swing

posted from Bloggeroid

Nov 11, 2014

Sushi

Minggu lepas makan sushi
Adui.minggu ni macam kepingin lagi ni
Tengok2 gmbr dlm folder
Fuh laaparnya
Jom makan sushi









Minggu ni ada promosikan ..
Sebenarnya dari minggu lepas mood nak kerja merundum
Dengan tak berapa sehat
Minggu lepas kerja 3 hari je
Harap keadaan kesihatan lebih stabil minggu ni.amen.

posted from Bloggeroid

Oct 29, 2014

Jeruk Mangga



Hari- hari buka fb
Je nampak ini jeruk
Memang kecur airliur ..jadinya
Kita harus mencuba
Buatnya tersgt lah senang

Lps ni memang boleh jadi
Pengusaha jeruk yg berjaya..

posted from Bloggeroid

Oct 21, 2014

Jalan2 ke Pantai Timur

Aku join family trip ke Pantai Timur
Hari khamis 9.10.2014 kami berkumpul di Mais Shah Alam,Tepat pukul 9.30 mlm
Kami memulakan perjalanan ke Kuala Besut Trengganu

Kami sampai sekitar pukul 7.30 pagi
Berehat dan bersiap sementara menunggu majlis pernikahan sekitar pukul 10 pagi pd 10.10.14 cantik tarikh !


Homestay kami di Trengganu


Alhamdulillah selamat sudah dengan sekali lafaz.
Suka majlis pernikahan nie.simple je
Masa akad nikah pun hanya tokkadi je sebut nama pengantin perempuan,
Pengantin lelaki tak sebut , tapi terus terima nikahnya..memula aku pelik gak.
Tapi katanya adat di sana .selamat kalau nama pengantin perempuan panjang.

Dalam pukul 2 pm, majlis bertandang dan kenduri di rumah pengantin perempuan
Selesai makan kami bergerak ke Kelantan
Kami duduk di Hotel Budget Area Wakaf Che yeh .
1st time aku menjejakkan kaki ke Kelantan.๐Ÿ˜ƒ

Malam tu kami round Wakaf Che Yeh
Aku paling suka beli makanan
Kain batik sutera mmg lawa2.duit yg aku bawa je tak berapa lawa.



Pagi2 esok kami dah CheckOut
Untuk sarapan dan ke Pasar Siti Khadijah
Dapat lah merasa Nasi Dagang Kelatan.







Lepas kami puas cucimata di Pasar Siti Khadijah Kami Gerak pulak ke RTC.nama penuh tak ingat
Sini lagi besh.macam2 makanan ada jual



Selesai soping dan jalan-jalan cari makan
Kami memulakan perjalanan pulang ke Shah Alam
Alhmdulillah semua selamat.
Agaknya bila lagi nak sampai Pantai Timur.?๐Ÿ˜†

.

posted from Bloggeroid

Oct 7, 2014

HariRaya Aidiladha

Sekejap je kita dah menyambut aidiladha
Kepada saudara2 islam kita yg membuat haji,inshallah Haji Mabrur utk mereka.

Semoga suatuhari nanti
Akan sampai masa kita.amen.inshallah


Walupun dah 2 hari kita menyambut HariRaya Aidiladha
Aku tetap nak amik peluang mengucapkan selamat Hari Raya Aidiladha.



Gambar tiada kaitan dgn cerita
Tapi itu kami masa 1st day Aidiladha.

posted from Bloggeroid

Sep 13, 2014

Bila Allah Bagi Kita Sakit

Semalam ada sorg customer aku wasup,
Dia kata , dia ada nak tanya sesuatu
Risau juga aku..apa yg hendak ditanyakan,

Rupanya dia ingin bercerita
Mengenai adik perempuannya yg berusia 21thn yg di dapati menghidap kanser payudara.

Allah..sedihnya hati aku bila dengar berita macamtu.
Aku hanya mampu mendoakan dan menyuruh customer bersabar.
Selalu berada disamping adiknya , berikan semangat.

Adiknya yg terlalu muda itu, mmg tidak dpt menerima berita itu.hari2 sedih

Kadang2 allah bagi kita sakit supaya kita dekat kan diri kita dengan nya.berdoa kepada nya.tp berat lg mata memandang, berat lagi bahu yg memikulnya.

Allah berfirman:
“Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai
dengan kesanggupannya. Ia mendapat pahala (dari kebajikan )yang diusahakannya dan ia mendapat siksa
(dari kejahatan) yang dikerjakannya.” [2:286]

Dan tertiba aku teringat sesorg,
Yg aku terserempak di tangga rumah semalam.Kami bertegur sapa,

Dan dia cakap aku makin montel,
Aku senyum je ,
Dalam hati aku , aku nak tanya kat dia, tahun lepas dia pernah kasi tahu aku, dia menghidap kanser payu dara ..tp aku tengok ok je..
Nasib mulut aku ni, diajar utk berfikir seblum bercakap.
Sebab sebenarnya dalam hati aku..
Aku tertanya2 hidup je lagi makcik ni, walaupun kata ada kanser .
Ya allah ampunkan hambamu.
Berdosa aku terfikir macamtu.

Astagfirullah ( ๏บƒ๏บณ๏บ˜๏ป๏ป”๏บฎ ๏บ๏ปŸ๏ป ๏ปช ) Allah Forgive Me!

posted from Bloggeroid

Sep 10, 2014

We are Sister

Issh. ... ye lah tu..
Perasan muda belia ler sangattt kan mamanya.

Apa perasaaan ye.
Bila org tak percaya yg berdiri sebelah aku, adalah anak perempuan aku.

Letih nak menjawab atau bangga
Bangga tidak rasanya
Sebab ianya menyedarkan diri ini semakin berusia.

Takut ke tua.
Tak takut pun..malah rasa tak sabar2 utk mencapai umur 45 tahun.

Tapi bagi anak dara aku
Dia bengang ler kot.
Samada dia nampak tua atau mama yg muda senantiasa
Dia jeles lerrr..tukan..

Besh bila pergi kenduri sabtu lepas
Sbb dpt makan tapai yg dibungkus dlm daun pisang mcm nasi lemak tu.
Besar bungkusan dan isi tapai byk.
Puas betul hati dpt makan tapai sepuas2nya.

Nasib ler malu, kalau tak rasa nak tapau je tapai tu barang sebungkus dua,
ni masa type entry ni dok terbayang2 kelazatan tapai, lagi kalo dpt makan ngn eskerem


#throwback
#lastsaturday
#hometown
posted from Bloggeroid

Sep 8, 2014

Lontong Ayam



Pernah dengar ke lontong ayam?
Aku yg nama kan nya lontong ayam
Sebab dalam lontong ada isi ayam

Sedap ke? Mesti nak tahu kan
Bagi aku.. tak sedap
Tapi masih lagi boleh dimakan.

Sebab macam aku, biasa kalau buat, lontong tak pernah pula aku letak isi ayam.selalu kita letak udang basah atau udang kering.

Tapi masih habis lah semangkuk.
Harga rm3.50
Kedai terletak di sebelah Green Hotel Sungai Besar.

posted from Bloggeroid

Aug 22, 2014

Al fatihah

Seawal pukul 5 am pagi ni aku bangun je dari tidur, terus cek hp
Kot ada customer wasup or pm kt facebook.
Ternampak kat wall fb, papa ekin@mummysya telah meninggal dunia.
Innalillahi Wa Inna Ilaihi Rojiun .
Semalam 21.8 genap juga arwah abah telah meninggalkan kami selama 9 tahun.
Dan hari ini juga jenazah #mh17 selamat sampai di Malaysia
Marilah kita sedekahkan al fatihah utk semua arwah.semoga ditempatkan
Dikalangan orang2 yg beriman.amen.



DAN SUNGGUH KEMATIAN juga akan datang kepada kita,cuma kita tidak tahu bila dan masanya.

posted from Bloggeroid

Aug 20, 2014

Pakai Kain Batik



Semua tau, aku ada menjual Tudung
Salah satu yg bakal release on 23hb sabtu ni
Adalah Whitelabel batik hijau dari Aidijuma.
Semua pun kata tudung ni tak lawa
Macam nk g bendang jr pakai tudung batik atas kepala.

Sampai kan ada yg cakap..kasi free pun x nak..hahhha.sampai gtu sekali.
Bagi aku its okeh.cuma dlm hati trfikir jugak apakah juma kekurangan idea.

Tp sebab aku ada selai.puas aku offer semua pun jual mahal.
Aku pakai je lah..hanya yg ada confident level tinggi je berani nak pakai.
Antaranya aku dan Norjuma Habib.

Cuma Juma more beautiful than me.
Apa pun kalau nk order tudung pls contact me okeh.
Sempat..dan sesiapa nk jemput openhouse pun boleh.
Inshallah kalo free aku sampai.

.

posted from Bloggeroid

Aug 12, 2014

Raya Di Kampung


Alhamdulillah ada rezki tahun ni beraya di kampung tmpt kelahiran ku.

Masa sampai , rezki kami makcik aku buat kenduri doa selamat dpt cucu baru.
Terus pergi kenduri belakang rumah nenek.
Ye lah satu kampung pun semua saudara mara, sepupusepapat.



Sebelum gerak gie kenduri sempat posing .

Tapi kan aku sebenarnya lama dah balik kg,tapi tak tido kt umah kg.
Satu sebab toilet,jauh ke bwh
Mak dah tak larat turun naik kalau kena pergi toilet.

Dan satu lagi, semenjak nenek aku ada jumpa ular
Aku sendiri rasa mcm fobia je.
Jd tiap kali balik kg.kitaorg sewa hotel atau homestay

Lepas tu sebab alang kepalang antar kakak yg belajar kt sana.jd ambil kesempatan beraya di kg.

Malamnya pakcik2 aku semua buat bbq.
Happening le malam tu.
Kaum wanita semua bersenang2 , tinggal makan je. Semua disediakan oleh kaum adam je.



Tahun depan tak tau lg beraya ke tidak di kampung.
Macam nak sewa homestay je kt tgh sawah padi .nak merasa suasana kampung di raya pertama.

.
posted from Bloggeroid

Aug 7, 2014

Bukan Baju Raya

HariRaya Ke 4


Dah tak tahu nak beraya dekat mana
Lepas tu kitaorg cadang pergi beraya rumah maklong.
Sepatutnya raya ke 4 ni
Aku masuk keje.
Udahnya sebab mental dan fizikal masih lg mood raya, jadi jom le beraya.

Pagitu awal pagi dah sampai rumah mak
Pakai baju keroje je ler.
Lepak sembang ngn mak.langsung takde mood nak pergi kerja
itu yg pergi beraya umah maklong serabai je..

yg sikakak tu pulak , dia pakai baju aku masa anakdara
masa aku umur 18 thn tu
aku bising gak, aiik punya banyak baju lain, baju fesyen datuk kaduk tu jugak kau berkenan

Terus wasup bos sebab kita dah ada plan beraya.
Saya ikut cadangan U cuti 1 mggu.
Hari tu bos tanya, yati ..u cuti 1 mggu ye?
Jawapan bagus je
Tgk camne dulu..kalau rajin saya kerja,kalau malas saya cuti.
Yg pasti ,selasa 5hb Ogos baru naik kerja.

Mampu tak mampu ..cakap dgn bos camtu!
Tapi itu lah yg aku kasi tau bos.
Kalo kat opis pun bukan aku ada kerja.
Payroll semua dah siap.

Jadi akhirnya lama jugak le bercutinya.
posted from Bloggeroid

Aug 6, 2014

Selfie Raya



Raya ke 2
Sambil beraya rumah kawan2
Aku dan anak2 sempat ler singgah kat taman mana ntah , aku pun tak berapa tahu.
Melayan le bebudak ni Selfie
Kadang2 aku terfikir
Skrg aku dah tua.kalau tahun2 depan
Larat ke lagi aku melayan anak2 aku ajak bergambar..






posted from Bloggeroid

Aug 4, 2014

Raya Pertama

Raya Pertama tiap tahun sama jer
Raya rumah mak,lepas tu raya rumah mertua.




Macam biasa tiap tahun, kalau raya mesti ada rendang , nasi impit itu wajib
Tp mak selalu nya mesti msk nasi putih.
Sambal udang, bawal goreng, cili kicap
Nmpknya diet udah ke laut.

Masing2 dok pulun nasi putih pulak dari menu hariraya.

posted from Bloggeroid

Jul 29, 2014

Salam Aidilfitri



Dlm kerendahan hati
ada ketinggian budi,
Dlm kemiskinan harta
ada kekayaan jiwa,
Dlm kelembutan lidah ada juga keterlanjuran kata, Dlm
gurau & senda tentu ada khilaf & dosa. MOHON AMPUN &
MAAF DI ATAS SEGALANYA…
Selamat Hari Raya Aidilfitri

.

posted from Bloggeroid

Jul 6, 2014

10 minit jadi 1 jam setengah



Alhamdulillah, bertemu kita lagi ramadhan kali ini
Awal ramadhan aku agak bz dgn bisnes
Tapi kadang2 mengucap panjang
Istighfar banyak2 , supaya aku tidak lupa terus istiqamah.

Bizi macamana apa yg biasa aku buat jgn dilupa.Sesungguhnya rezeki itu dari allah.

Bila masuk bulan ramadhan
Asal petang nak balik kerja,
Suasana jadi lain macam sikit.
Tertiba je lambakan kereta atas jalan raya,.
Selalu boleh sampai rumah 10 minit
Tapi bulan puasa sampai rumah pukul 6.30pm
Kocoh2 berperang kat dapur, msk utk berbuka
Masak simple2 goreng2 janji kenyang.

Apapun alhmdulillah dgn rezeki yg ada.

posted from Bloggeroid

Jul 4, 2014

PowerBank



Alhamdulillah ada yg baik hati
Kasi aku PowerBank.
Kalau tidak, Bising kawan2 dan customer hp aku selalu habis je bateri.

Tp berat ler pulak handbag.
Nak kena pakai beg balik kg je kot.
Macam2 harta karun ada dalam beg.

Semoga dimurahkan rezki yg kasi aku powerbank.

posted from Bloggeroid

Jul 3, 2014

Di Hari Lahir Mu

Hari ni 03072014 genap Muhammad Firdaus 11 Tahun.
Alhamdulillah Firdaus membesar sebagai anak yg baik walaupun kadang2 nakal, itu biasalah kan.

Mama hanya mampu berdoa Semoga dengan bertambah usia.semakin berlimpah rezeki & kebaikan
Yg allah kurniakan,dan semoga diberkati Allah dunia dan Akhirat.amiin๐Ÿ’–






Mama,Ayah,Kakak,Abang semua sayang Fir.Jangan nakal2 belajar rajin2.

๐Ÿ’ž๐Ÿ’—

posted from Bloggeroid

Jun 18, 2014

Selepas 6 Bulan



6 Bulan dah sekolah, kasut sekolah pun hancur.
Kena beli yang baru, lagi lah si Firdaus ni aktif kat sekolah sukan apa semua, lagi lah hancur kasut sekolah

posted from Bloggeroid

Jun 16, 2014

Pindah

Kakak nextweek dah kembali ke Politeknik selepas lebih 8 bulan berada di Bangi , minggu depan kakak kembali utk sem ke 5 di Poli.

Dukacita , utk sem kali ini , kakak tak dapat hostel, jadi kena cari rumah sewa.

Jadi 6 June hari tu, aku dan kawan2 kakak pergi ler mencari rumah sewa
Alhamdulillah dapat walaupun jauh dari Poli.takpe lah kakak lagi setahun je



Ini lah rumah sewa kakak
Banyak kali aku pesan, duduk dengan kawan2 kena banyak muafakat, kena kerja sama jangan gaduh2.

posted from Bloggeroid

Jun 13, 2014

Baki

Semalam ke satu kedai , lepas berurusan aku kasi note rm20
lepas tu makcik tu pulangkan rm6 ,
masa aku ambil baki , dok kira2 eh bior benor, brg hrga barang tu?

sehinggalah aku melangkah keluar kedai, dan aku baru perasan
makcik tu dah salah kira
jadi aku masuk balik dalam kedai
dan kasi tau makcik tu, makcik salah kira

boleh makcik tu cakap
lain kalau awak kena kira siap2 dalam kedai, kalau dah keluar kedai dah tak boleh mintak lagi kalau salah kira?

owh boleh macam tu ye?
saya nak pastikan saya salah atau makcik salah, sbb tu saya dok fikir2 lagi.scan kepala saya samada saya kasi rm10 atau rm20 lepas cek poket saya, mmg confirm saya kasi makcik rm20

makcik tu terus bebel2 ,
dgn ada satu customer menyokong pulak makcik tu..
nasib ler aku malas nak layan, lantak korang ler makcik kakak ooi letih mulut korang
yang aku tahu aku nak baki aku rm10,
memula aku mmg macam panas hati je ngn cara makcik tu jawab ..senang je kan
dah ler kau tak mintak mahap, lagi nak bebel, kalau kau kira cara kaedah kau tu
asik silap kira je.. leh gi haji balik hari , sebab orang tak boleh tuntut baki yg makcik kira
aku macam nak sound je makcik tu, takpe lah makcik , saya halal kan je rm10 tu, (tp ckp dlm hati,sbb taknak lawan..orang tuaaa...sabar )

kadang2 orang tua ni rasa dia je betul.cuba bertolenrasi skit,
lepas tu cuba kalau salah minta maaf , tak rugi

lepas dapat baki haku, aku minta maaf , no heart feeling lah makcik .semua org melakukan kesilapan..

malam tu , aku buka puasa , ada org minta sedekah , aku kasi je rm10.. sebab aku rasa duit tu mmg bukan hak aku..lepas tu makcik yg aku kasi tu siap menangis..sedih..

aku pun sedih.. sedih dengan apa2 yg jadi pada sekeliling kita, dengan mcm2 ragam manusia
kekadang lebih baik berdiam dari beriyer2 menegakkan kebenaran, Silent is Better, allah kan ada
dan jangan terlalu fanatik pada sesuatu , apa kita buat kena bersederhana.

.

Jun 12, 2014

Nifsu Sya'ban



Embun suci di pagi hari,
Hati yg bersih ‘kan lahir kembali.
Catatan amal telah berganti,
Bersihkan diri menghadap Ilahi.
Mohon maaf atas segala khilaf yang
ada, selamat Nisfu Sya'ban Semoga ibadah kita diterima Allah Ta’ala.
Semoga kita semua berkesempatan
untuk bersama-sama menyambut
Ramadhan pada tahun ini
Amin.

posted from Bloggeroid

Jun 11, 2014

Nasi Goreng Udang Pantai BNO



Kalau hantar kakak balik belajar
Harus singgah makan Nasi Goreng udang kat Pantai BNO ni

Kalau tak silap harga rm5.50 sepinggan
Nampak je sikit udang nya tu.
Tapi sebenarnya udang_udang itu sangatlah pemalu dan tak mesra alam.

Aku nya style kalau makan
Tak payahnya nak kopek2 kulit tu, boleh je potong2 makan, kecuali kepala udang,
Kalau rasa nak jadi bisu, rosak kerongkong cubalah telan kepala udang tu.

Walaupun selalu dengar tak elokkan makan kulit udang..sebab apa dah lost memory.sesekali tak mengapa jgn selalu

posted from Bloggeroid

Jun 9, 2014

Tuduh

Baru2 ini aku tercari2 jubah feveret yg selalu aku pakai.
Mana lah pulak hilangnya jubah tu.

Dalam kepala otak mulalah dah syak,
Along buang ke.? Kalau tak buang, maybe terjatuh masa sidai kat ampaian.

Tapi pagi tadi cari2 jumpa, ada je terselit antara baju yg lain

Lepas tu tercari2 tudung pulak,
Macam hilang 2 je tudung aku,dalam.tuppaware yg selalu aku simpan,
Syak along lagi.
Along jual kt Group tudung ke ni.
Padahal selalu pesan, kalau sehelai hilang, aku tahu tau.!!!
Jangan sesekali usik tmpt tudung Attyfir tu.


Balik karang nak kena cari lagi.
Raya nanti baru mintakmahap dgn along, :)




Tuppaware Tudung aku..kalau nak terapi minda , belek2,belai2.
posted from Bloggeroid

Jun 5, 2014

Rm15 jer pun

Hari Isnin 2 June 2014 haritu ada lah sahabat nak belanja aku dan anakdara aku sikakak
Jadi yg aku ni teringin lah nak makan dekat Cafe Picc buffet yg rm15 tu.Selalu dengar org cerita
baca kat Blog je

Jadi Jom kita ke sana.
Sampai sana dalam pukul 1.10pm
Sampai kitaorg duduk luar sbb nak view putrajaya indah itu.

Lepas tu terus pergi ambil makanan.
Tanpa agak hampa lah
Takde choice dengan semua makanan dah habis, bekas kosong terkulat2 lah aku dengan pinggan kosong.
tak restock.Aku tengok Supervisor pun gelabah semacam je
jap2 snap gambar , wasup anak buah kot suruh restock

lepas tu aku ambil cake je pun.cake biasa2 je
Kakak , dah bebel2..lapar xde apa pun mama yg nak makan.semua dah licin dalam tempat lauk tu
Jadi kami kena tunggu sekejap
Itu pun xde nasi, ada lah lauk ikan masak kicap , ayam masak lemak cili api,kobis goreng kicap



Macam tau je lah aku diet.memang suruh makan lauk, tak kasi aku mentedarah hari tu
Lepas tu suh kakak order air milo ais 2 cawan, untuk mama sorang je
kenyang minum air milo ais, kena bayar tau.bukan dalam pakej.

Alhamdulillah dpt makan sambil tgk view Putrajaya yg cantek.

Ye lah RM15 je pun, jangan harap le kau nak mimpi makan mcm kt hotel bufffet yg hrga 80++ kan.
dan hari tu , aku rasa kalau mak aku yang masak lagi sedap dari lauk yg disediakan kat situ
pendapat aku je lah .. harga pun murah kan .. tak boleh lah nak harap lebih-lebih



.
posted from Bloggeroid

Jun 3, 2014

Facial Bangi

Dah lama , mama bebel tgk muka kakak
Liang pori mcm terbuka
Hari-hari mama bising, kenapa buruk sangat muka ko kak.
Ada sekali dulu , mama tegur sebab muka kusam, mama beli kan krim, dah cantik muka kakak.. dah glowing balik, siap belilan vitamin, kolagen bagai.
Mama pun x beli, x makan tau, anakdara je yg mama belikan, takpelah, mama dah tua,
Semalam aku berjaya bawa kakak buat facial, alhamdulillah hari ni dah nampak perubahan.



Jangan main sapu je krim bebukan kan muka..puas mama berleter.
Kakak ni kalau mama tegur kdg psl muka dia.dia bengang, dia ingat mama saja nal buruk2 kan dia.

Padahal mama cakap benda yg betul.
Tapi lepas dari mama tegur muka kakak kusam.mama belikan krim muka untuk kakak pakai, dan ada perubahan, baru dia percaya.

Yang penting air masak kena minum banyak.Sekurangnya 2 liter sehari, untuk pastikan kulit cantik.
.

posted from Bloggeroid

Jun 1, 2014

Masak.Makan

Sekejap je dah masuk June 2014.
Hari ini hari Ahad, cuti cuti
Jadik masak,makan,masak,makan
Harini masak spagetti bolognise (ejaan cincai je) tapi bahan2, tangkap muat mana yg ada jer.



Tapi orang2 kat rumah nie, semua tekak melayu
Tetap jugak ler kena masak nasi , lauk simple je , sambal ikanbilis.

.

posted from Bloggeroid

May 31, 2014

Bila Orang Hargai

Sabtu lepas punya cerita
Last minute, malam jumaat baru Firdaus kasi tahu,esok kena pergi sekolah ambil reportcard.
Bila tau, nak kena ambil report card, mama yg nerves lebih, macam mama yg ambil periksa .
Asyik tanya Along, camne lah result Firdaus ni.

Esok bangun pagi, siap2, along cakap sebelum kita pergi sekolah, kita pergi sarapan dulu.Tapi Firdaus tak setuju, nak pergi sekolah cepat.

Jadi ikut je lah cakap Firdaus, sampai sekolah tepat pukul 8 pagi.
Sessi ambil report card kat Dewan sekolah, sekali rupanya kami lah parents yg pertama sekali utk 5 Mulia.

Alhmdulillah keputusan Ujian Firdaus, Memuaskan , cuma kena improve bahasa English lebih lagi.

Dan yang paling besh , pagi tu
Cikgu kelas Firdaus pakai tudung yg dihadiahkan sempena Hari Guru.



Comel je Cikgu gayakan tudung.
.

posted from Bloggeroid