Sep 17, 2008

KAYA

Sewaktu si mamat dalam perjalanan menaiki kereta
untuk pulang ke KL daripada JB melalui lebuhraya,
beliau berhenti rehat di salah sebuah hentian.
Sewaktu berehat maka datanglah kepadanya
seorang tua yang berpakaian agak compang-camping
lalu menegurnya ... "Anak nak ke mana?".
Si mamat menjawab ringkas, "KL" Orang tua itu bertanya lagi,
"Boleh pakcik tumpang sampai ke Pagoh"
dan dijawab oleh si mamat tadi "Ehm...bolehlah."
Lantas orang tua itu masuk dan duduk di dalam keretanya.
Dalam hati simamat berkata,
"Hai, siapalah orang tua nii, orang ke atau ???"
Beliau meneruskan perjalanannya.
Sebaik menghampiri Pagoh, orang tua tadi bertanya,
"Anak nak kaya tak?" Si mamat tersentak dan berkata dalam hati,
"Dah buat dah orang tua ni. Nak bagi aku kaya pulak.
Orang tua ni nak bagi aku nombor kot.
Atau nak menguji aku?" Si mamat pun jawab,
"Tak apalah pakcik, hidup sederhanapun cukup.
Kalau kaya nanti lupa diri pulak"
Orang tua tu tak bertanya lagi.
Dalam hati si mamat berkata mungkin
jawapannya adalah yang terbaik
takut-takut itu hanya ujian daripada orang tua tadi.
Kemudian orang tua tu tanya lagi, "Anak nak kaya tak?"
Si mamat jawab serupa yang tadi,
"Tak apalah pakcik,saya lebih senang hidup sederhana".
Bila sampai di Pagoh, orang tua itu minta diturunkan lalu berkata,
"Tu, pakcik ada tinggalkan satu tin kaya cap Yeo's
untuk anak sebagai tanda terima kasih kerana tumpangkan pakcik.
" Terima kasih, ya nak."
lalu orang tua tu turun dari kereta.
Si mamat tersipu-sipu malu lalu menjawab,
"Terima kasihlah pakcik" lalu meneruskan perjalanan.

credit to: lawak jenaka

14 comments:

yong ibu chem said...

heheheheehe saspn je..ingatkan 'kaya' apa yek...yeyeye aje buat2 rendah diri...lawak tul! rupanya kaya sapu kat roti!!

kak..sila amik award kat blog yong ye...

vogue2704 said...

hehehehe....lawak nye..siap rendah diri segala tak nak kaya ehhehe.....

PerantauSepi1306 said...

aiyoohhhhh igtkan ader magic david blaine tadikss... ekekekeke lawak aaahhhh

pRincESs_N said...

cet!! igt kn mende r td....

k.ty..kaya yeos my fav tuh..celet2 kt roti...wahh.....lazat...

Big Mamma Bukhari said...

Assalamualaikum kak atty..
apa kabar akak ari ni? t alhamdulillah, sihat..
tq sudi singgah di page t yg tak seberapanya ini ye!! nak pinjam majalah? buleh2 .. no hal punyer...hehee....

Mieza's Penny said...

Dh pnh baca lawak ni...mmg senyum kambing lps tu...:D

Anonymous said...

atty,
cantiknya blog awak..kita link awak yea

Mommy Lily said...

lawaknye...hahaa
nk kaya tk nk kaya

thanks for the award ye

juelee said...

hahaha lawak giler...
ni kaya tok makan la..bukan kaya dwet..

Moralle said...

Lah suspen bangettt....but its fun:)

cʏcʏreαℓℓα said...

huhuhuhuhuhuhuhuhuhuhuhuhuhuhuu......
ape r wt segan jeh..
tp untung gk r owg tuh dpt gk balasan dri owg tue tuh.dri xdpt pape..

CATZ said...

hahhahaha...kekekkekeke...sengih2 aku sorang kat sinih baca entry ko ni atty oiii...hahhaha...kaya tuh bleh sapukat roti..kuikuikui

ezo said...

hahaha...
lawak je..
mati2 ingat kaya apa tadi..
:D

Anonymous said...

ADEH... KELAKAU.. KELAKAU.....