Sep 30, 2008

Pantun Raya



Pantun Lawak Hari Raya dan Pantun Aidilfitri :

Lapar puasa terketar-ketar
Bila berbuka lega rasanya
Kad raya tak sempat nak hantar
Kiriman MMS pun dah kira grand lah ye..!

Anak Dolah makan lepat
Makan lepat sambil melompat
Nak hantar kad raya dah tak sempat
Pakai MMS pun kira ok what?

Lemah lembut tuan puteri
Berkain cindai cantik dipandang
Meriah menyambut Aidilfitri
Sahabat handai datang bertandang

Udara dingin hening pagi
Tabuh bising mulakan hari
Aidilfitri menjelma lagi
Masing-masing pakai berseri

Tanpa mengira miskin kaya
Pangkat kedudukan hamba shaya
Sama-sama menyambut raya
Maaf-maafan dihari bahagia

Aidilfitri hari kemenangan
Kejayaan menempuh halangan
Mengenali erti kesenangan
Bagi mereka yang kekurangan

Aidilfitri hari kemaafan
Menghapus kesalahan sesama insan
Memupuk perpaduan sesama ehsan
Mengikat tali keakrapan

Cincin disarung hati berdebar
Jarinan lembut wajah terhias
Ramadan disambut penuh sabar
Aidilfitri disambut dengan meriah

Saidina Affan menyusun kata
Tutur peri yang aulia
Maaf-bermaafan sesama kita
Di Aidilfitri yang mulia

Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin


credit to google

3 comments:

Cyberwira said...

Sembahyang Raya Di Pagi Hari,
Kuih muih tersedia rapi,
Hari raya menjelma dinanti,
Mohon maaf dari hujung rambut sampai hujung kaki.

SELAMAT HARI RAYA.

13may said...

selamat hari raya...maaf zahir batin :)

Unknown said...

Satu Syawal Menjelang Tiba,
Takbir Bergema Menggegar Jiwa,
Sekiranya Ada Salah & Dosa,
Ampun Dipinta DiHari Mulia,

SELAMAT HARI RAYA DAN MAAF ZAHIR BATIN'

~jemput mai umah ye atty