Setelah penat bertalbiah, kekdg terlelap disepanjang perjalanan dari Madinah ke Mekah, akhirnya group kami seramai 24 org sampai juga ke Tanah Suci Mekah. Dari dalam bas,aku sudah Nampak menara Jam di Safa Tower.
Dalam Hati macam tak percaya yang akhirnya aku menjadi tetamu allah..ya
allah aku bersyukur ya allah, .
Sambil mata melilau je tgk Jam di Safa Tower, airmata kesyukuran
mengalir..
Masa tu sekitar pukul 11.30 mlm waktu mekah, kami sampai ke hotel.
Check in hotel, makan ,amik wudhu,terus berkumpul di depan hotel untuk umrah pertama kami. Kami bercadang
mengikut mutawif, sebab ini umrah pertama kami.
otw nak ke Masjidil haram ,lepas check in hotel
berjln kaki ke Masjidil haram, alhamdulillah hotel kami dkt jer
perasan tak, mak ngn maklong pakai bunga di kepala
senanglah kami nak cam mak ngn maklong, walaupun ramai je yg pakai tanda
hati berdebar2 saat menghampiri Masjid teragung di muka bumi ini
Kami menginap di Al Saraya Hotel lebih kurang 150 meter dari dataran
Masjidil Haram.Alhamdulillah tak sampai 10 minit berjalan kaki kami sampai di
dataran Masjidil Haram, dan kami masuk melalui pintu 1 King Abdul Aziz ,inilah Masjid
yang menjadi keagungan semua umat islam, kerana di Masjid ini lah terletaknya
Kaabah..selalu aku tengok dalam tv, hari ini ,dalam sejarah aku dpt saksikan
sendiri Kaabah dengan mata kepala aku sendiri..syukur ya allah.
(time ni aku dah simpan kamera,sbb jap lagi nak berdoa)
Masuk je kaki ke dalam masjid, hati aku tak terkata ,tak dapat aku
luahkan dengan perkataan, hati aku sedih, nak meraung pun tak terkeluar, Cuma
air mata menitis tanpa ditahan2 ..alhamdulillah ya allah, kau perkenankan doa
ku..kau makbulkan doa ku ,utk menjadi tetamu..tetiba je berat bahu selama ini
yg aku pikul ,untuk menguruskan urusan ke sini..tertiba je menjadi
ringan..semua yg terbuku di dada semacam pergi..dan badan terasa ringan, dpt
melepaskan segala beban selama ini .
Masjidil Haram yg tidak pernah sunyi dari org ramai , penuh di mana2
setiap sudut masjid pun.
Lepas tu group kami simpan kasut dlm uncang kasut, lepas tu letak kat
almari kasut yg disediakan .
Terus kami berjalan..sayup2 dah Nampak kaabah..
Air mata menitis perlahan –lahan..mensyukuri nikmat yang allah berikan
..
Kami berhenti sejenak sebelum turun ke dataran Tawaf untuk berdoa,
pertama kali Nampak kaabah.
Doa pertama aku semasa melihat kaabah..:-
Ya ALLAH, kau ampunilah dosa-dosaku sehingga ke akhir hayatku. Kau makbulkanlah segala doa-doaku yang engkau redhai..dan semoga ini bukan kali terakhir aku berkunjung ke rumah mu ya allah..Kau murahkan lah rezeki ku untuk datang berkali2 ke rumah mu ini ya allah,kau jemput lah jua sedaramara, sahabatku yang lain ya allah untuk menjadi tetamu.ya allah ya tuhanku, janganlah dijadikan tawaf dan ziarah ku ini sebagai kali yg terakhir di Baitullahmu, jika sekiranya ditakdirkan menjadi kali terakhir bagi ku, aku pohon darimu ya allah, syurga sebagai gantinya ..ya tuhan yang amat pemurah lagi penyayang. Kau murahkan lah rezeki ku untuk datang berkali2 ke rumah mu ini ya allah
doa yg
pernah ku baca..dan aku ingati, dan aku ulanginya berkali-kali
selain itu aku turut berdoa dimurahkan rezeki,
bahagia dunia dan akhirat.
,sambil dgr mutawif bagi penerangan, lepas tu kami pun beramai2 turun
ke dataran dan dapat penerangan skit dari mutawif ..lepas tu
aku,adik,mak,maklong dan anjang terus buat sendiri tawaf wajib
Tawaf di mulai dari
lampu hijau ,dan dari bucu hajar aswad, kita berniat tawaf ,selepas beristilam dengan mengangkat tangan
sambil "Bismillahi allahuakbar
Allahuakbar Allahhuakbar walillahilham”
dataran tawaf, ramai yg kurang percaya, umrah taun ni dah mcm musim haji
Lepas tu keliling kaabah sbyk 7x , lalu di bucu rukun yamani dan
istilam sambil lafazkan
- Di antara rukun Yamani dan Hajarulaswad kita baca:
(رَبَّنَا ءَاتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً
وَفِي الْآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ)
(اللهم إني أعوذ بك من الكفر والفاقة ومواقف الخزي في
الدنيا والآخرة).
Ingat bahu kiri kita jangan lari dr mengadap arah kaabah,kaabah harus sentiasa belah kiri bahu..dan
kita mesti ada wudhu ketika melakukan tawaf.
Dan akhirnya dlm masa 30 minit kami
selesai melakukan tawaf , dan selepas tu kami berlima sama2 solat sunat tawaf
betul2 di belakang Makam Nabi Ibrahim dan setentang Pintu Multazam..lepas solat
sunat tawaf,doa di baca oleh Pak Anjang, Anjang baca doa dengan penuh syahdu +
tangisan sehingga kami semua mengalirkan airmata..turut terasa kesedihan itu..
Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan
kamu, yang kamu hendak dustakan? Surah ArRahman. Ayat 023.
Selesai Tawaf,
selesai solat sunat tawaf ,minum air zam2 kami menuju ke Saie,
saie dilakukan Antara Safa
dan Marwah ,kira nya mula di Safa dan berakhir di Marwah.
Kedua bukit yang satu sama lainnya berjarak sekitar 405 meter. Ketika melintasi Bathnul Waadi, iaitu kawasan yang terletak di antara Bukit Safa’ dan Bukit Marwah (kini ia ditandakan dengan lampu neon berwarna hijau) para jemaah lelaki disunatkan untuk berlari-lari anak, sedangkan untuk jemaah wanita berjalan cepat.
Menaiki bukit Safa / Marwah hingga sampai ke kawasan berbatu di bukit sambil membaca:
إِنَّ الصَّفَا وَالْمَرْوَةَ مِنْ شَعَائِرِ اللَّهِ فَمَنْ حَجَّ الْبَيْتَ أَوِ اعْتَمَرَ فَلا جُنَاحَ عَلَيْهِ أَنْ يَطَّوَّفَ بِهِمَا وَمَنْ تَطَوَّعَ خَيْرًا فَإِنَّ اللَّهَ شَاكِرٌ عَلِيم
Mengadap Qiblat dan mengangkat kedua tangan serta bertakbir di Safa dan Marwah,
untuk waktu skrg kita tak nmpk dah Kaabah dari tmpt Saie,sebab pembesaran..
tapi kita tgk org lain..kita boleh agak kat mana Kaabah.
الله أكبر الله أكبر، الله أكبر وَلِلَّهِ الحَمْد
Berlari-lari anak bagi lelaki apabila sampai di tempat bertanda lampu neon hijau atau tiang hijau
رَبِّ اغْفِرْ وَارْحَمْ , وَاعْفُ وَتَكَرَّمْ , وَتَجَاوَزْ عَمَّا تَعْلَمُ , إِنَّكَ تَعْلَمُ مَا لَمْ نَعْلَمُ , إِنَّكَ أَنْتَ اللهُ اْلأَعَزُّ اْلأَكْرَمُ
Menaiki hingga sampai ke kawasan
berbatu di Bukit Marwah. (Sekarang ini kawasan adalah batu-batu di Bukit
Marwah iaitu selepas pembesaran oleh pihak Saudi adalah batu replika
sahaja) – sambil membaca:
إِنَّ الصَّفَا وَالْمَرْوَةَ مِنْ شَعَائِرِ اللَّهِ فَمَنْ حَجَّ الْبَيْتَ أَوِ اعْتَمَرَ فَلا جُنَاحَ عَلَيْهِ أَنْ يَطَّوَّفَ بِهِمَا وَمَنْ تَطَوَّعَ خَيْرًا فَإِنَّ اللَّهَ شَاكِرٌ عَلِيم
dan sambil2 kita jalan utk habiskan Saie, boleh lah kita baca doa mcm dlm buku yg TA kasi, aku ikut sbb nak tau, dh brp pusingan aku buat, lps abis baca doa, kita boleh berzikir atau bertasbih.
nampak lengang je kan..time ni mmg lengang..tp lepas keesokannya
penuh sesak..
Masa aku buat umrah wajib aku ni, time ni org belum lagi ramai..tapi lepas je hari ini..hari2 yg seterusnya ,time buat saie..mashallah..penuh sesak tempat saie..apatah nya lagi tempat tawaf.Walupun mcm tu ,bykkan berdoa semoga dipermudahkan, inshallah..ada tempat utk kita walau sesak camner pun.
Alhamdulillah kami selesai pada pukul 4.15 am waktu Mekah , dan
kedengaran Azan pertama utk waktu subuh..selesai kami saie, Kami semua baca
doa, dan bertahulul.Maka selesailah umrah wajib kami..alhamdulillah!
Tahallul ialah diperbolehkan atau dibebaskannya seseorang itu dari larangan atau pantangan ihram. Pembebasan tersebut ditandai dengan tahallul iaitu dengan mencukur atau memotong rambut sedikit sekurang-kurangnya 3 helai rambut.
Selepas
tu kami solat subuh di Masjidil Haram , solat subuh pertama kami yg mengadap
Kaabah, sayunya hati..syukur ya allah …selama ini aku sujud atas sejadah yg
hanya ada gambar kaabah, tapi berlainan kali ini, bila aku solat, kaabah betul2
di hadapan aku .
Kerana masa itu dah pukul 4.30pm camtu..adalah dalam 45minit nak masuk subuh, jdk kami bergegas keluar dari tmpt saie menghala ke dataran tawaf ,dan cari tmpt solat yg mengadap kaabah..selalunya port wanita di belakang Hijir Ismail.
Walaupun tak dpt betul2 depan..tapi masih nampak kaabah ,itu pun dah sangat aku bersyukur..
nampak lah kaabah dari tmpt kami
Allah menurunkan 120 kebajikan/pahala kepada umat Nabi Muhammad SAW.Pembahagiannya ialah 60 pahala kebajikan terletak pada amalan tawaf,40 pahala kebajikan terletak pada amalan solat dan 20 pahala kebajikan terletak kepada pahala melihat/memandang kaabah.Jika dicampurkan 60 ,40 dan 20 jumlahnya ialah 120.
Selepas solat
subuh di MasjidilHaram ,kami semua balik ke hotel utk sarapan dan istirehat
,lepaskan lelah, penat naik bus 6 jam dari Madinah ke Mekah, sementara
menunggukan Solat Zohor yang akan masuk sekitar pukul 12.30pm.
Selalunya seawal
pukul 11am,kami dah ke Masjidilharam, sebab takut penuh.
Bila berada
di bilik hotel, kdg aku berkemas, ada sekali aku cuci baju hantar kat dobi.
Kat sini dia
tak kira kilo baju2 itu..tapi diaorang kira sehelai abaya rm6 mcm tu.
Ishh ..rasa
mcm tak larat kalau asik antar dobi, jdk terpaksalah mencuci sendiri .
.
12 comments:
sernoknya baca journey kak ty menunaikan umrah...
Syukur alhamdulillah...teruja Aina baca. Moga suatu hari ada rezeki Aina pulak untuk menjadi tetamu di rumah Allah.
Allahu Akhbar...
seronoknya kak atty
zana baca pengalaman kak atty tunaikan umrah...
moga sampai masanya kami di panggil ke sana pula...amin
subhanallah.
tak terucap dgn kata2..teringinnya kty..teringin sgt nak pandang kaabah dgn mata ini.
semoga satu hari nnt Allah kabulkan keinginan sy ini.
bertuah kty dpt merasa ke rumah Allah.
saya akan terus membaca.. mungkin boleh jdai pedoman saya suatu hari nanti..
bejurai2 air mata saya membaca tiap baris tulisan kak atty...
semoga saya juga dapat merasai ape yang kak atty dah rasa. in shaa Allah
BEstnya kak. Smoga giliran saya dpt kesini satu hari nanti.
salam kak... dh lama nmppak blog akak tp tak kesempatan nk tinggal komen, kite kenal dulu kt fp rasanyer kan kak...
seronoknyer akak dh sampai ke sana, ada mcm2 tanda yek di pakai supaya senang nk kenal...
dee baca pun menitis airmata kty..yelah..mcm mimpi jadi kenyataan kan bila pertama kali kita nmpk kaabah depan mata..
Subhanallah..akak dah terpanggil untuk ke sana...alhamdulillah...
Alhamdulillah syukur atty dh smpai ke sana.......
Maaf kty. ntah kenapa la pulak bloglist kty kat blog T tu tak appear entry terbaru kty. Dalam ati dok ingat yang kty tak buat entry.
hari ni tengok, banyak tul yang tertinggal. maaf yer kty. sib baik kty jengah blog T.
hmm.... harga dobi tu mahal. lebih baik basuh sendiri. RM6.00 kalau kat sini sehelai 1.50 je.
Post a Comment