14march 2013
Inilah dia hari yang ditunggu2..hari ni kami akan berangkat ke Jeddah,
seterusnya ke Madinah dan selepas itu ke Mekah Al Mukaramah..Di rumah mak sibuk
memasak utk juadah tengahari sebelum kami berangkat ke Klia.
Aku seawal pukul 7am ,hantar firdaus ke sekolah,sebelum tu dia bersalam
ngn nenek, maklong ,opah dan dalam kereta salam ngn mama..dia sedih,.aku Nampak
dia nangis..masa dah sampai depan pintu sekolah dia keluar dari kereta pun dia
nangis..ye lah ini 1st time aku tinggalkan dia agak lama.lepas tu
nenek pun ikut sekali tu yg buat dia lagi sedih berganda.
Sekitar pukul 11am, ramai dah sedara mara yg nak menghantar kami
berkumpul di rumah. Sekitar pukul 12.20pm mcm tu, PakAnjang aku mula baca doa ,
dan PakLang mula melaungkan azan, time ni aku rasa sangat seedih..
Tak mampu menahan airmata,Airmata turun sendiri tanpa diminta2, sedih
kerana segala usaha aku dan adik, akhirnya tertunai..segala susah payah kami
menguruskan perjalanan ini akan menjadi kenyataan.
Sedih kerana akan meninggalkan anak2 dan suami, risau akan keselamatan
diaorg, lebih2 lagi aku risaukan firdaus.
Selesai je melaungkan azan, semua pun memulakan perjalanan ke Klia.
Kami turun dari rumah adalah dengan berpakaian ihram, kerana kami
diberitahu oleh Afiq dan Amali ,kami akan turun di Mekah dulu,sebab itu awal2
kami sudah berpakaian ihram.
our Group
Tapi sesampai je di Klia,adik aku suarakan rasa tidak sedap hatinya
,bila melihat tiada jemaah dari TA kami yang berpakaian ihram, pelik sungguh,
terus aku bertanya adik yg bertugas disitu.
Dan rupanya kami semua tidak akan turun di Mekah, tapi akan turun di
Madinah, masha allah, kenapa lah Afiq atau Amali tidak beritahu kami..cepat2
aku kol Pak Anjang yg berada di surau,sebab dia dah nak salin baju dan memakai
ihram..nasib aku sempat..kalau tak naya je Pak Anjang memakai ihram di dalam kapal terbang.
selamat sampai di Klia
atty & along
tq to along kerana izinkan ayg pergi ,
semoga 1 hari nanti kita dpt pergi ke tanah suci bersama
Tapi pasal hal itu bagi aku,bukan masalah besar mana, kami tidaklah
marah..biasalah manusia yg selalu lalai dan tak alert. Malah ketawa kami
dibuatnya, sebab risaukan Pak Anjang yg akan memakai ihram..nasib sempat
diselamatkan.Kami redha jer , dugaan kecil je ni..tak perlu nak marah dan
salahkan sesiapa pun.
Lepas kami check in bag semua, kami terus menghala ke depature hall,dan
bersalam-salaman dgn semua yg menghantar kami..sayunya hati,walupun pergi
bukannya lama, tapi perasaan sayu tetap ada .
check in bag
Di sebabkan kami berbaju serba putih, aku dan adik bercadang utk
menukar baju, sampai surau, buat jamak zohor dan asar,terus tukar baju lain.
lepak sementara tunggu nak naik flight
Sekitar Pukul 6pm waktu Malaysia Kapal Terbang kami pun meninggalkan
bumi Malaysia tercinta. Dan hati aku terus sayu + happy + melepaskan lelah atas
kesusahan dan kepayahan menguruskan group kami, dan Alhamdulillah dalam berapa
jam, kaki ku akan menjejak bumi Arab..
Dalam fligh,Alhamdulillah , kami selesa dan kekenyangan di beri makan 2
kali , walaupun kami sepatut naik flight Mas Chatered, tapi last minute kami
naik flight Nas Air,tapi semua tu dah tak kesah, janji sampai..hasrat hati
tertunai.
Dalam Flight
Kami sampai di Jeddah sekitar pukul 10pm waktu Jeddah,eh baru aku
perasan masih di hari yg sama walupun aku bertolak pada pukul 6pm waktu
Malaysia pada hari yg sama..mcm seolah2 dekat je..padahal 8 jam dalam flight.
Itulah kebesaran allah ..
Kat Airport ni ramai je yg jual simcard , bagi aku baik beli di sini
dari beli dari TA masa kat Klia.Sebab aku terkena , beriyer ler budak tu suh
beli..siap ckp jgn beli kat sana dgn harga rm60, kononnya dalam ada 40riyal.
Rupanya Tipah tertipu , dalamnya ada 25riyal je..takpe..sekurang2nya
kita dah tau, kira halal ler pada budak yg jual kat Klia tu .
Alhamdulillah pemeriksaan imigresen diaorg pun sgt mudah, pekerja dia
siap boleh main whatsapp..
Lepas selesai urusan imigresen, kitaorang pergi solat maghrib dgn
isyak,sambil menanti kan bus yg akan membawa kami ke Madinah. Dari Jeddah ke
Madinah mengambil masa dalam 6jam perjalanan.
Sebab dari awal ,aku dah banyak baca , jadi aku dah dapat terima, apa
jua keadaan,
Kita jangan haraplah Perhentian rehat diaorg seselesa RnR kita di
Malaysia..
15March 2013
Selepas melalui perjalanan selama 6 jam .akhirnya kami sampai sewaktu
azan subuh. Dari dalam bus aku dah Nampak Masjid Nabawi..ya allah semua angan2
di depan mata sekarang..
Aku dan adik bersiap2 lepas kami check in hotel ,terus subuh di Masjid
Nabawi..owh ye , walupun kami baru 1st time sampai,sebab dah banyak
sgt baca pasal Madinah,pasal Masjid Nabawi, walupun tanpa mutawif,
Alhamdulillah
our room
Kiranya hari ni Jumaat, aku dan adik ambil peluang utk mengerjakan
solat jumaat buat pertama kali seumur hidup kami ..
Masjid Nabawi
"Pahala mengerjakan solat dalam masjidku ini ( Masjid Nabawi ) adalah
1000 kali lebih daripada bersolat di masjid masjid lain kecuali Masjidil
Haram" Hadis Riwayat Bukhari Dan Muslim.
atty muka sembab kurang tido..ke terlebih tido
Lepas solat jumaat, kami mulakan pencarian kami, kami mencari2 mana
halanya Raudah.
Pengalaman masuk ke Raudhah, nanti kty cerita di lain entry.
.
7 comments:
Alhamdulillah..selamat sampai ke Madinah....seronok dengar kak yatt citer...
terigt masa nmpk tiang masjid nabawi dr dlm bas, berbunga gila hati, x caya da sampai madinah... hilang semua penat travel berjam2.
Seronok bace kak...tak sabar nak bc kisah seterusnya....tu la kan kak sepatutnya cara komunikasi tu diperbaiki lagi....kesian yg x dpt info tu...berihram sepanjang mase kesane tu nanti sygla kan kak...sedangkan ade perhentian sebelum tu....ape2 pun semua dipermudahkan mase urusan imigresen....
Selesa tgk bilik kak....lega rase bile nampak masjid nabawi kan kak....hilang penat perjlnn panjang...
Salam...masyaallah kiranya ni akak pergi sendirilah ni, main redah tp redah ada ilmu tak apa.
Alhamdulillah.
sampai juga kty ke tanah suci.
baca pengalaman kty boelh dijadikan panduan masa akan dtg.Insyaallah.manalah tahu mungkin lepas ni turn sy pula jd bolehlah jadikan panduan sedikit sebanyak.
tak sabar pula sy rasa..
Atty ikut pakej dari agen mana??
tapi betul tu. mesti cuak je bila group kit alain dari orang lain. ngeee
Post a Comment