Apr 11, 2013

Dugaan kecil sebelum menjadi tetamunya



15 feb 2013
Kami semua sepakat untuk buat kenduri, tapi tarikh belum di confirmkan, tapi hari ni aku bz teman mak ke UPM,selesaikan masalah pencen mak, syukur Alhamdulillah semua dipermudahkan , beli lagi jubah sepasang

16 feb 2013
Kami berempat yang akan menunaikan umrah , hari tu kami ke Masjid Ampang Kosas untuk hadiri taklimat bagi sesiapa yg depature bulan March , Pak Anjang tak dapat nak ikut serta sebab ada hal ,masih dengan masalah  mengenai flight delay..
Ramai yg tak berpuas hati pasal flight delay,rasa nya ini bukan kesalahan dr pada TA sekali pun..ini semua adalah dari Pihak Arab Saudi yang menghadkan quota kemasukan jemaah2 umrah..hati terus dirundung sedih , dapatkah kami semua menjadi tetamu allah....

Dan satu lagi masalah, lagi dekat hari nak pergi umrah, hati seakan diikat kuat, dirantai oleh satu rantai besar,
Kalau sebelum ni takde niat nak pergi umrah pun.. rajin bangun solat malam, rajin pergi masjid , tertiba bila tarikh untuk pergi semakin dekat , hati semakin malas..ini semua hasutan..cepat2 istighfar, dan minta allah kuatkan iman, diberi taufik dan hidayah..dikuatkan semangat utk terus istiqamah.


7hb March 7, 2013
maknanya tak sampai lagi 6 hari jer lagi,perjalanan kami
Tapi pihak TA.senyap je..jadik aku ambil keputusan utk kol diaorg.bukan niat nak marah ke apa,bukan niat nak menganggu kerja diaorg,

Aku hanya nak tau status group kami je..ada kah semuanya berjalan lancar.
Alhamdulillah berita yang kami dapat, semuanya okeh, visa lulus, flight on time..syukur ya allah
Setakat ni kau permudahkan perjalanan kami.syukur Alhamdulillah.


10 march 2013 (panggilan misteri) 

Hari ini kami mengadakan kenduri tahlil dan doa selamat..
Hari yg bz bagi aku dan mak sebab nak masak untuk kenduri malam nanti, tapi tengahari ada maklong dan sepupu ku yan datang tolong kami berdua.
Petang sekitar pukul 5.45 ,Masa tu aku sedang mandi,ada kat dalam bilik air
Tertiba mak ketuk2 pintu ..cakap,aty kita g mekah esok..aiik..gurau apa pulak mak nie
Aku kuar , mak kenapa? Nak gurau2 nie..

Mak kata betul, adik ko kol tadi kata kita pergi esok, 11hb..terkedu sekejap aku + menggigil2 badan nie
Terus stop mandi kol adik, adik citer macam tu lah ,tapi aku still  macam ragu2..tidak percaya.
Terus mcm blur, memikirkan lauk2 anak aku tak siapkan lagi, baju sekolah firdaus aku tak prepare lagi..
Terus terkocoh2 aku nak pergi giant beli lauk ,untuk anak2 dan suami sepanjang peninggalan aku nanti ,

Sepupu aku dan maklong aku dah menangis2 ,sebab sedih, ye lah ada sorang sepupu aku time tu berada di Sabah, Kalau kami pergi esok, maklong aku takan dapat jumpa dengan anaknya ,itu yg hiba sangat
Dalam aku masih lagi blur,aku terus ke giant,sambil aku buat panggilan ke Amali TA kami yang menguruskan urusan kami, Adik aku pun macam tu kol Hq TA ,utk confirmkan panggilan misteri yang kami terima tadi.

Tak lama lepas tu rupanya itu panggilan misteri, mana ada ..pelik.dan Amali pulak
Mulalah mintak ic abah aku, mana ada dah! kan abah aku dah arwah pun, (Al fatihah utk arwah abah) mana ada ic,surat mati adalah.
Alhamdulillah syukur , tak jadi pergi esok..nya 11march,kalau tak mau kelamkabut, dari segi packing baju,semua dah ready, fizikal dan mental maybe belum ready.

Malam tu masa kenduri , tertiba dapat kol dari Amali kasi tau masalah,
Ada masalah pasal visa aku dan adik...hati gundah gulana + marah, tapi aku terus berdiam.istighfar banyak2, sejukkan hati, dah lah kat umah sedara mara tengah ramai.Apa yg diaorg cakap semua tak dpt masuk dlm kepala aku, aku tak dpt menumpukan perhatian sbb masalah yg baru timbul ini..Rasa mcm nak menangis, nak menjerit...Tapi terfikir...Inshallah ada jalan penyelesaian...Andai visa aku dan adik ada masalah aku reda, kalau ini ketentuan darinya yg belum menerima aku menjadi tetamunya..Mungkin ada rezki lain utk aku..pasrah..walaupun aku tak boleh bohong hati aku..aku sangat2 susahati.

antara menu aritu, nampak sambal udang, ada lagi yg belum letak

   
 alhamdulillah tetamu yg dtg semua terdiri dari sanak sedara 


Itu pun penuh rumah mak ku yg comel itu, doa dibaca oleh Pak Anjang sendiri.
Dan aku rasa amat berbangga dengan Pak Anjang masa kami berada di Madinah dan Mekah
Sebab walupun dia muda tapi antara yg digemari oleh group kami yg seramai 24 org itu..
Tepat pemilihan kami untuk bawak Pak Anjang.


Banyak kah dosa aku ya allah..balik rumah..terus solat isyak dan solat taubat, memohon keampunan andai aku berdosa disisinya, ampunkan lah aku ..terimalah taubat ku, permudahkan lah urusan ku untuk ke rumah mu ya allah ..

Perkara ini hanya aku dan adik je tau, suami aku pun aku tak kasi tau..berat nya bahu memikul beban ni..aku tak sampai hati nak cakap pada mak pasal perkara ni , takut mak kecewa andai kami tak jadi pergi.

 11 March 2013
aku kol TA kat hq,.Si Afiq, baru aku tau apa masalahnya
Rupanya sijil nikah dan ic suami aku dan adik hilang, jadik visa kami problem, tinggal satu step..jer lagi..tapi ada masalah..

Hati aku saat itu, kalau ikutkan mmg nak marah,amat marah sekali, bila TA buat kerja acuh x acuh, tapi aku istighfar byk2,masih lagi jaga nada suara aku ,utk menunjukkan aku tidak marah..

Cuma aku kasi soalan bertalu2 pada Afiq, kenapa tak kol saya kasi tau hal yg sebenar, knp saya yg nak kena kol? Kenapa saya yang kena Tanya semua nie? kalau saya tak Tanya uols diamkan je..? tapi aku marah dgn nada beralas..sbb aku tau, semua ini datang dari nya, tp manusia pun seringkali melakukan kesilapan, terus aku Tanya Afiq skrg nak apa..?

Afiq suh kami sediakan document yg hilang itu dan emailkan kpdnya, dah lah time tu aku kt ofis.
Kenalah aku balik umah amik sijil nikah,scan..nasib ic along along dah emailkan..jdk terus aku email kt Afiq.

Sebelum tu aku sms Amali ,TA kitaorg kt Kuala Lumpur, aku sms ngn dia..knp smpi boleh document hilang?
Kenapa tak kasi tau apa masalahnya ..yg sebenar..supaya dpt kami selesai kan masalah itu dgn kadar segera,

Terus Amali kol aku dan kasi tau citer sebenar..rupanya panggilan yg kami dpt masa 10hb itu adalah benar
Belaka..andai ler visa kami tidak ada problem,kami harus bertolak ke Jeddah pada 11hb march, maknanya sehari selepas kami kenduri, dgn rumah yg kelamkabut,Baru lepas kenduri,tak berkemas, rasa belum bersedia nak pergi.,ye lah otak dah set nak pergi 14hb..tiba2 tercepat..mmg rasa kalut sgt..rupanya apa jadik byk je hikmahnya. Sesungguhnya Allah Maha Mendengar dan Maha Mengetahui.

12 March 2013 ,
Aku terus dilanda resah, menantikan jawapan samada visa kami bertiga ,aku ,adik dan pak anjang aku lulus..PakAnjang terbabit disebabkan dia adalah mahram kami, jadik berkait..satu hari aku tak senang nak buat kerja, kepala rasa mcm nak pecah dok fikir..tertiba tghari adik aku kol ckp visa lulus..fuh lega.alhamdulillah..rasa nak lompat bintang,

Sekali aku pun balik rumah, masa lunch hour, bagi lah tau pada emak dan nenek, visa lulus..Semua ucap kata syukur..lepas satu masalah..senang dah hati
Ingatkan panas sampai ke ptg ,sekali hujan ditengahari..sekitar pukul 2 adik aku kol, kasi tau, mana ada lulus lagi,
Itu panggilan palsu lagi..lor..rasa mcm ada lesung batu je hempap kepala aku nie..

Tapi, aku  terus diam, balik ofis terus aku buka surah yassin , pada setiap mubin dalam yassin , aku berdoa semoga visa kami lulus ,dan permudahkan urusan kami..3 kali aku ulang baca  surah yassin .

Sms Amali ,Tanya ..tapi Amali x balas..Afiq pun aku kol,dia belum  dpt berikan jawapan..Dia pun kata dia masih menanti jawapan. Jadi aku terus lagi sambung baca yassin..itu jer yg boleh aku buat,di saat aku susah hati sangat2..

Waktu pun dah menunjukkan pukul 5pm..sudah sampai masa pulang dari bekerja..tp jawapan samada visa kami lulus atau tidak.masih menjadi tanda Tanya.
Terus aku drive kereta dalam keadaan yang serabut, sedih..tertiba dpt panggilan, rupanya Amali yang kol..
Permulaan perbualan Amali minta aku bertenang, 
Boleh ke aku bertenang di saat aku susah hati, tapi aku cuba jugak cooldown, cuba dengar setiap apa yg Amali cuba bagitau
 
Sebenarnya aku tak berapa ingat perbualan kami, Cuma dari cara Amali ckp pada mulanya ,aku mati2 ingat visa kami tak lulus..rupanya Amali bergurau..
Dia kata akak leh bagitau semua sedara mara yg 14hb ni akan ke Mekah menunaikan umrah..fuh suspen je tau..
Apunpun,aku berulang kali mengucapkan kata terimakasih, maaf andai aku ada terkasar bahasa selama kami berurusan.
 
Alhamdulillah ,Ya allah aku bersyukur dengan nikmat mu..aku bersyukur kau terima aku sebagai tetamumu..
Setakat dugaan menyakat hati aku..aku redha ya allah..kau permudahkan lah urusan aku semasa di rumahmu..

Semoga aku diberikan kesihatan yg baik dan dpt beribadat sepanjang masa di sana tanpa halangan, dan dapat berdoa di tempat-tempat  mustajabmu
.
Salah satu yang allah makbulkan doa aku sebelum aku pergi adalah, aku dtg period pada 3 march ,syukur sgt2,sbb sepatutnya aku datang period pada 10hb,kalau lewat lg maybe pada 13hb, satu perkara yg merungsingkan aku.Memang hari2 ini lah perkara utama aku doa, supaya ianya tidak mengganggu aku untuk beribadat.

Dan yang sebenarnya aku ada amik ubat tahan period, abis satu stripe dah aku makan..tp kuasa allah..allah maha mengetahui yg terbaik buat hambanya..
Allah dah permudahkan urusan aku, sebab andai aku tidak period, aku continue makan ubat tahan period semasa di Mekah dan Madinah, aturan makannya , aku kena makan pada waktu yang sama masa kat Malaysia, jadi ikut perkiraan aku, aku kena makan pukul 2pm waktu Arab Saudi, 

Aku risau andai aku terlupa makan ubat, dan ini akan mengganggu kedatangan period aku..rugi rasanya tak dpt ke masjid bila dah sampai bumi Mekah dan Madinah..tapi allah itu Maha kuasa, dia permudahkan semuanya untuk aku ..syukur.
 
Jadiknya bila semua urusan selesai, ke esokan harinya 13hb aku amik cuti berehat je kat umah ,menenangkan kepala yg bagai nak pecah uruskan semua urusan pasal nak pergi umrah nie.Tak sabar dah kaki nak menjejak ke rumah mu ya allah.

Labbaika Allahumma labbaika.
Labbaika la syarika laka labbaika.
Innal hamda wanni’mata laka wal mulka.
laa syarika laka.

Ya Allah, aku datang karena panggilanMu.
Tiada sekutu bagiMu.
Segala ni’mat dan puji adalah kepunyanMu dan kekuasaanMu.
Tiada sekutu bagiMu.

note : Ada orang kata elok kalau di baca Talbiah tiap kali lepas solat sebanyak 7x, kalau kita ada niat untuk mengerjakan umrah atau haji..aku amalkan jugak setiap hari..

.

7 comments:

LiYa HaNiF :: said...

alhamdulillah akhirnya semuanya dipermudahkan.. ^_~

Lyn Yusoff said...

alhamdulillah semuanyer selesai. kak ty pun dah balik ke Malaysia..
walaupun byk dugaan tapi Allah tau apa yg terbaik tuk hambaNya..
Amin.
Lyn pun teringin nak pg lagi kak..
semoga dipermudahkan semuanya

lieyalatif said...

akak, lieya bace...sampai kat part dpt call kene pegi esok tu lieya plak yg menjerit kak...ye laa, walaupun persiapan tu sedikit sebanyak dah ade, tapi tang yg nak kene tinggal tu kesian...lagi2 ade anak yg masih sekolah mcm akak...sure nak uruskkan pakai sekolah semua...seb baik semua dipermudahkan....

tu la kan kak...dugaan ni ade di mane2 ajek...waima akak yg nak melawat rumah Allah pun ade dugaan tu kan kak....ape2pun tahniah kak ..akak terpilih utk menjadi tetamu Allah...doakan lieya plak kak yeak...

Cik Puan Mimi said...

Ya Allah kak, bergenang air mata bila baca dugaan akak. Tp Allah maha mengetahui .. dia tau niat suci akak, dia perkenan dan permudahkan juga akhirnya.. alhamdulillah

Unknown said...

macam2 dugaan kty..sama jgk mcm abg ipar n kakak ipar..sblm pegi tu diorg bank in duit ke al rajhi..tiba mesti tu problem duit telan tp check baki tkde..mujur smopt bt report semggu kt san baru duit tu msuk akaun.

dh smpi sana, kakak ipar truk kena demam dan batuk berdarah.tp pnh2..sakit smpi lah blik msia..

PurPlè said...

Sedih bila igt balik... Allahuakbar. Betapa setiap ujian dtg dgn hikmahnya kan. Malah ujian yg dtg amatlah kecil brbanding nikmat anugerahNya.

Maria Firdz said...

slm ziarah dan baca entry... :)

dr ummi faiqah:
http://myfirdz-trulylove.blogspot.com/