Selepas solat Jumaat, tertiba aku dan adik tergerak hati, untuk mencari arah ke Raudhah.,
oleh sebab kami bukan lah pernah sampai..dan ini adalah pertama kali kami menjejakkan kaki ke Masjid Nabawi.dan tentulah ini pengalaman pertama aku dan adik ke Raudhah.
Apa itu Raudhah.?Alhamdulillah walupun pertama kali kami ke Raudhah, Allah permudahkan urusan kami,
Raudhah merupakan salah satu tempat yang mulia yang terletak dalam Masjid Nabawi. Ia terletak bersebelahan dengan Makam Rasulullah S.A.W. Pada asalnya, Raudhah terletak diantara rumah Rasulullah di sebelah timur dan mimbar Masjid Nabawi di sebelah barat.
Rasulullah S.A.W bersabda yang bermaksud, "Di antara rumahku dan mimbarku adalah satu taman daripada taman taman syurga". (Hadis Riwayat Bukhari Dan Muslim )
Raudhah merupakan tempat ibadah utama dalam Masjid Nabawi buat Rasulullah dan para sahabat. Di sinilah juga tempat turunnya wahyu, majlis ilmu dan sebagainya.
Pada masa kini, kawasan Raudhah dikenali dengan perbezaan warna karpet berbanding tempat tempat lain. Karpet di Raudhah berwarna hijau manakala di kawasan lain berwarna merah.
Apabila kita ke sana, pastikan kita berusaha untuk pergi bersolat dan berdoa di Raudhah kerana di situ adalah salah satu tempat yang mustajab untuk kita berdoa.
pada mulanya kami agak blur juga, pintu mana kami harus masuk..ke sana sini kami mencari arah ke Raudhah, tertiba ada guard wanita yg berpakaian hitam terus tunjuk kami arah..ke Raudhah..Raudah sini ibu.! Rupanya aku dan adik telah mengikuti group Arab, patutlah kami cepat dan mudah untuk ke Raudhah.Rata2 keliling kami semuanya wanita Arab dan yang sewaktu dengan nya .
Semakin hampir ke Raudah,
masa ni aku tak henti2 selawat ke atas nabi s.a.w
Karpet hijau dan merah yg , hijau kawasan Raudhah
Terus aku dan adik berlari2 ke arah yg dimaksudkan..excited + happy+sedih sangat perasaan masa tu..
kami tidak mengambil masa yg lama ..rasanya turn kami nak masuk ,tak sampai pun 20minit..maybe kurang lagi dari itu, masa kami sampai ..kami tunggu je sekejap..lepas tu , tertiba turn kami , dan karpet hijau semakin hampir dengan kami..
masa kaki sudah jejak ke karpet hijau, aku dah ternampak Makam Rasullullah s.a.w.terus aku baca doa dan sampai kan salam sedara mara dan sahabat , masa tu aku dan adik pegang erat satu sama lain, sebab orang adalah sangat ramai,
Memang berhimpit2, masa tu airmata terus mengalir tanpa diminta2..Ya allah terimakasih, kau makbulkan doa aku, utk masuk ke Raudhah..
Oleh kerana orang yang terlalu ramai, aku dan adik membuat keputusan untuk berpisah.
lepas tu aku terus mencari ruang untuk bersolat, dengan keadaan yg bersesak2 mmg kita rasa mcm susah , takde ruang..tapi mohonlah pada allah, semoga dipermudahkan ..
Alhamdulillah tertiba ada ruang kosong untuk aku bersolat..terus aku solat sunat 2 rakaat, dan bersujud lama untuk berdoa..syukur ya allah dpt juga aku berdoa dan bersolat 2 rakaat di Raudhah, sambil tu aku berpusing2 lagi di dalam Raudhah, dan bercadang untuk tidak berlama2 ,kerana kesian org lain yg menunggu turn..tertiba masa nak keluar, guard suruh aku tolong jaga seorg jemaah yg sedang solat sunat, lepas jemaah itu selesai solat,aku mengambil tempatnya ,dan solat sunat..tapi ntah mcmana , aku dah rukuk masa tu..terus aku batalkan solat aku,sbb aku tau,ramai lagi yg tunggu turn..aku kan tadi dah solat..jadi aku terus keluar dari Raudah,
lorong keluar dari Raudhah, nampak kubah hijau? bawah tu makam Nabi dan situ lah Raudhah
Masa keluar dari Raudhah ,airmata terus mengalir, sgt sedih..kerana allah sudi bagi aku peluang untuk solat di Raudhah..dalam masa yg sama aku terus terfikirkan adik..mcmana adik..risaunya ..
Terus aku menuju ke tempat yg kami janji untuk berjumpa ,tempat kasut.
Di sinilah tempat kami meletakkan kasut..dan kalau terpisah, sini lah kami berjumpa
sampai tempat kasut adik takde..risaunya ..tapi alhamdulillah..tak lama tunggu adik muncul..Ya allah.alhamdulillah ..semuanya selamat..
Dalam perjalanan balik, kami singgah kedai jual makanan ,sebab kami tau, kalau balik hotel ,mesti makanan dah abis ..sebab kami leka tadi di Raudhah.
Kiosk menjual makanan segera
Ayam goreng + fun fries = 15SAR
Balik hotel aku dan adik cerita kat mak dan maklong,kami berjaya ke Raudhah, dan berjanji akan bawa mak dan maklong malam karang lepas isyak.
Pengalaman ke 2 ke Raudhah
Malam selepas solat Isyak, kami semua bersiap sedia untuk masuk ke Raudhah lagi sekali ,kali ini kami berempat. Adik jaga maklong , aku dan mak ..
Lepas Isyak , orang lagi ramai dari masa kami pergi lepas solat Jumaat siang tadi..
Kali ini kami tak boleh main terjah je , kami terpaksa ikut guard yg pegang sigboard tulis Malaysia.
dan group Malaysia campur dengan group dari negara asia lain, selalunya group ini last sekali baru dapat turn masuk ke Raudhah.
Agak lama juga kami menunggu turn, sampai aku lihat mak mcm dah tak larat ,sebab kaki mak sakit,
tapi kitaorg suruh mak banyak2 sabar..
dengan kerenah Jemaah dari negara Turki ,Arab dan Jemaah yg berbadan besar, yg agak kurang sabar..
berbeza dengan Jemaah dari Negara Asia, yg kebanyakan nya lebih sopan dan ikut peraturan..
Bila sampai turn kami ..aku pun pegang lengan mak kuat2..
Masa tu aku dan mak kira belakang sekali , masa kami dibenarkan masuk ke Raudhah, tapi tertiba je group Turki atau jemaah yg berbadan besar ini ,tertiba je ada belakang kami, cuba menghimpit kami..keadaan agak tidak terkawal..berebut2..
Risaunya aku dan mak..mmg time tu takde peluang langsung nak solat..aku suh mak berdoa je ..
lepas tu aku suruh mak keluar dulu..tunggu aku kat lorong nak balik..aku cuba lagi untuk solat..
tapi langsung takde ruang..yg mana datang bergroup lebih dari 5 org..diaorg buat bulatan, dan solat sorang2..
Ada yang terjatuh..kena pijak..
aku masih lagi cuba untuk cari ruang..tapi nampaknya keadaan yg hiruk pikuk tidak mengizinkan..
hanya mampu berdoa je..masa aku nak keluar dari Raudhah ,tertiba keadaan menjadi tidak terkawal..aku nyaris jatuh ke atas org yg tgh solat..risaunya aku ..takut mencederakan orang..syukur aku tidak terjatuh menghempap org tu..terus aku keluar dan berlari2 mencari adik ,mak dan maklong..
Apapun ,aku sangat puashati,sekurang2 nya dpt juga sampaikan hajat maklong dan mak masuk Raudhah..
Walaupun Pengalaman kali ke 2 memakan masa yang agak lama dari masa siang tadi ,alhamdulillah sekurang2 nya semua nya dipermudahkan..
Jadual Masuk Raudhah
.
.
8 comments:
seronok dok baca pengalaman org. harap supaya berkesempatan menjejakkan kaki di sana.
subhanallah kak!!! lieya bace rase mcm 1001 perasaan kak....betul kan kak kat sane byk bende2 yg kite tak jangka boleh terjadi....seronok bace mase akak dipermudahkan urusan tu....Allah bantu akak kan....
bace tang berebut n keadaan tak terkawal tu pun seriau jugak...risau pada yg dah berumur laa sbb mereka tak larat...seb baik semua okey...
Salam Atty
Skrg nie masuk masjid nabawi.. polis pompuan tuh ada cek bag tak? Boleh bawa masuk henfon ker skrg nie?
Alhamdullillah laa dpt juga Atty bersolat yer di Raudhah..
Mmg sedih kan bercampur gembira bila hajat nak masuk Raudah tercapai.. Teringat tahun lepas.. saya pun sempat solat di Raudah.. :)
meleleh leleh air mata membaca journey Kak Ty ni.. Ayu rindu sangat nak kesana.. terlalu rindu...
Sobs
tq share this yer !
teruja sy baca pengalaman kty..
subhanallah..tak terbayang dgn kata2..sgt teringin utk sampai ke sana.
hhmm..masih teringat citer pengalaman arwah mak sy sewaktu di raudhah..
ya Allah kty. ni dok baca entry ttg raudhah dan makam Rasullalh tu pu t dah mengalir air mat.
betapa bahagianya dapat bersemuka dengan makam Rasulallah..
Post a Comment