Feb 28, 2011

Sanctum Movie

Semalam lepas balik kenduri kawin.
Oh ye..akhirnya setelah semua kawan2 ajak pergi kenduri kawin my bff tu aku pergi jugak 
Tapi kami sampai lewat sekitar pukul 3.30 pm
Alhmdulillah time tu orang tak ramai bagus jugak ..
nanti aku hapdet entry lain 

Balik dari sana , 
Kami ke Alamanda , 
Untuk menonton Movie Sanctum 



Citer ni bagi aku biasa-biasa je..
Permulaan yang agak selow
Citer Mengenai seorang bapa yang suka menjelajah gua
dan memaksa anaknya turut serta dalam minat yang sama 
hubungan ke duanya memula agak regang 
tapi akhir nya si anak baru tahu betapa hebatnya si bapa 

kisahnya banyak berkisar
Bagai mana diaorang berusaha menyelamatkan diri dari dalam gua itu
takut gua tu ditenggelami air akibat hujan ribut

Moral of the Story : 
Jangan tak ikat rambut kalau masuk gua.
.wahahhahahaahhaa.sapa yang tengok je tau kenapa aku cakap macamnie .ngeri..!
lain kali pakai tudung sekup mcm ct tuh 

Aku kasi 3 bintang dari lima bintang

Diet bermula

Okeh hari nie aku akan mula diet 

Takleh dah nak makan fastfood
atau segala makanan yang mengandungi gula atau kabohidrat
Jadiknya untung ler sapa yang nak belanja aku ..
Aku hanya minum air masak je..


Kalau nak tau apa yang aku boleh makan atau tidak 
Aku ikut cara adik dzul nie diet.
Harap aku kuat semangat macam adik nie 

Jom Terjah blog  

Tapi mesti baca dari bab 1 dan kena khatamkan tau !

Attyfir Boleh..Insyallah .
Harap raya ni aku dapat berbaju kebaya..hihihiihihi

Feb 27, 2011

Dilemma

Should I go to a friend's wedding or not?

Hari ni tarikhnya 

Tapi aku macam tade mood je..

Macam tak excited je nak pergi, dah ler sepanjang minggu ni mood swing je

Tengoklah karang..kalau kaki melangkah..

 

.

 

Feb 26, 2011

Let Go Of the Past


 

 
The past is good for two things: -
  • the happy memories, 
  • and the lessons it provides.
  • Clinging to resentment and sadness for past events hurts one person the most  you. 
  • Don’t let the past suck the gift of the present out of you.
  • Forgive & Let go. 
  • Be here now!
  • and go forward.

Cabut

Masa time makan je ramai betul orang..abis makan sorang demi sorang menghilang diri..

Aku tengok orang cabut..aku pun cabut,terus g pasar

kang si akak ngn adik balik sekolah nak makan.

Fir macam biasa,hujung minggu duduk dgn nenek,semalam taknak antar,terus merajuk.

Ok nak masak!
----------
Sent from my Nokia phone
.

Saya bermesyuarat

Pagi - pagi ini saya berada di Sekolah Rendah ,Sekolah Firdaus
Pagi nie ada Mesyuarat PIBG

Oleh sebab takde apa nak buat kat umah kan ..
Sesekali aku hadirkan diri ke Majlis-majlis macam nie..



Sent by Maxis from my Nokia

.

Feb 25, 2011

I am not my past.



Anything I have done or that has been done is done. I can choose to learn from it, I can choose to atone for it and seek forgiveness for it, and I can choose to cherish it. But I cannot change it, so I will not let it hold me. I will not let time hold me at all, as I am beyond that mere invention. The only moment to do and be is now, so now is where I am.

And though I cherish this human life, and this temporary body and family I am in, and I am committed to trying my best for all others and myself out of that love, I know I have nothing to lose.

Because I have been given the gift of this eternal spirit. Because I am my spirit.

I am pure, I am whole, I am grateful.

And I have nothing to fear.

Everything is ultimately good.

And so it will be.

p/s : Not in Good Mood..huhuhuhuhuhu..

.

i'm sorry


I'm not feeling too good today
nothing serious, 
PMS Syndrome Only 
And
just a wicked sinus headache that seems to want to stick around for a bit longer than usual
so I'll only be posting a short note 's message,  
I hope all are having a nice weekend...
 ..

Feb 24, 2011

My Dinner





















My Dinner for tonight..
Ingat minggu ni last makan sedap-sedap
Nextweek nak diet sesungguh-sesungguh nya ..
Boleh percaya ke..

Cakap dengan along..kalau aku boleh kurus
Leh tak belikan beg Coach sebagai rewards
Along cakap nak buat apa beg Coach..kan dah ada..adik kasi aritu
Yerlah buat pembakar semangat , baru cepat sikit lemak dalam badan aku terbakar..

Tapi entah kenapa along kali ni tak berani menyahut cabaran aku ..
Adakah kali ini aku mampu melakukannya..wahahhahaha..ye lah ..along tak bani ler nak sahut cabaran aku
Sebab nanti bikin poket dia kering..aku tau ..laki aku bukan hartawan ..aku pun saja je ..kacau dia

Jadiknya ingat minggu ni last makan sedap-sedap..



live entry via my nokia.

.

YourSelf







.

Feb 23, 2011

Research

Hari nie saya agak membizi buat research selain menyiapkan payroll
Dari semalam saya mintak uncle..budak-budak semua claim diaorang
sebab saya nak cepat buat payroll dan nak cepat dapat gaji

Tapi boleh lak diaorang cekap ..eh cepatnya..
Saya tau lah korang awal bulan dapat bonus nak dekat 10k memasing ..sebab tu berlagak agaknya bulan nie tak payah bergaji ..tapi aku pulak macamana?

Takan tak nak gaji kot..dah ler gaji aku paling ciput kat sini ..nak lambat2 kan gaji aku pulak..
Aku kasi lempang sorang-sorang kang baru tau

Ujung minggu nie ada banyak kenduri dalam 4 bijik rumah .
Aku macam tade mood ler ..sebabnya tertiba je jerawat naik mencanak-canak kt muka nie..
Masa muda-muda dulu punyalah susah nak naik jerawat..umur dah makin kertu berlambak lak jerawat naik ..macam buat marathon lah pulak kat muka aku ..
Tertiba rasa macam nak buat makeover je..nak suh orang make up sampai ilang semua jerawat kat muka..?

 ke gi ngn muka bermask camnie?

Tapi sompek ke gaji acik keluar sebelum ahad nie..sadis sungguh..! mustahil..kalau idak 3hb..takan gaji punya

okeh kena continue buat research.....

.


.

Feb 22, 2011

Nasi Goreng Taugeh


Nampak tak apa ada dalam Nasi goreng tuh 
Ada taugeh kan ..memula aku pelik jugak..
Ini 1st time aku makan nasi goreng ada letak taugeh ..
Semalam masa aku tweet kt Twitter pasal Nasi Goreng ini
Rupanya ada yang perasan..
Amy@Sweetdarling yang perasan..sungguh cekap kamu
Nasi goreng ini kty makan di Kedai Kawan Kopitiam Seksyen 3

Rasa ..Nasi goreng ni kty kasi 2 dari 7 bintang hihihiihhi maknanya idak ler sedap sangat sampai leh termimpi-mimpi atau takde ler lepas ni harus terjah sana lagi sebab nak makan nasi goreng namanyakutelahlupaini.

.

Kawan Baru saya


Komputer yang belah kiri tu komputer baru 
belum setting betul-betul lagi 
Yang belah Kanan tu pulak takde ler lama sangat usianya baru 5 tahun 
Tapi mengalami masalah keyboard yang tak function ..walupun di tukar kepada yang baru 

Dan akhirnya bos mengambil keputusan , beli je yang baru 
Dan yang lama akan direformat nanti..yang lama itu merupakan induk komputer kat ofis 
Bos aritu konon2 teror sangat nak setting networking , nasib dia tak terai kat pc aku 
dia terai kat lappy dia..udahnya ke 2-2 bos lappy nya tak boleh pun tengok segala maklumat kat pc induk tu 

Hanya pc aku je yang boleh ..
jadiknya 2-3 hari ni asyik ler menempel di pc aku 
dan aku lak pakai handphone je..
jadiknya tiada mood nak update blog sangat ..

Masalah ini akan selesai selepas komputer baru itu disetup untuk networking , tah bilanya nak buat..
Oleh kerana aku hanya kerja kilang kicap kan company kecik jer..
Bila ada nya pc baru nie menambahkan aktiviti aku kaedahnya mendonlod memacam citer..
bos ada lappy memasing..kiranya ada 3 pc termasuk pc aku ..mau idak kadang 8 jam pun tak terasa duduk kat opis layan lagu..layan tonton..layan karaoke..
Memang syurga lagi hanya aku seorang je konker semua
Macam ofis ini aku yang punya !

oppss...sapa yang tanya ada keroje kosong ke idak..takyahlah tanya.
Aku pun bukan hari-hari ada kerja..
Hujung bulan ni agak bz sikit nak siapkan payroll , 
kalau tak siap nan hado gaji .

.

Firdaus Nak Jadi Penyanyi

Semalam balik dari sekolah
Tertiba-tiba je Firdaus cakap dia nak masuk pertandingan menyanyi kat sekolah

Aku diam je..lepas tu aku cakap , boleh ke firdaus nyanyi .tak malu ke..kang elok -elok dah berlatih kang
malu lah ,..taknak teruskan lah

Dia macam bersungguh-sungguh jer
Rajin jugak Firdaus ni mengaktifkan diri dia..macam2 nak masuk kat sekolah tu

Lepas tu aku tanya , Firdaus nak nyanyi lagu apa ,
Dia lom ada idea lagi nak nyanyi lagu apa

Tapi pagi tadi masa dalam kereta,
Tertiba je dapat idea..okeh gak kalau nyanyi lagu Sudirman kan .
Nanti petang kang firdaus balik sekolah,
Nak kompemkan balik betul-betul..
betul ke nak masuk pertandingan menyanyi..tapi aku rasa itu bukan pertandingan..

Tapi sempena Sambutan Maulidur Rasul
Akan diadakan pada Hari Jumaat ni kat Sekolah
Kalau sempena Maulidur Rasul kena nyanyi lagu nasyidlah kan..
Mesti Firdaus salah faham nie..

.

Hari ni bertukar jawatan

Hari nie dari pagi adalah sikit membizi..
Bukan membizi apa..

Bos asyik bertukar kedudukan atau pun bertukar tempat ye dengan aku
Bukan bertukar jawatan..

Dia asyik lah duduk tempat aku
Dan aku pulak duduk tempat dia..

Jadiknya hari nie ada gangguan sikit aku nak jalan2 blog kekawan..
Nanti free aku singgah tau ..

Selagi networking tak setup ..selagi tuh ler bos asyik duk  tempat aku je..

.

Feb 21, 2011

Semalam Ada orang tu bakar dapur saya

Semalam pagi masa aku keluar dengan along , lepaking datingan sebentar
sambil bersarapan pagi , dan aku ke pasar mencari bahan untuk masak lunch nantinya
Tak sampai setengah jam aku pergi

Sekali aku balik , tengok kat pintu rumah
Asap keluar berkepul-kepul
Tengok si akak sedang mengemas-ngemas
Rupanya ada lah orang tu , dia nak masak , lepas tu dia panaskan minyak , lepas tu pergi mandi
Jadiknya orang tu kenalah rasukan ablasa...

Kepada orang tu , lepas ni tolonglah jangan lalai, jangan banyak berangan
Kalau nak masak..masak je ..janganlah nak ke hulu hilir
Korang nak tengok ke mama korang BERTUKAR..tak pasal je..kang
Nasib ler tade apa perkara yang tak diingini berlaku
Cuma dapur den je abis berjelaga dinding , syiling semua..tu sapa nak tolong cat balik tu?

.

Feb 19, 2011

Choc Lava Secret Recepies

Now tengah layan choc lava di SR with akak
semalam dating ngn Kaseh,Masviona dan Avin, sekali akak ternampak choc lava dalam hp,dengki ler pulak
To kaseh terimakasih banyak2 ya,insyallah nanti kita jumpa lagi ok!
----------
Sent from my Nokia phone

Tukar tayar


Tukar tayar.jpg, originally uploaded by attyfir.

Aktiviti harinie ke kedai tayar kat Serdang.

Takleh nak tunggu hujung bulan dah nampaknya,kena tukar walaupun tengah bulan.

Lepas ni kena diet ar,dah pokai..

Feb 18, 2011

Kalau Mertua dah tak suka ?

Semalam seorang kawan aku
Menangis-nangis kol aku , aku kasi nama Ani
Ani kol-kol aku , cakap dia bergaduh ngn laki dia pasal mertua dia
Sebenarnya masalah ni lama dah
Ani tau ..dari makcik-makcik belah laki dia dan adik-adik iparnya sendiri
Yang mertuanya memang tak sukakan dia , benda ni lama dah Ani pendam

Agaknya semalam Ani dah tak tahan
Dia pun ceritalah dengan suaminya
Sebenarnya dari dulu lagi aku dah banyak kali cakap
Jangan sesekali kita ungkit pasal Mak suami..nanti suami marah
Selagi boleh pendam , kita pendam..itu satu pengorbanan jugak

Semalam masa Ani kol aku agak membizi sedang menginterview orang
Jadik tak dapat nak layan lama
Tapi belah petang aku pergi jumpa Ani sekejap
Yang sebenarnya , buat apa lah kita susah payah nak jaga hati orang , tapi akhir hati sendiri yang merana
Ye.aku faham perasaan Ani..sedaya upaya dia kalau boleh nak perbaiki hubunganan dia dan mertua
Tapi kalau macam-macam benda dia dah buat , tapi tak dihargai, sampai bila lagi dia sanggup bertahan

Ani tanya pendapat aku
Kalau aku kat tempat dia macamana
Aku kata lain orang lain , kalau aku , aku memang jenis tak pandai nak amik ati orang nie
Kalau orang tak suka aku buat tak tau jer , aku hidup je dalam dunia aku sendiri , tak pedulik kan orang lain
Janji aku bahagia bersama family aku ..cuma satu jer janganlah sesekali kau burukkan atau mengadu pasal mertua kau pada suami kau ..suami kau tidak mungkin akan dapat terima, sebab itu maknya
Apa yang pahit lebih baik kita telan je sendiri , buat je tak tau,sabar je banyak2 ..cuma berdoa je semoga  satu hari nanti hubungan itu pulih.

Tapi lain orang lain pendapatnya ,Tepuk dada tanya selera memasing

Pada yang bahagia bersama mertua , jaga lah hubungan itu bebaik , orang kata hidup ini tak selalunya indah
Sekejap kita kat atas , kita tak tau bila pulak kita akan berada di bawah..

.

Bila Seorang Kawan Berkecik Hati

Dari semalam aku dan geng-geng lama Melcom dok koling sana sini
Ada seorang member baik kami bukan nama sebenar si Nor 
akan adakan majlis persandingannya pada minggu depan
Masalahnya awat ler tak jemput-jemput lagi

Rata-rata aku dapat sms
tanya aku kau pergi ke idak ..nanti kita jumpa sana ate dah lebih 6 taun memasing tak jumpa
Masalahnya Nor memang ada jemput , tapi bulan 10 tahun lepas
Apaler salah nya kalau si Nor nie sms ler balik kekawan confirm kan balik tarikh bersandingnya

Kalau tak dpt datang umah kasi kad pun
Sms je..tak pun kan Facebook ada
Kecik ati kawan-kawan tau !


.

Feb 17, 2011

Saya Bakal Peserta Raja Lawak Tahun Hadapan

Alkisahnya masa aku lunch dengan si akak tadi..
Kami lunch kat seksyen 16 Fasa 1 Bangi
Biasalah kan kalau kita makan nasi campur
Memula kita pilih lauk lepas tu kita makan lah kan
Nanti ada ler orang datang kirakan

Tapi nanhado orang datang kira
Walaupun Sihakak tukang kira tu lalulalang
Aku pulak masa dia lalu lalang tu malas nak panggil.. kang tercekik lak kalau sambil makan sambil terjerit2
Tapi terpikir lak , Halimunan ke apa kitaorang ni ..Hakak tukangkira leh tak nampak

Tapi kita sebagai orang islam lepas makan , takan kau nak cabutkan ..berdosa tuh
Jadik pergi ler kira..Part nak kira ni yang susah
Ate perut dah kenyang makanan lak kat dalam perut..rasanya lom sempat dihadam lagi
Aku pun cakap jugaklah apa aku makan
Tertiba hakak situkangkira tu pun datang..aiseh hakak lupas lah nak kira..adik tadik

Aku rasa nak kasi pangpang je tau
Amboi kau kak..! tadi kalau mamat -mamat yang makan cepat kau kira ye
Perempuan gemuk ni makan ..kau taknampak!
Bila aku cakap apa aku makan Adik cashier dan si hakak tukangkira nie tersengih2 macam tak pahe.

Ting ! aku dapat idea
aku kuarkan handphone..
tunjuk gambar makanan yang aku makan
Terus sihakak tukang kira tu cakap
Kau ni kelakar lah dik , leh masuk raja lawak..

Yer lah kak.lawak sangat lah ..
Adik cashier yang bambam mcm kuman tu lak tersengih2..
Agaknya bagi hakak situkangkira tu  rasa kelakar kot kalau snap gambar makanan tuh
dia tak tau gambar dia lap meja..ke hulu hilir pun aku ada snap.

Tapi takde mood ar nak upload gambar..buat cacat blog den je!

.

Teratai

Sapa yang tak kenal bunga teratai 

kat bawah ni bunga teratai

cantikkan !

Jom kita nyanyi lagu teratai nie!

Teratai  

Oh teratai bunga indah
Engkaulah pujaan hatiku
Telah lama aku rindukan
Wahai teratai bunga indah

Sungguh cantik wajahmu
Sinar matamu bagaikan suria pagi
Setiap insan selalu terpikat
Memandang teratai bunga indah

( korus )
Ku tak menyangka
Wahai terataiku sayang
Badai taufan mendatang
Menghembus dirimu
Engkau pun terkulai
Dan merunduklah layu
Tak berseri lagi

Oh tolong, lindungilah dia
Agar ku dapat bersamanya lagi
Ku inginkan terataiku sayang
Berseri seperti semula
Teratai bunga indah  


Lirik Teratai - Ramli Sarip

Yang benornya aku tak suka lagu nie
bukan sebab lagu ni  tak besh
lagu nie besh..cuma ada lah sejarah disebalik lagu nie 
kalau along dengar lagu nie..
dia pun macam bengang je
pasal apa dia bengang..biarlah menjadik kisah silam..wahahahha
nasib masa tgk konsert WOW aritu 
Ramli Sarip tak nyanyi lagu nie.

.

i'm not moody

Pic credit to google

Saya bukan seorang yang moody person
Apa pun perasaan saya
sedih macamana pun ,susah hati macamana pun 
saya jarang tunjuk 

Tapi bila Cik P nak datang nie 
macam2 perasaan datang
rasa nak lempang orang
rasa nak makan orang 
ke elok makan ayam penyet je

untuk mengelakkan dari ada orang yang menjadi mangsa
Jadik jom kita layan tengok movie.

Hari ni nak marathon tgk movie


.

Feb 16, 2011

Pageviews by Countries

Tertiba je mood nak tengok dari mana pelawat2 
yang penah singgah ke blog picisan aku nie 
Selalu aku jarang benor nak amik tau ..
 Ini pun akibat keboringan 
Terus godeh -godeh sana sini 
Baru ku tau kini

semalam punya,semalam punya pageviews
tak hengat dah hari apa

 Nasib pengunjung banyak datang dari Malaysia
Jepun menduduki tempat ke 3 
Kalau Jepun yang paling atas 

Kenalah aku tulis blog ni dalam bahasa jepun 
 hajimemashite
watashi no namae wa attyfir desu....
.

Diamond Ring

Di satu hari 
si isteri : Abang cincin ni dah kecik lah abang 
si suami : Ye ke..mai sini abang tengok

si isteri : dalam kepala dah imagine nak cincin baru 


lepas tu sisuami pun cakap lah kat si isteri 
suami : ini cincin mengecil ker jari-jari tu yang menggemok ?
montoknya kan jari-jari ituh..macam kepci 
cincin yang kat jari manis tu dah ketat ..

rasa macam nak lempang diri sendiri ke!,
orang yang cakap jari-jari tu menggemok
kang derhaka pulak !

.

Feb 15, 2011

Lepak bersama budak remaja


Lepak bersama budak remaja.jpg, originally uploaded by attyfir.

Malam nie lepak bersama 2 orang budak yang baru habis tuisyen,di Kawan Kopitiam .

Jap lagi nak jemput Firdaus balik tuisyen.

Live entry via my nokia

Maulidur Rasul

Maulidur Rasul (dalam bahasa Arab bermaksud kelahiran Rasul) adalah hari bersejarah keputeraan Nabi Muhammad. Hari ini jatuh pada hari ke-12 bulan Rabiul Awal sempena kelahiran Nabi yang jatuh pada pada Isnin ( Dari hadith riwayat Muslim, 8/25 ) 12 Rabiul Awal Tahun Gajah bersamaan dengan 23 April 571. Baginda adalah nabi terakhir yang diutus oleh Allah Subhanahu Wataala. Tapak kelahiran baginda pula kini mempunyai satu bangunan kecil yang dikenali sebagai Maulid Nabi.

Setiap tahun pada hari ini, umat Islam di seluruh dunia akan mengadakan majlis memperingati keputeraan Nabi Muhammad s.a.w dengan mengadakan beberapa acara seperti perarakan, ceramah dan sebagainya. Banyak kelebihan dan keistimewaan yang akan dikurniakan oleh Allah Subhanahu Wataala kepada mereka yang dapat mengadakan atau menghadiri majlis Maulidur Rasul.

Kita dapat lihat betapa besarnya kelebihan orang yang memuliakan majlis keputeraan Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam, kerana bila berniat sahaja hendak mengadakan Maulud Nabi, sudah pun dikira mendapat pahala dan dimuliakan. Sememangnya bernazar untuk melakukan sesuatu yang baik merupakan doa dan dikira amal salih.

Jelas kepada kita bahawa pembalasan Allah Subhanahu Wataala terhadap kebaikan begitu cepat sehinggakan terdetik sahaja di hati hendak berbuat kebaikan, sudah Allah Subhanahu Wataala akan memberi pembalasan yang tiada ternilai. Seseorang yang beriman, kuat bersandar kepada Allah, ketika di dalam kesusahan dia tetap tenang dan hatinya hanya mengadu kepada Allah dan mengharapkan pertolongan dan kasih sayang Allah Subhanahu Wataala.

Keberkatan mengadakan Majlis Maulud itu bukan sahaja didapati oleh orang yang mengadakan majlis itu, tetapi seluruh ahli rumah atau orang yang tinggal di tempat itu turut mendapat keberkatannya.

Selamat Menyambut Maulidur Rasul

.

Feb 14, 2011

Saya dapat voucher


Saya dapat voucher.jpg, originally uploaded by attyfir.

Dapat voucher starbuck,sebab rajin komen blog kaseh.

Jom terjah blog kaseh,kaseh tengah buat review mengenai Warisan Kemensah,tempat mandi manda yg sgt cantik,berdekatan Zoo Negara.

http://transformasi2009.blogspot.com

Thankyou kaseh

Live entry from my nokia.

Aktiviti hari Sabtu , Tak sangka..sungguh happening

Hari sabtu aku , awal pagi semua anak-anak,
laki/suami sudah keluar rumah 
aku je duduk terperuk kat umah ,
kemas umah semua tengok tv

Anak-anak ada aktiviti kat sekolah 
Bila petang layan hindustan "Dil to Pagal Hai "
Besh giler..teringat zaman muda -mudi dulu ..
tapi last minute nak abis sungguh mencabar 
Tertiba petir berdentam dentum 

Habis hindustan , cadang nak keluar jalan-jalan cari makan 
abis je makan .tak tau hala nak tuju , 
tanya akak sukati lah ma..nak pergi mana 

udahnya kami sampai ke Karnival WOW Putrajaya, sampai pun maghrib , cari surau sat
lepas tu tertiba je kaki melangkah ke depan pentas..Wow..tak sangka dapat tengok konsert
Sambil nak tunggu konsert start 
Tertiba WOW..tak sangka .
dapat jumpa
Nor@Mummysyafie
baru ler happening , kalau  tidak kami je..takbesh
dan  salute kat abang ngn wawan yang sangat behave
tak banyak ragam , happening je
yang bising2 kat mummynya sebab mummy ngn kawan mummy hover okeh..wahahhahahha


 Tq nor sudi join kami 

Baru besh ada geng, jadiknya konsert yang lama pun tak rasa lama 
Ada bunga api..lama betul bunga api nya macam tahun baru 
Artis-artis yang turut menjayakan konsert wow malam tu 
mila,ito,noh hujan,artis indonesia lupa nama sudah
(Tapi dia besh ar ),
Ramli sarip, Awie, Amy Searh dan ella
memang besh lah ..tak rugi datang lagi pun malam minggu kan , leh ar layan konsert sampai pagi
Dan konsert diakhiri sekali lagi dengan Bunga Api..

.

Feb 13, 2011

Teringin makan kek

Hari nie bangun pagi,suh along cari kek.

Tertiba tekak ni teringin ler sangat.


----------
Sent from my Nokia phone

Feb 12, 2011

Wow

We are here
----------
Sent from my Nokia phone

Bila Anak menguji mama bercakap bahasa arab

Semalam masa tunggu akak bersiap lepas abis swimming
Kitaorang tunggu kat luar, sambil lepak-lepak

Tertiba firdaus ,

fir : Mar haba
mama : apa tu fir..?
fir : hai ke hello ke dalam bahasa arab ler ma
mama : mama tau jugak cakap bahasa arab, ahlan wah sahlan
fir : fir pun tau itu , selamat datang
mama : Na am..
fir : Ya..
fir : Kam is sa ah?

mama : !#@##@$#% amenda lak tu
fir : pukul berapa lah ma?

adoi..pening lalat mamanya..udahle dulu masa aku sekolah mana ler ada belajar bahasa arab nie..
fir ni dia datang mood je.,.leh tau semua tu ..kalau tidak .nan ado jugak..

.

Nak duit tak



Selain berblogging leh gak buat duit dengan join kat sini

*

*

*

*

Tambah Pendapatan

Feb 11, 2011

Kenapa kah kita berrtembung?

Kadang-kadang tanpa disangka kita akan
bertembung dengan seseorang yang kita tak berapa suka
atau dia yang tak suka kita

Tapi bukan kita minta pun pertemuan itu
Atas dasar hormat kau ku sapa, ku tegur bertanya kabar

Walaupun ku tahu  
aku tak suka kau, kau tak suka aku 
aku benci kau , kau lagi benci aku 
walaupun kebenaran kau sebenarnya tahu
amat teramat malu dengan aku 
tapi aku tak kisah, tade perasaan benci itu 
malah menghormati kau


.

Tutorial Letak Link Entry dekat Komen Anda

Okeh ini tutorial paling senang
Bila kita komen kat blog orang , tapi kita nak komen kita tu ada link entry terkini kita 

macam nie 

v
v


ini tutorialnya 

Jom baca: <a href="http://www.attyfir.com/2011/02/senyum-lebar-nampak-mama-dia.html"> Senyum Lebar</a>

yang kaler purPle tu uols tukar lah ke link entry terkini uols ,
dan yang kaler pink tu pulak
tukar ler kepada tajuk yang sesuai uols nak letak

Cara letaknya tiap kali uols komen entry orang uols copy paste link code yang uols dah tiru kat atas siap2 tukar kepada uols nya link..kena rajin ler sikit..
kty siap copy paste kat word lepas tu save..everyday tukar link , tajuk tu semua 
tiap kali komen copy lepas tu paste kat komen kawan2..

Ada tak selain dari cara kty nie
ada kawan2 ada cara lagi mudah ?
kalau ada buat tutorial ye..

Selamat mencuba

.

Senyum lebar nampak mama dia

Macam biasa sepatutnya minggu ni along jemput firdaus
Tapi kadang kena overtime, along tak dapat jemput
kena lah aku jemput, kadang adik 
Tapi minggu ni adik sibuk main bola , jadik taknak ganggu dia
Kalau lagi berapa minit loceng nak berbunyi , aku dah ready tunggu fir siap-siap depan pintu pagar
Dia pun dari jauh dah nampak mama dia ..senyum lebar ler dia


dah separuh bogel
balik jer rumah terus tanggal baju 
lepas tu baca buku cerita nak penuhkan buku nilam 
kalau dia tau mama dia letak gambar separuh bogel nie
marah dia!

Semalam aku hanya masak sambal ikan bilis + kentang je
memang selalu pun aku masak simple je..satu lauk je..kalau 
dua lauk pun satu lagi aku goreng sayur
tapi semalam sebab kena jemput firdaus ,satu lauk dah cukup
itupun firdaus 2 kali tambah 
sedap sangat kot sambal bilis nie mama dia masak
Semalam sebelum jemput firdaus aku singgah pasar tani 
beli ikan bilis, lepas tu terus pergi sekolah fir , 
Sambil tunggu fir nak balik sekolah , aku lepak dalam kereta 
takde buat apa , sambil2 tu layan kopek ikan bilis..balik terus masak..

 .

Feb 10, 2011

Selama ini saya tersalah tarikh Wedding Anniversary

Semalam aku saja-saja je cakap kat along
Semalam kan 9 february
Aku tanya along ..boleh lak tertanya benornya

aty : Hari ni hari apa
along : kenapa lak
aty : hari ni kan 9 feb , hari wedding anniversary kita lah (benornya aku saje nak test dia..padahal wedding anniversary nya sebulan lagi , bukan semalam ye !)
along : mana ada lah yang..bukan hari ni ler..abang ingat lah wedding anniversary kita
aty : aku pun gelak lah..owh ingat ye..berapa haribulan ?
along : 9 march kan !
aty : mana ada..8 march ler
along : 9 march le
aty : 8 march le
along : takpe..abang amik kad kawin kita..tak caya ye..
sekali along pun g lah amik kad kawin tu kasi aku ..
dalam hati aku dah debor2 ye ke..aku salah ke..bukan 8 march ke..dah bertahun2 aku ingat 8 march wedding anniversary aku okay..confident giler aku selama ni tarikh bersejarah itu jatuhnya 8 march .

debor dah ni .
lepas tu along pun tunjuk kad kawin tu..
sekali amik ..rasa berpuuusingg dunia nie ..tapi aku leh control lagi

sekali tengok..mak aiii



terus aku cakap betul lah apa ayang cakap ..
18 haribulan bahagi 2 = 9 march..huhuhuhuuhuhu

lepas tu aku saje je cakap kat along..
yeah..kita tepuk tangan...bagus..ingat rupanya
dalam hati aku..aku dok gelang guling-guling.

sebabnya dah betahun-tahun ,selama ini ..
aku benar2 konfiden yang tarikh akad nikah kitaorang
adalah 8 March ..rupanya jatuh 9 March..
tapi kira okeh lah kan tercepat satu ari..sipi-sipi gitu ..
dari tak hengat langsung..

lepas tu tertiba leh pulak aku cakap ..
tapi kan abang..abang ingat ke kita bertunang dulu
kita tunang ari ni lah 9 Feb..
kita kan tunang sebulan je dari kita nikah.
.wahahhahahahha.nak cover salah..
memang kitaorang bertunang bulan feb.
tapi aku sendiri pun sudah lupa tarikhnya..

Maafkan dinda ye kanda..
i love u..u love me..
jangan lupa beli hadiah  annibersary  !

pantun 3 kerat mengakhiri entry..

.

Aku ingat tipu tapi betul

Kejadian berlaku masa hari selasa
Tanya si akak..hari ni ada kelas pukul berapa..
setau aku pukul 9 ..

Aku ada terdengar jugak akak cakap
minggu ni kelas tuisyen start pukul 8 pm sampai kol 10 ..sebab ada kelas free.
Aku yang dengar anggap tu macam main-main

Lepas antar si Firdaus ke kelas tuisyen dia
Aku terus memandu , kata kat akak nak pergi kajang
Nasib ler akak cakap lalu Sg Chua ma '
Jalan reko nanti jem

wokeh aku masuk Sg Chua , tapi sepanjang area nak sampai Giant jalan dah jem
Jadiknya aku masuk Tol Sg Ramal Lepas tu uturn..lalu lagi Tol Sg ramal , jadiknya 2 kali bayar tol nak mengelakkan jem, lepas tu turun Jalan bukit kajang , dan akhirnya sampai pekan kajang

Pergi kedai handphone..congcengcongceng..reset apa yang patut..okeh handphone pun kembali normal
Sekali dalam kereta akak pun cakap , dah kol 8.25 ma'
akak dah lambat g tuisyen
Aku pun tercengang lah ..lor..ko tuisyen masuk kol 8 ke ari nie..

Kenapalah kau tak kasi tau awal2
Dia kata dia dah kasi tau..aku ingat just joking sebab benornya kitaorang nak g melepak kat Grato
Aku pun semangat ler nak makan pasta kat Grato..
Udahnya tak kesampaian hari selasa haritu..terus berdesup bawak kereta antar akak g kelas ,
Tepat 8.40 sampai kelas..

Dan aku hanya melepak je di Kedai Kawan sementara menunggu si akak dan fir abis kelas

Tapi semalam dah dapat lepak Kat Grato..makan..makan..makan..makan..sebab dah selalu makan..kat situ
Cakap ngn akak ..untuk 2-3 bulan nie kita stop makan sana..okeh..

Kita tukar port..kedai Harley lak kat Sg.Ramal..
Aku dan along dah pernah pegi sekali lepak + dating..nanti mama bawak akak lak
Tapi nama kedai tu bukan lah kedai Harley ..tah apa namanya ..tapi banyak moto harley saja..!

.Ada satu lagi perkara yang aku betul2 lupa selama dah berpuluh-puluh tahun nie..kalau diingat balik ..memang kelakar..camner leh terlupa..biasalah manusia sering melakukan kesalahan..masalahnya kesalahan ni sudah bertahun-tahun ..semalam baru aku perasan..aku tersilap selama ini !


Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!

.
.

Feb 9, 2011

Kasihan Budak Itu!

Semalam hari selasakan
aku macam biasa
malam-malam ku adalah sangat sibuk
menguruskan anak-anak ku
Hantar dan ambil mereka dari kelas tuisyen

Lepas hantar aku tak pulang ke rumah, aku pun pergi window sopink atau
Aku lepak di kedai yang berdekatan
Semalam lepas ambil akak balik tuisyen
Kami pun pergi jemput firdaus pulak

Firdaus tuisyen kat sekolah dia ye !
Keadaan sekolah adalah sangat jem..macam mengambil budak2 balik di waktu petang
Tertiba aku terpandang seorang budak lelaki
Maybe umur dia sebaya firdaus , 8 tahun
Tapi badannya kecil sedang menunggang basikal sambil memegang torchlight

Aku dan akak pun berkata-katalah
Kesiannya budak tu
Malam-malam kena balik umah sendiri
Mana nak kayuh basikal.sebelah tangan lagi pegang torchlight , dah le badan budak tu kecik
Kalau tengok budak tu memang rasa kasihan sangat

Tapi lepas tu aku cakap dengan kakak..kita kena berfikiran positif
Dulu-dulu pun mama pergi sekolah jalan kaki tapi itu dulu..keadaan dulu dan sekarang adalah berbeza
Lepas tu aku cakap lagi dengan akak
Mungkin ayah dia keje jadik takde orang nak hantar
Mak dia pulak maybe tak pandai nak drive
Mak dia ada jaga dua tiga orang adik-adik kat rumah
Mungkin ada baby..kol 10 baby dah tidur

Apapun semangat budak tu yang penting
Dia ada kesungguhan nak pergi tuisyen , nak belajar

Aku pun kadang bizi tengahari , kadang terlambat nak hantar firdaus
Firdaus jalan kaki jugak, walaupun rumah aku dekat je dengan sekolah , tapi perasaan risau itu tetap ada
Jadiknya aku tetap akan ke kelas firdaus untuk memastikan Firdaus ada dalam kelas

Tapi sampai bila aku harus bersusah payahkan..keadaan akan menentukannya
Jadiknya sedaya upaya aku , Aku cuba jugak hantar firdaus
Tapi kekadang kita harus jugak ajar anak-anak kita berdikari

Tahun hadapan , Firdaus dah darjah 3 ..kena pergi sekolah sendiri kalau mama tak sempat nak hantar Fir tau
Apapun semoga anak-anak kita terpelihara dari segala kejahatan di dunia ini
Pergi dan balik dari sekolah dengan selamat.
Amin.

.

2 Hari nie saya berbaju baru

2 Hari nie aku pergi kerja berbaju baru
Beg dah tentulah baru..aku kan ada buat entry pasal beg >>> 
ada yang suh snap gambar kan .
Bagi taknak menghampakan 
aku kasi satu gambar muka tade mood ..jadik aku blur2 kan itu gambar, kira aci jugaklah kan 



Baju ala english style..ni kalo g umah orang yang pasang langsir ala-ala english style
mesti tak cam aku punyer..

Tudung baru beli aritu 
aku rembat 3 helai tudung baru..
di kedai bawah..murah-murah saje

sebut pasal tudung 
aku baru terperasan , tiap kali aku beli tudung 
asyik ler kaler itam, merah hati, kelabu..sokmo kaler tu.

Kang tak pasal jer pergi mana2 jumpa blogger 
snap gambar..kang ada yang cakap aku tak tukar2 tudung.
Kalau ada yang cakap camtu..meh sedekah tudung kat kty
kty nak kaler pink,oren,ijau,biru,purple..huhuhuhuhu

Rasa macam nak rembat tudung kaler lain ar..
Kena tengok baget camne..dulu..

Feb 8, 2011

Kalendar cina

Sebelum hantar anak-anak pergi kelas tuisyen kitaorang g kajang..repair hp akak

Malam nie kitaorang dapat ilmu serba sedikit pasal kalendar cina..


Sent via my nokia

Saya ada Secret Admire Chinesse Man

Seperti tajuk di atas
Ye satu ketika dulu, bukan sekarang  ,

aku pernah ada secret admire dari kalangan Chinesse Man
Ensem lebih kurang Jay Chou mukanya ! tak percaya..sila percaya
kalau tak percaya ..nasib lerrr..

Pada awalnya aku tidak tau , dia peminat aku
kebetulan tempat aku keje adalah berdepan dengan meja dia
dia dalam opis,
aku kat luar masa tu kat inspection line
Memang aku selalu nampak dia pandang ke arah luar
Tapi aku tak tau dia pandang aku

Sampai satu hari , aku dapat kol
berani betul dia kol aku masa tu
Tapi aku layan je lah kan ..dia ajak aku keluar
Owh yer setiap pertemuan yang kami cuba atur
Tak pernah kesampaian ada je halangannya dari belah pihak aku

Sejak dia berani kol aku , setiap pagi kalau aku sampai tempat keje
dia mesti akan datang tempat aku sembang2,masa tu orang lom ramai lagi yang datang

Time keje pun..jap2 datang tempat aku..
lelama kawan2 rapat aku perasan , Inspection line je tau cerita dan rahsia nie

Oleh sebab dia keje as salah sorang orang kuat opis
Aku selalu dilantik sebagai orang kuat
dalam apa jua majlis atau persatuan yang ada di tempat kerja aku
Tau-tau je nanti Supervisor aku datang ucap tahniah sebab aku terpilih
Oleh sebab aku adalah salah sorang orang kuat persatuan
Jadiknya aku jarang ada ditempat aku
Selalu aku akan pegi meeting , bila meeting mesti ler si dia ada , dan amik kesempatan duduk sebelah aku

Kadang siap cuit-cuit aku lepas tu kasi satu letter
kat letter tu tulis i love u..
Kalau ujung bulan , aku kena masuk opis utk key in data
dan dia mesti ada sebelah aku , saje je duduk teman aku,

Sampai ada satu kes..tertiba bos lagi atas dari dia
Datang kat aku , kata aku dan si dia tu kena g Jepun
Lebih kurang 2 minggu untuk settlekan satu hal
Tapi sebab tak diizinkan tuhan , nasib tak jadik pegi
Banyak betul rintangan dan halangan

Walaupun ketika itu aku single tapi not available ,
kalau ikut kata hati binasa diri
kalau tergoda akan kehenseman dia ..memang abis ler..
Banyak kali dia nak ajak aku keluar..nak antar aku balik

Tiap kali itu jugaklah ada jer masalah
kadang dia betul2 dah bukakkan pintu kereta
Tertiba ada lak kawan aku datang ..terus kensel

Tapi bila aku terpikir yang aku islam dia bukan ..
macam cinta itu tidak akan kesampaian ,
Aku cuba menjauhkan diri dari dia
Jadiknya aku boO layan..

Akhirnya kami terpisah jugak, tapi
dia rajin gak contact aku , sampai ler aku dah kawin pun dengan along
Satu hari dia kol ajak aku kerja dengan company yang baru dia bukak

Masa nie aku adalah sudah menjadi isteri orang
Tapi dia tetap ajak gak aku keje company dia
Part paling kelakar suh aku interview..

Interviewnya kena ikut dia pergi Sungai Congkak
Kiranya interview sambil dating..
Ko gila ke hapa..nasib ler aku belum giler lagi
Acik masih waras..akhirnya aku tukar no talifon..
dan sejak itu aku tidak dapat dihubungi lagi..

Sehinggalah aku jumpa dia aritu >>> The Story


owh ye..along tau kisah nie..aku ada citer..
pasal baru2 nie aku ada jumpa dia pun aku ada cerita dengan along


.

Pusat Sains Negara

29 January 2010
Kami semua ke Pusat Sains Negara 
Dah Lama berjanji dengan firdaus nak pergi PSN nie 
Akhirnya terlaksana

Firdaus nie memang suka betul pergi tempat2 camnie 
Walaupun dalam hati ada bunga
Tengok Dinosour pun takut..lagi bila tengok Dinosour kat dalam yang tempat gelap gelita
Ye lah Dinosournya siap berbunyi2 bergoyang-goyang.

Layan Gambar..jer









Kami ada kat sana lebih kurang dalam 3 jam jugak 
itupun firdaus taknak balik 
tapi si akak nya kelaparan 
puas pujuk ajak balik dan janji lainkali kita datang lagi 
banyak benda baru yang fir dapat belajar 
tu yang dia seronok sangat 

lepas nie nanti mama bawak fir g petrosains pulak ye..
insyallah ..
Pameran Dino Alive ni sampai bulan May.
More picture please visit my fb

Feb 7, 2011

Terpaksa menyorok-nyorok

Baru-baru ini aku ke Maybank 
nak uruskan pasal rumah aku 

Sekali tertiba aku terpandang seorang lelaki
adoi..tepuk dahi aku 
kenapa...? kenapa ? 
kenapa kah kau muncul ?

Kenapa kau muncul lagi..? (Sayang..kau tipu..tipu aku lagiii..)
Jadiknya supaya dia tak nampak aku 
terpaksa aku tutup muka aku , nasib ada sampul besar
jadiknya leh tutup muka , nampakkan mata je 
ye lah kalau tutup semua ..huru hara lak maybank tu nanti 

Lebih kurang 1 jam gak kat sana ..dia pun sama 
Tapi kadang2 dia macam curiga, 
Si akak lak leh tertiba duduk pulak sebelah dia,

Oleh sebab aku tak tau kaunter mana yang harus aku tuju 
aku tanya pegawai bank kat situ 
Bila aku toleh balik..lelaki itu memandang aku ..
sah dia cam aku ..walupun aku sudah kembang..
walupun kembang tapi comey..nak jugak !

Terus aku menuju ke meja yg sepatutnya aku berurusan 
tertiba lelaki itu datang pulak ke arah meja tu 
saja lah tu , nak sah kan .samaada itu aku atau bukan ..
tapi aku buat tak pandang ..
nasib urusan aku settle..terus aku berlalu pergi..

 Sapakah lelaki itu..!
nasib le lelaki itu adalah seorang yang agak pemalu..
sepanjang aku kenal dia

nanti aku akan ceritakan ..
bagaimana kisah aku dan dia
wah tragis..punya citer nie ..

.

Jay Chou

Sepanjang raya cina nie 
Tak banyak sangat jejalan 
kalau g jejalan pun , g sopink kompleks cuci mata jer
Cerita kat tv pulak bosan, asyik citer hantu 
walaupun aku peminat citer seram..tapi kalau asik citer hantu je
naik berpinau mata aku nengok sampai nak muntah udahnya 

Jadiknya aku pun cakap ler dengan akak 
Raya cina takde citer cina pung
along menyampuk, kat tv3 kan ada CJ7
Aku dah tgk cj7 kat wayang masa keluar dulu , malas nak layan lagi 

Sekali ari ari kamis tah camne , tgh syiok layan tv 
tertiba aku tertengok iklan pasal channel 322 banyak movie cina
macam besh je , terai ler bukak 
owh ye, astro aku bengong 
leh lak tertiba ada box office bagai 
walaupun aku tak langgan , tapi dalam bil memang ada ler..dari bulan lepas lagi
tapi sebab tersyiok layan..movie tu semua,
biorkan jer..dulu 

eh sekali ada ler channel 322
..jadiknya dok umah layan citer cina 
satu hari , 2 hari dok umah layan channel ni sesaja
ada citer baru , citer lama, citer kelakar , citer sedih , citer perang 
kiranya besh lah channel nie ..

Yang paling besh kalau movie tu ada Jay Chou yang berlakon 
lagi ler besh..

 antara cerita yang aku layan 




Tapi aku lom ada masa lagi nak layan 
Movie The Green Hornet
Jay Chou ada berlakon

picture credit to google

Sebut pasal pakwe chinesse look
masa cuti lama minggu lepas 
aku ada terjumpa my secret admire masa kat Melcom
memang chinesse man
 lebih kurang mukanya ngn Jay Chou..ecehh...

.

Dapat bertemu dan selamat pengantin baru

Hari sabtu aku ke Kelana Jaya
Plan asal aku tak dapat hadir, tapi udah rezeki 
dapat juga berjumpa dengan Blogger Sha&Ninie
Selalunya kami berbual kat telefon je, 
rasanya dah lebih 2 tahun kami berhubung 
tapi tak pernah lagi berjumpa




Namun kalau sudah rezeki , 
akhirnya dapat juga berjumpa di hari bahagia sha
kty doakan semoga sha bahagia bersama suami 
sehingga ke akhir hayat.

Makanan di Majlis kenduri adalah sangat sedap
dah kenyang perut baru aku pergi jumpa pengantin.

Akhirkata
Selamat Pengantin Baru 
Sha & Shah

Feb 5, 2011

Selamat pengantin baru

Selamat pengantin baru untuk ninie dan suami.
----------
Sent from my Nokia phone

Hadiah

Misi mencari hadiah kahwin untuk sahabat maya.

----------
Sent from my Nokia phone

Feb 4, 2011

Hanya yang Terbaik




fuh kalo datang The Grato
Aku memang suka order dua menu nie
Hanya yang terbaik dari yang terbaik

Tapi ada yang tak baik juga 
Baca review dari orang yang kurang sabar
>>>>>>>>>>  The grato

Total Price 
dua menu di atas dengan 2 air minuman teh 0 ais
RM 16++

Berbaloi-baloi..menunggu!