Semalam kawan aku kak nida (bukan nama sebenar)
kol aku ..dia cakap ada sesuatu , yang dia nak kasi tau aku
aku dah mula berdebar..
walupun aku bz,..nak uruskan anak2 aku
tapi aku harus luangkan masa tuk nya walupun seketika
aku tau saat itu kak nida amat memerlukan aku
balik kerja , aku terus ke rumah kaknida
dan kami lepak di taman ..
dia pun memulakan cerita..nya ..mengenai suaminya
cerita mengenai suaminya ini ..bukan sekali dua aku tau
ini dah kali keberapa..
aku tau kaknida sangat sedih
mengenangkan kecurangan sang suami yang telah acap kali
walupun berulangkali memohon maaf ,merayu ..dimaafkan .
kaknida ..sering memaafkan ..
tapi untuk kali nie..aku rasa hati kaknida ..
dan tawar hati ..sekali , dua , tiga..tapi buat ke 4 -5 kali
kaknida dah betul-betul tawar hati
aku tau ..kaknida seorang isteri yang solehah ..lemah lembut..
sering menghulurkan bantuan kepada sang suami ..
tapi kerana kelembutan kaknida .dia sering ditindas.
tapi aku bersyukur..kaknida masih mempercayai aku .
masih sudi untuk bercerita mengenai masalahnya dari dia memendam rasa seorang diri
atas nasihat adik beradik , ipar duai
ramai yang memberi cadangan supaya kaknida berpisah buat sementara waktu
berpisah bukan ertinya bercerai ..tapi setakat ingin mengajar sang suami
hanya kak nida sahaja yang boleh mengajar suaminya ..
bagi aku cadangan itu ada benarnya ..
tapi kaknida harus ke Pejabat Agama utk membuat laporan mengenainya dan tindakan yang kaknida ingin laku kan ..supaya tidak digelar isteri yang nuzyus/derhaka..sebenarnya kes kaknida nie .dah banyak kali , di report ke pejabat kadi..mengenai hal yg sama
Untuk kaknida yang telah aku kenali lebih 19 tahun
apapun keputusan kaknida
apapun yang akan terjadi
aku sebagai seorang adik dan sahabat mu ..senantiasa ada di saat dirimu susah dan senang..
nanti kita pikirkan tindakan selanjutnya..
harap tuhan masih memberi jalan untuk kita..
dan harap kaknida bersabar..walupun banyak kali dah kaknida mempertahankan rumahtangganya
kadang ada sesuatu yang harus kita lepaskan
setelah berulangkali diberi peluang..
memaafkan memang senang
melupakan segala-gala perbuatannya ?
jangan sampai jadi duri dalam daging
pasti yang berlaku ada hikmahnya