PENYUSUAN badan adalah langkah terbaik bagi memastikan bayi yang baru lahir sihat dan memperoleh nutrien-nutrien yang diperlukan.
Namun pada satu peringkat ibu kadang kala terpaksa mengambil keputusan untuk menghentikan penyusuan badan terutama apabila bayi semakin meningkat usia.
Cubalah beberapa tip di bawah untuk menghentikan penyusuan badan apabila masanya sesuai.
* Bayi akan menjadi biasa dengan sesuatu rutin yang kerap dilakukan mereka, jadi jangan mengubah secara tiba-tiba rutinnya.
Dalam kata lain, apabila tiba masa menyusukan bayi, berikan bayi susu botol tetapi susukan mereka dalam bilik yang sama dan duduk di kerusi yang sama.
Ia akan menenangkan bayi dan membantunya mengubah cara penyusuan sedikit demi sedikit.
* Kurangkan jumlah penyusuan badan setiap hari secara perlahan-lahan dan konsisten.
* Adakala memang sukar untuk anda menghentikan penyusuan badan secara serta merta kerana bayi tidak akan memahaminya dan sukar menyesuaikan diri.
Jadi jika bayi agak cerewet, lebih mudah anda mengalah dan teruskan penyusuan badan.
Kaedah itu juga membantu anda secara perlahan-lahan menghentikan penyusuan badan.
* Sebagai permulaan anda juga boleh mengurangkan satu waktu penyusuan harian tidak kiralah sama ada pada waktu siang dan malam.
Jika bayi lapar kerana jumlah penyusuan hariannya dikurangkan, berikannya minuman formula bayi atau susukan menggunakan botol.
* Ketika tempoh sepatutnya untuk berhenti menyusu badan, anak akan mula menunjukkan minat kepada makanan pejal.
Selepas itu, kurangkan jumlah penyusuan badan setiap hari sehingga mungkin sekali sehari. Untuk itu bayi tidak akan lagi bergantung kepada penyusuan badan.
* Pada masa sama, ambil berat mengenai payu dara anda kerana susu badan akan terus keluar dengan banyak walaupun anda menghentikan penyusuan badan pada waktu yang sesuai.
* Biarkan anak melakukan perubahan mengikut kehendak mereka dalam soal penyusuan badan ini.
Kadang-kala, bayi akan mula mengambil lebih banyak makanan pejal berbanding terlalu bergantung kepada penyusuan badan dan ia menunjukkan mereka sudah melepasi peredaran dengan mudah.
info dari utusan malaysia.
6 comments:
Info yang baik di hari Jumaat.
he he he
selamat hari Jumaat
Info yang bagus untuk ibu2...
Kak Ty... saya masih menyusu... walaupun susu tepung... hahahahaha
kalau baby dua tahun ok la...lebih lagi baik.....
den pon mcm el
masih menyusu
hehehhe
salam kenalan ..
kalau nak putus susu , beter dr kehendak anak tu sdiri .. or dr cara pelan2..
if not siannn dia
anak buah saya,cukup sebulan trus tanak susu badan...
Post a Comment