Jan 31, 2011

Sekolah

Hari nie bz menguruskan firdaus yg kena g sekolah.

firdaus start cuti hari rabu.

Kakak ngn adik dah start cuti.


----------
Sent from my Nokia phone

Jan 29, 2011

Manjenya..

Hari-hari cuti gini 
Beshkan kalau pekena Nasi beriani 

Semalam hari jumaat 
aku dengan si akak pergi makan nasi beriani kat Sek 15 Bangi
Kitaorang makan kat restoren Anje 

Kat sini selain nasi beriani ada gak mee rebus 
Harga amat berpatutan

Aku order Nasi beriani + Ayam beriani = rm6.50++

akak order nasi beriani + ayam goreng = RM 7.00++

Puas hati Ayam nya besar..dan rangup



Jan 28, 2011

Bila Bos Kol saya

Bos kol cakap "atty next monday u balik keje"
atty: wokeh..
bos : kol balik , atty not this monday ..but another monday mcm budak sekolah cuti tau !
atty : i know lah ..happy Chinesse New Year..C

...Makanya bermulalah cuti panjang..
Bos aku sebenarnya dia tak akan kasi tau bila cuti ...tapi aku dah dapat agak .lah ..hihihiihihi..
Cuti kitaorang free je ..tak tolak cuti taun ke apa..sebab mana ada cuti taun pun ..cincai boncai saje.
Thank You bos !

Air Tembikai minyak tanah

Semalam petang lepas ambil firdaus dari sekolah 
Along ajak makan luar dia nak belanja
Selalu kalau along nak belanja ..aku suruh dia pilih sendiri kedai mana yang dia nak pergi
Tapi aku kasi jugak lah idea
taknak ikut ..konon bosan sudah.!

Yang along nie pulak orangnya jenis susah skit nak buat keputusan
Beriyer-iyer pusing satu Bangi cari kedai makan 

Padahal bertimbun2 kedai makan yang ado 
Boleh lak dia pilih satu kedai makan nie (Nama ku panggil saje ler Restoran Buluh Kasap, bukan nama sebenar)
Dia kata dia memang teringin lama dah makan kedai tu , sebab chefnya kawan dia
Tapi masa memula sampai kedai tade orang..lepas tu kedai tak berapa bersih
Macam dah bukan kedai dulu tapi masih menggunakan nama yang sama 

Aku terus tanya kakak kat situ 
Memang betul lah seperti apa yang aku jangka ..berlainan owner

Bila order sampai ..tak seperti apa yang aku fikirkan 
dan tak sepadan dengan harga..memang aku tak puasati
Tapi lantak lah situ (seperti moto hidup aku ) bukan pakai duit aku ..along yang nak belanja
makan je lah ..diam-diam sudah ..

Aku order air tembikai 
Tapi sekali hirup memang macam air tembikai 
tapi lepas hirup lagi ..mak aiii..ni air tembikai ke air minyak tanah
fuh ..dalam hati aku .kalo aku minum sampai abis air nie ..mau mati dalam iman.


Jadiknya dalam hati aku , apa kata suruh along rasa..
kot aku yang berimaginasi air tembikai bertukar jadik air minyak tanah 
Sekali along rasa..dia macam nak termuntah 
Jadiknya betul lah apa yang aku rasa

Tapi pelik ..aku yang selalunya akan bising kalau kedai tu tak sedap 
atau tak memuaskan hati aku 
tapi petang semalam aku hanya mendiamkan diri tanpa panggil pun owner tu kasi tau air dia rasa minyak tanah
Agaknya  mood aku baik semalam ..sebab bukan aku yang belanja

Dan dari rentetan kejadian minum air tembikai rasa minyak tanah tu 
Along sakit perut...tapi aku takde pun sakit perut..fir pun ada rasa air tu pun tak sakit perut
Along perutnya memang sensitif , udahnya malam tu terpaksa lah aku bawak dia g spital 

.
Pengajarannya lenkali ikut je idea orang yang mula2 kasi pendapat

Nama kedai takleh nak kasi tau.
sekarang orang kan suka saman2 nie

Belum Ada Keputusannya

Sebenarnya sejak awal bulan January nie 
Tertiba je ramai ler pulak , yang add aku kat FB
Sebut pasal fb , aku dah kurang aktif sebab aku bosan 
Bila aku cek sapa orang yang add aku tu 
Rupanya semuanya x staff Melcom

Dan diaorang ada agenda
Rupanya nak di adakan reunion dalam bulan March nanti 
Jadiknya aku dijemput hadir
Aku yang pada awalnya mengatakan aku tidak dapat hadir 
pada tarikh yang diberikan 

Dan kawan aku sangat sedih 
Tanpa atty tak besh lah dinner
Takde maknanya ..aku ada ke tidak bagi aku sama saja

Baru-baru ni dapat lak message kat fb
Yang diaorang dah tukar tarikh pulak ..
Ishh susah2 je korang tukar tarikh tau 
Aku belum pasti lagi dapat atau nak pergi..

Yang sebenarnya apa masalah aku ye taknak pergi 
Tema itam + merah 
aku rasa aku ada baju itam ada tudung merah ..jadiknya apalagi kan 
Tapi ntah lah tertiba je hati ni rasa berat je nak pergi 
Tak tau ler nanti2 kot aku tak sampai hati menghampakan kawan2 
Aku akan menghadirkan diri aku !

.

Jan 27, 2011

Hamper dan limau


Kat opis ada ler dapat dalam 4 ketul hamper setakat nie.

Apalagi kitaorang kenduri hamper,
limau pun banyak

beshkan kalau  limau bertukar jadik doyan.
.baru ler besh


---------
Sent from my Nokia phone

.

Lunch with my Customer





















 Tadi aku g antar hamper kat Customer
Biasalah bila nak raya cina 
kena hantar limau , hamper kat Customer nak amik hati ler katakannya !

Customer tu  ajak aku lunch 
Kitaorang makan kat D'One Steak

----------
Sent from my Nokia phone 

.

Bila Blogger Review Blog Attyfir

Tertiba tadi 
Aku dok bz-bz kat mudah .com 
Aku asik ke situ je sejak dua menjak nie 
cari apa ..tade cari apa 
Bila aku rasa penat je blogwalking 
aku jalan kat sana pulak 

Tertiba nampak nama blog haku 
Terus terjah blog 
Rasanya dah lama jugak aku terjah blog lina 
Aku juga kenal kawan lina , Ena 

Lina ada cerita pasal aku cool pasal BE..ME Nuffnang 
Oh yer..aku memang malas nak amik port sangat pasal nuffnang nie 
kalau ada ...ada.,kalau tada..nak buat camner takde rezeki 
lagi pun takut ler..bergelar jutawan blogger tak pasal je acik kena incometax ..dah ler gaji kecik 

Sebut pasal penyayang 
Aku benornya bukan lah penyayang , 
Tapi aku sayang my family 
dan
  aku memang sayang dekat orang yang sayang aku , heheehehehe
memang lah kan ..tapi aku sebenarnya , kalau orang buat baik pada aku ,
aku pun jenis buat baik dengan orang itu 

Tapi andai orang tak buat baik pun dengan aku ..aku tetap jugak kawan ..
lantak ler situ ..cuma kena lebih hati2 
Moto idup aku satu je ..
LANTAK LAH SITU & PERCAYA KEPADA DIRI SENDIRI

Owh ye..banyak gak lina review pasal blog kty 
kalau nak tau lagi , baca lah sendiri 
to lina..terimakasih banyak2 ye..bila lah kita nak jumpa kan..ngn si ena pun ..


.

Fixie Bike























Adik baru beli basikal fixie.
Aku pun tak faham apa jenis bicycle fixie nie.

Baru dapat rajin ler jaga,cuba kalau dah lama.
Pesanan buat adik,jaga elok2 tau!

Bukan senang nak dapat tuh

----------
Sent from my Nokia phone

Jan 26, 2011

HOW MANY CHILDREN WENT TO SCHOOL HUNGRY THIS MORNING?

Pagi tadi masa tengah makan dengan firdaus 
sebelum hantar dia , ke sekolah agama
Firdaus cerita 

ada sorang murid , masa hari isnin haritu 
Siap muka pucat lesi sebab kelaparan 
Budak tu cerita dia nak makan nasi ,

 untie belanja ler saya kepsi..
pic credit to google

Tapi mak nya pergi keje awal jadik tak masak
Yang si ayah pulak tak pandai masak nasi , pandai masak maggi je

Jadiknya hari tu , kawan firdaus ni betul2 lapar nasi sebab kelaparan
Jadiknya Firdaus pun terus lah kasi tau cikgu 
Terus cikgu suh fir bawak budak tu pergi makan 

Alahai sedih pulak aku dengar
Cikgu pun dah kol ibubapa budak tu , kasi tau 
lain kali jangan biarkan anak kelaparan kalau pergi sekolah 

Kadang budak2 nie pulak 
pagi2 takde mood lah apa lah nak makan 
Macam firdaus memang aku paksa makan walupun sikit sebelum pergi sekolah

Jangan biarkan anak2 anda kelaparan ye!

 

p/s : Masa buat entry ni , bos sibuk je suh citer balik kisah nie ,sbb dia 2-3 ari ni sibuk pinjam pc aku


.


Bonus

Bercerita pasal bonus..

Nan hado..aku dah dapat bonus dari tahun lepas
kiranya aku dapat bonus tiap kali hari raya

dan yang mana celebrate cny diaorang pun dah dapat
awal bulan tadi lagi dah mintak siap2 tapi ujung bulan ni baru nak tolak epf..amik korang jangan lak terkejut tengok banyak kena tolak , orang dah cakap ..ujung bulan nanti ngn gaji sekali ,..degil

Jadiknya semalam bz siapkan payrol..
sempat aku tanya 2 orang bos tersayang aku

aku panggil bos nama je..
C u punya bonus ada ke tak ? i nak buat payrol

bos aku jawab...kitaorang tade bonus..
ekeleh ..poyo.konon takde bonus..

memang lah .sebab untuk tahun lepas korang dah dapat riburiban hasil keuntungan..jadiknya takyah lah bonuskan .

Apapun thanks banyak2 bos setiap tahun tak lupa kasi bonus .

Jan 25, 2011

Janji Tau .

Hari sabtu lepas adalah hari berjumpa blogger
Dari pagi bawak sampai ke Hari ahad dok jumpa blogger

Kali nie berjumpa blogger vogue lagi vass
Tersohor seluruh Puchong dan Seri Kembangan 

Sapa lagi kalau bukan 


dari pukul 11.30 pm bawak nak ke kol 1 ke 2 am keesokan hari nya 
Punyalah lama bersantai..
Tengok tu atas meja ..penuh.. makanan.
Tapi topik yang dibincangkan adalah Pasal camne nak jadik kurus
Sambil dengar petua ..sambil melantak satay 

Owh ye kitaorang telah berjanji 
10 bulan lagi dari hari yang kitaorang berjumpa 
insyallah..apa janji manis tu..
Biarlah rahsia.

Aku jumpa watie sebab nak collect hadiah yang aku menang contest wishlist aritu


thanks watie.

Kisah sebenar di Bukit Broga

Sejak dua tiga hari lepas kita dikejut kan pasal berita budak kena hempap batu kat Bukit Broga
Aku yang mmg macam ada pelan untuk ke sana lagi dengan akak .
jadik takut utk mendaki lagi

Pagi tadi terbaca kat Cikbedahlaser
Pasal Kisah sebenar peristiwa pasal budak kena hempap batu tuh 
sapa nak tau kisah tu pergi lah ke blog
Cikbedahlaser
ada link ke Blog Mangsa yang diceritakan
pengakuan dari mangsa itu sendiri


cantikkan view
tapi buat masa ni biarlah ku pendam dulu hajat nak daki lagi

pic credit to google

Heartbeat.My

Meh lah join , leh dapat imbuhan juga macam iklan nuffang


         

Slik klik gambar tu untuk register..
tak rugi pun kalau join dan tak ganggu pun status glitterati nuffnang


Jan 24, 2011

Next Blogger i meet@Gina Manan

Aku jugak tak sangka , masa  jumpa blogger kat Pavillion 
aku dapat jumpa seseorang yang jauh di perantauan
yang pulang bercuti
terimakasih
GinaManan@Sweet Like Candy

Sudi jumpa Kty

mesti tak miss baca blog Gina
Sebab mesti nak tau apa yang Gina ngn dua budak comey tu buat

owh yer..Gina pun dah selim, nie jeles nie..dan menjadikan kty bersemangat nak kurus


thanks gina sudi jumpa ..walupun gina banyak hal , nak buat
Terlepas rindu dendam kat gina and 2 boy yg comey 

ryan

akak dan danish yang sangat sopan , good boy 
 me & gina

Terimakasih sudi kasi souvenier tu yer
untuk rasp jugak thanks sangat2 sangat cute

Pada semua blogger yang telah kty jumpa


Jika ada rezeki nanti kita jumpa lagi ye!



Karok Di Pavillion Bersama Blogger

Sabtu adalah hari untuk enjoy bersama2 kawan-kawan blogger yang lain 
Kejadian berlaku pada 22 January 2011


Keahlian seramai 9 Perserta Untuk Uji bakat Blogger terhebat berkaraoke 
Antaranya :-


Sorang lagi biarlah rahsia
semua peserta adalah amat berbakat
memang sangat sporting semua walaupun hanya untuk pertama kali bertemu


rasa macam duk sebelah umah je..beramas mesra

Semua orang adalah enjoy dan sporting
semua pun ada menyanyi dan meyumbangkan lagu.
kita layan gambar



okeh cukup2 lah 2 keping gambar nie je
semua yang pergi leh tengok kat fb ye
sebab semua gambar memang sangat sopan2 belaka dan santun2

Apa lagi geng.rasa -rasa kalau ada bakat ..masuklah audition af..ekekekekke

 Happy Chinesse New Year

Hari sabtu lepas selain berkaraoke bersama blogger
ada jumpa blogger jauh
malam pulak ..jumpa blogger lagi..nanti aku citer next entry ..

Apa pun ..hari sabtu bersama blogger adalah sangat happening


.





        

Jan 23, 2011

My mood on sunday

Hari nie hari minggu,
lepak je kat umah.

Tekak adalah sangat tak selesa,mcm nak sakit tekak

sebab apa sakit tekak..
Sebab banyak ketawa atau menyanyi ke

menyanyi aku memang x reti..
Leh ler mc esok eh!

Tapi esok keje banyak nak settle,sebelum bercuti raya cina nanti,kang bercuti tade gaji ..naya je

----------
Sent from my Nokia phone

Jan 22, 2011

Buffet lunch

Lunch bersama rakan-rakan blogger,sambil berkarok di Redbox Pavillion.

Sent via my nokia

Jan 21, 2011

Akhirnya sembuh

Sejak dari tengah bulan 12 tahun lepas lagi 
Mesin fax kat opis ni macam tersangkut2 je tiap kali nak fax 
Sakitkan hati je tiap kali nak fax document dia tersangkut2

Rabu tadi aku kol technician suh datang repair 
Alhamdulillah hari ni ada technician datang 
Kejap je dia repair , dah elok mesin tu 
Total charge RM130..nasib ada peti cash ..amik je bayau

Alang kepalang technician ada 
terus aku sign kontrak dengan company diaorang 
jadiknya kalau ada problem lagi lain kali , tak kena dah charge service 
lepas tu diaorang akan datang service mesin tu 2 kali setahun 

Bos lum tau lagi 
isnin nanti baru aku kasi tau 

Bos kol 2 tadi dah balik 
nak bawak anak2 , mak mertua g soping CNY..


Khurafat Tak Seram


Aku tengok citer ni pada hari rabu malam 19 January
Aku bersyukur sangat-sangat sebab
aku tengok dah nak seminggu citer tu di pawagam
sebabnya kalau aku tengok awal-awal 
kang tak pasal ramai lak yang tak g tengok
pasal apa yang akan aku review pasal cerita nie 

Sebagai peminat cerita seram yang tegar 
aku rasa cerita nie biasa-biasa je 
sikit pun aku takde nak terperanjat ke apa 
Ye lah mungkin sebab dah terlalu banyak menonton cerita seram 
jadik cerita ini sangat biasa je pada aku 

Sapa yang baru2 ini ada tengok cerita 4Bia kat astro 
aku rasa cerita tu lagi seram , lagi part hantu pocong dalam kapal terbang 
dan bagi aku cerita ni
bukan lah cerita seram untuk abad ini 

Maaflah ini lah pendapat peribadi aku 
yang sememangnya pengemar cerita seram
cerita ini bagi aku tade kepuasan pun
'keluar panggung dalam hati kosong der!'

Tapi yang menyeramkan aku 
Adalah penonton2 nya 
yang membuatkan aku gelihati dan agak terhibur sikit dgn gelagat para penonton
dengan jalan cerita tu yang agak bosan bagi aku 

sebelah aku ada pakwe makwe
aweknya ketakutan 
dan pakwenya cakap 
jangan takut sayang , abg din ada je kat sebelah 
hihihihiihih.nasib ada cik abang..kan 

orang belakang aku pulak 
sikit-sikit 
oh my god..jap kang oh my god

ini adalah pendapat peribadi aku 
dari seorang pencinta cerita seram 

aku kasi 
2 bintang je dari 5 bintang .

Andai Shamsul ada terbaca ke review aku 
kalau nak tau pendapat lebih2 aku 
leh tanya aku sendiri kenapa aku cakap cerita ni tak seram 
apapun cubaan yang baik .

p/s : bukan berlagak kasi pendapat ..tp jujur dari hati saya 

.

Jan 20, 2011

SalaH Satu WishList 2011

Aku jarang tulis azam aku 
Atau wishlist omputeh cakap 
Sebenarnya aku ada gak wishlist aku sendiri

Sebelum aku cerita
Tengahari semalam , masa otw nak ambik akak balik sekolah 
Dengar radio Hot FM
Cerita pasal resolusi bukan revolusi ye
Resolusi sama lah ertinya dengan azam

Pakar Motivasi tu cakap 
Apakah resolusi untuk tahun 2011
ke sama macam tahun 2010 ,
Nak kurus..nak kurus..nak kurus tapi tak kurus
Terasa aku , menikam kalbu betul ..
lepas tu aku gelak sorang2 dalam kereta
Terkena tepat pada aku ler tu 

Ye salah satu RESOLUSI aku 
memang lah nak kurus

Tapi ada jugak salah satunya 
yang dua tiga lagi biarlah rahsia ye

Aku benornya pasang azam nak beli jam baru 
Nak beli ..macam ganjil je bunyi nya kan 
mana aku pernah beli jam , selalu orang yang kasi 
Dulu aku pakai jam alba, ayah kakak kasi 
 dulu kalau dapat pakai jam alba..dah kira besh dah , 
kira standard sangat dah 

ini lah jam alba aku dulu
sebijik camnie



lepas tu mak kasi aku jam brand Roscani
jam nie paling lama aku pakai 
lebih dari 5 tahun rasanya
ada lagi sampai sekarang.

dalam tahun lepas ke 2 tahun lepas adik aku kasi jam brand next
Jadiknya memang sah takde jam pun yang aku penah beli sendiri 

Jadiknya tahun nie aku pasang azam nak beli jam sendiri 
aku berkenan ngn jam nie 


Tapikan selepas dipikir-pikirkan 
aku rasa azam utk beli jam ni pun terpaksa dipostponed
sebab banyak duit nak pakai 
Nanti akak nak sambung belajar , 
aku cadang nak suruh adik amik lesen , akak pun sama 

Takpe insyallah mana tau kan 
ada rezeki mesti dapat punya .
ke ada sapa nak kasi hadiah kat aku
kalau nak kasi hadiah ..nak mintak alamat tak
email aku ..hihihihihi

Insyallah 
sambil nyanyi lagu MaherZain

Jan 19, 2011

Jangan Terpedaya dengan Suara

Hari nie kerja aku dari pagi asyik buat panggilan ke sana ke mari 

Ada satu panggilan yang aku buat , adalah kepada satu company

Mesin fax kat opis ni baru je lagi 

tapi menggedik nak buat problem , bila kita nak fax je apa2 document mulalah tersangkut sana sini 
Jadiknya aku buat panggilan nak suruh company ni hantar technician utk tengok kan apa penyakit mesin fax nie

Deman ke , kena kanser ke apa payah ,dan menyusahkan hidup aku 

Tapi kan kalau aku kol atau jawab talipon 

orang kat sana semua ingat aku ni orangnya cantik mcm ratu cantik hanya kerana mendengar sore aku 
mesti ingat aku muda remaja
tak tau aku dah tua kerepot
ntah ler sedap sangat ke sore aku nie? (perasan betul)
..tapi aku takleh nyanyi pun tau..
kalau betul sore aku sedap 

dah tentu aku menang bintang rtm masa siti nurhaliza masuk aritu 

kawan2 tak percaya ..sore sedap tapi takleh nyanyi..

..

.

Seminggu baru nak sampai

Bos aku bising-bising sebab barang yang
kitaorang order dari Supplier tak sampai-sampai
Dari sebelum bos aku outstation minggu lepas lagi
11 January 2011 lagi Supplier dah courier pakai KTM
Tapi udahnya seminggu tak sampai-sampai
dah ler barang tu urgent nak pakai

Apanak jadi ler diaorang ni
Udah nya supplier dah kol Ktm tanya status barang
Yer lah kita faham kalau barang tu tak sampai dalam sehari , 
kita akan target paling lewat pun dalam 2-3 hari barang tu ,
mesti sampai lagi pun dekat je ,selayang > kajang

Tapi masalahnya udah seminggu
Jadiknya puas supplier tu koling tanya status barang
Aku pulak yang amik alih , aku lak kol sendiri tanya lepas Supplier tu kasi Consignote No
Bila aku kol macam biasa yang jawab mesti tanya
Barang tu nak hantar kat mana , sila kasi alamat
Kasi no tel cik ..tapi udahnya berjam tunggu tak kol balik pun bagi feedback
Udahnya aku jugak yang kol tanya status barang tu

Bila Aku kol lagi , orang kat sana dok repeat lagi soalan yang sama , mintak no tel nanti kol balik
udahnya aku cakap , berjanggut ler saya tunggu awak kol nak kasi tau status barang tu
Kalau naik kapal terbang pun udah pergi balik kalau amik masa sampai seminggu

Tapi selepas aku kol berulang kali , sampai bos aku pun naik gerun tengok cara aku kol,
sampai aku nak bawak tribunal pengguna ,
diaorang yang tau suh kita sabar..sabar ye cik..mmg sabar ler nie

memang ler aku sabar ..tapi ganggu waktu rehat aku , 
waktu nak balik aku selama seminggu tau !
sebab nak menunggukan barang tu punya pasal
kalau ikutkan apa aku heran pun , bukan barang aku , bukan co aku

tapi sebab rasa tanggungjawab , 
dan paling utama tak kacau time table aku kat opis
kena push diaorang selalu , suh cari balik barang tu
ye lah ..camtu je cara nak dpt kan balik barang ..
kalau tak mau setahun kot baru sampai

akhirnya barang tu sampai jugak semalam.
masalahnya diaorang nie , takan tau pun agaknya , 
kalau customer tak kol cakap barang tak sampai
Maknanya lepas kita kol baru diaorang nak terhegeh cari barang tu

.

Jan 18, 2011

Kalau tuhan tidak mengizinkan

Semalam kawan aku kol nak datang rumah 
Berulangkali dia kol , sms 
tapi aku tak reply ..pun sms dia 

dan semalam firdaus start tuisyen
Akak pun tuisyen , jadiknya aku sangat bz ke hulu hilir antar anak2 tuisyen 
Bila hantar diaorang , aku tak balik rumah pun 
Terus je tunggu depan sekolah dalam kereta atau lepak kat restoren berdekatan tempat akak tuisyen 
sambil baca buku 

Kawan aku tu puas ler kol , sms 
Tapi sms dia , aku baru dapat baca pagi tadi sebabnya
semalam aku tertinggal hp kat opis 

walaupun semalam kawan aku tu betul-betul memerlukan pertolongan
Tapi andai tidak diizinkan olehnya 
semua tu takan berlaku 
Tertinggal hp kat Opis hanya penyebab je

.

Accident

Accident 1
Tadi lunch hour aku ke sekolah akak untuk jemput akak 
dan pergi lunch sesama
masa nak jemput akak nie 
tertiba je ada seorang budak perempuan sekolah menengah terjatuh 
dan menangis.

aku tak perasan kenapa budak tu leh jatuh,
sebab masa tu aku tengah cari nama akak kt hp
kakak kata budak tu kena langgar motor, motor tu pulak tak berhenti untuk tanya kabar budak tu
Budah perempuan yang kena langgar tu pun agak bergegas nak ke kereta ayah dia 
jadiknya tak pandang kiri kanan.

Accident 2

Accident ni memang tragis 
sebabnya waktu orang nak lunch , time tu lah kau nak bercanda
makan suap2 , terpegang2 sana sini 
macam dalam dunia ni kau je yang ada 
time tu akak ler jadik mangsa aku, kena bebel
ko ye pun ko couple ,, jagalah perilaku 
jangan lah nak tunjuk satu dunia kau je yang bercinta
Puas ler akak dapat nasihat berbakul2
aku cakap kalau aku nampak akak macam tu
time bercinta kan main lagi suap2
kau dah kawin nanti ko tak bersuap laki bini jaga ler kau

Accident 3
Kereta dengan kereta ngn kereta 
dekat simpang 3 sek 3 bangi
ini aku tak tau sangat 
sebab masa aku lalu orang bertimbun2

Accident 4
Masa nak bayar tol
aku dah terlambat nak masuk opis 
oleh sebab semua hal kat atas 
jadiknya aku lalu tol Sg ramal 
masa nak bayar ,boleh pulak budak tu susah nak amik duit 
rm1 yang aku pegang , 
udahnya terjadik adegan tarik2 duit 
ekekekekke..rupanya aku terpegang duit tu 
sekuat ati aku mcm tak mau lepas
Udahnya masing2 senyum
dah ler budak tol tu budak lelaki 
tapi aku tak berkenan pun nak buat menantu ..

.moral of the story 
apa pun kita buat , kita kena pikir perasaan orang lain 


RM1, Duit Jugak

Pagi nie aku sarapan tempat agak selalu jugak kitaorang makan
Biasa lah fir makan roti canai .. akak makan nasi lemak

Aku seperti biasa ilang selera makan dengan secara otomatik
Walupun memula aku order jugak roti canai, lepas tu tertiba taknak makan pulak

Lepas makan , biasalah kena bayar
takan orang nak kasi free lak kan

Aku order roti canai 2
Nasi lemak biasa 1
Teh Tarik 1
Air kosong 2

Totalnya = RM5.60

Aku cakap dengan akak , aiik kenapa macam mahal je , macam sudah terlebih bayar
Si akak pun pergi panggil balik pakcik tadi , suruh kira balik

Lepas kira-kira balik rupanya memang terlebih rm1,
Pakcik tu boleh nak salahkan akak , konon akak salah cakap , akak tercakap teh tarik 2..
ekeleh pakcik ..ko yang amik order tadi , sepatutnya kau takyah orang cakap apa kitaorang makan pun ko dah leh tau ...dah ko yang amik order

Lepas tu kedai ko tadi bukan ramai pun customer
Boleh lah salah kan budak tu , padahal budak tu dah cakap betul

Sampai akak cakap ngn pakcik tu
saya dah cakap betul2 , pakcik yang pekak
tu nasib baik akak cakap pekak je
kalau aku tadi aku tambahkan PEKAK BADAK ,PEKAK BERUANG , PEKAK RIMAU ..
abis semua aku sebut ..kalau aku yang deal tadi .

Lepas tu bukan nak mintak maaf
tak kira lah ko tua ke muda ke
kalau kau dah buat salah , kau mintak lah maaf

Pagi ni dapat akak rm1 lagi lebih buat belanja sekolah
dari kasi taukeh kedai yg dah memang kaya ,
lagi nak kaya buat pe .!

Leh pergi haji balik hari oooh..kalau itu macam kira.

.

Jan 17, 2011

Season Of The Witch





Aku dah tengok citer nie 
Memula akak ajak tengok citer Faster 
Tapi aku taknak , aku nak tengok citer2 ala-ala seram 
Nak tengok Khurafat , aku nak baca review dulu , 
kalau ramai kata besh nanti baru aku tengok 


Season Of The Witch
 
Synopsis: 
A 14th century Crusader returns with his comrade to a homeland devastated by the Black Plague. A beleaguered church, identifying sorcery as the culprit of the plague, commands the two knights to transport an accused witch to a remote abbey, where monks will perform a ritual in hopes of ending the pestilence. A priest, a grieving knight, an itinerant swindler and a headstrong youth who can only dream of becoming a knight join a mission troubled by mythically hostile wilderness and fierce contention over the fate of the girl.

Pendapat aku 
Berbaloi lah tengok cerita nie 
kiranya puasati 
takde ler seram sangat , tapi jalan citer okeh 
Cerita pun okeh 

aku kasi 4 dari 5 bintang
Tak rugi ler kami tengok aritu 




Kaki asyik tersadung jer

Dari minggu lepas , kaki aku ni asyik je tersadung 
Ada lah dalam 3-4 kali dah kaki /jari-jari kaki aku tersadung 

Ada tu ibu jari , pagi tadi jari kelingking pulak 
Terlanggar meja lah , terlanggar pintu lah 
Terlanggar basikal lah 

Masa kena tu 
Punya lah sakit , 
Pagi tadi kena lagi 
nie rasa berdenyut-denyut tak hilang lagi.

Cukai Tanah



Pagi tadi sebelum masuk Opis 
aku g bayar cukai tanah dulu 

Adakah anda sudah menjalankan kewajipan anda ?

aku bukan bayar cukai tanah aku 
aku mana duduk rumah ada tanah

bayar kan cukai tanah ke dua-dua bos aku 

Jan 15, 2011

Jalan jem nak balik

Ujan lebat sangat-sangat.
Sekarang aku ada kat umah mak.
Hari ni pasar malam ,jadinya kalo setiap hari pasarmalam jalan depan umah mak ni memang jem.

Kalau ujan lebat lagik ler jalan jem.

Satay UK

Nak makan satay kena pergi jauh2 sampai UK
Masyallah , nak makan nya dalam 30 cucuk je 
modal nak pergi sana je leh buat kenduri kawin kan anak 

Takde makna
malam tadi lepas balik Swimming aku dan anak2 seperti 
biasa , mulut gatal nak kunyah-kunyah
Nak kunyah something spesel 
firdaus mintak satay 

Sekarang dah tak main satay samuri 
rasanya dah 3 tahun kot tak makan satay samuri 
lagi dengar sekarang tak sedap 

Jadik selalu kalau nak makan satay , kami ke Anugerah Sek 8
Tapi kali ni kita terai lak makan satay 
Kita terai satay UK..clust nama
Satay UK= Satay Urat Ketin 

Layan Gambar


dah separuh makan baru nak snap gambar

 kuah dia

Aku suka lontong dlm daun pisang

 licin firdaus makan , banyak gak

Kesimpulan nya 
sebelum ni ada ler penah dah dtg makan 
ada sekali tu sejuk je satay nya , jadik aku tak suka lah kan 

Tapi semalam quality & service agak memuaskan 
jadiknya aku kasi 3.5 bintang dari 5

.

Jan 14, 2011

Swimming Lesson





















Mari kita belajar berenang
Lama dah kitaorang stop berenang sejak puasa hari tu
kiranya dah lebih 3 bulan stop

Aku rasa jika sesorang tu reti berenang
itu satu keistimewaan , sebabnya bukan semua orang reti berenang

Alhamdulillah anak-anak aku semua reti berenang

Apa yang aku buat
dari kecik bawak je gi pantai , g kolam , kalau boleh seminggu sekali
tiap2 bulan , lelama diaorang biasa dengan air
dengan sendiri nya diaorang reti berenang insyallah

Cuma kalau nak dpt skill yang bagus , leh ar upah pro ajar berenang .

----------
Sent from my Nokia phone

.

Minggu Paling Besh

Minggu nie adalah minggu paling besh
macam lah sebelum ni tak besh kan 

Besh sebabnya sejak dari hari isnin 
aku sorang-sorang je duk kat Opis 
Bos langsung tak masuk 

Tapi walupun tade bos 
aku bz jugak , menyetelkan account
filling utk antar kat accountant yang kitaorang lantik 
Untuk audit..

Bz melayan customer yang kadang ada datang lepas tu sembang2
Nak halau kan tak sopan pulak kan 

Senang betul hati keje sorang2 nie 

Orang Mintak Tolong ,kenalah tolong

Semalam masa nak amik akak tuisyen
aku bawak sekali firdaus
dalam kereta si firdaus nie pun cerita lah

Petang semalam sekitar pukul 4 , time rehat kat sekolah
kan hujan , jadik ada ler budak tahun 1 yang main-main ujan
Jadiknya firdaus dan kawan nya telah pun
dapat tangkap budak-budak yang main ujan tu
dan budak-budak tu kenalah mengadap cikgu displin

Aku yang dengar cerita firdaus, cakaplah kat dia

mama : Kenapa lak fir nak tangkap diaorang , biarlah diaorang nak buat apa

firdaus : Cikgu yang minta tolong , tolong tengok-tengok kan jika ada budak tahun 1 yang buat salah ke!

mama : itu bukan tolong , itu menyibuk urusan orang, biarlah orang nak buat apa , fir buat urusan fir sendiri, pegi makan ke , time rehat tulah nak g toilet ke ,

firdaus  : Masalahnya Cikgu yang dah pesan , tolong cikgu tengok2 kan budak2 tahun 1 ,diaorangkan adik2 baru masuk sekolah

mama :  takyah nya nak campur hal orang

firdaus : Macamnie lah mama . fir tanya ,kalau cikgu mintak tolong mama menyapu sampah , takan mama tak tolong kot ?

Terus aku ketawa ..ada ke situ pulak .
Macam-macam budak sekarang .otak ngalahkan orang dewasa.


.

Jan 13, 2011

Kau ingat lagi nama aku kan !

Sejak akhir2 nie
Bila aku beli nasi lemak
Peniaga nasi lemak yang selalunya makcik
Dah bertukar kepada seorang lelaki

Owh ye , aku sudah semestinya kenal lelaki tu
Dia pun kenal aku
Yer lah kami pernah satu kelas 2 tahun masa sekolah rendah

Pagi tadi , aku singgah lagi sana setelah sekian lama tak singgah
fir lah ajak singgah

Peniaga nasi lemak @ kawan aku tuh
pun kasi ler salam ,

Kawan aku : Assalamualaikum
aty              : Waalaikum salam , kasi nasi lemak satu ye
kawan aku  : Itu anak kau ye , (tunjuk ke arah fir , sorg je ye )
aty              : 3 anak aku yang paling besar pun dah form 5 ,

Kawan aku tu mulalah tanya itu ini lah , benornya aku malas nak borak2 nie , bukan apa dah lama sangat berlalu , lagipun aku dulu bukan rapat pun dengan dia , lagi dia tu laki-laki bukan perempuan , tu yg malas skit nak ramah tamah

dah siap nasi lemak aku , terus ler aku cakap , terimakasih ye zam!

sekali kawan aku tu leh cakap , owh ko ingat nama aku ye

dalam hati aku ekeleh bangga ler tu aku ingat nama dia , dia tak tau yg benornya aku terjumpa mak dia aritu , aku tanya ler sapa nama anak makcik yg sebaya ngn aku tu sebab aku tau

lepas tu dia tanya lak nama aku , nama kau sapa ye ..aku lupa

aku terus je jawab ko, Peah !, fir pun tersenyum2 masa aku cakap nama aku peah ..

kawan aku tu lak terus muka tercengang2..

cepat-cepat lah aku  blah ..malas nak sembang lelama..kang tak pasal orang ingat itu kekasih gelap aku
dah ler dia memang gelap .

Terjebak

Semalam akak ajak keluar 
nak g photostat jadual waktu kelas utk kawan2 dia 
sekali lepas tu tak tau nak pergi mana 

Si adik ngn firdaus tinggal kat umah 
Aku pun citer kat akak pasal Kenny Rogers Ada buat promo tu
Apalagi akak cepat je lah ajak

Jadiknya hanya kami berdua je lah yg pergi
Sebab masa tu kami ada kat Mydin area MetroPoint
Nak beli barang sikit 

Langsung terjebak tak pasal beratur sebab nak makan KR
Nasib tak lama beraturnya 
sambil beratur kami dihiburkan dengan pemandangan merah sana sini tanglung
dan lagu raya cina , terhibur jugak lah..nasib tak buat konsert kan situ 
Sebab Metro Point ada pentas besar cantik pulak tu 

Cantikkan ada tanglung2 tuh


Makan muffin je dah kenyang

Jan 12, 2011

Pesta tanglung


Merah sana sini,
cantik sangat mcm kat China

----------
Sent from my Nokia phone

Saya Nak pergi KK 3D2N

 credit to google

Stand a chance to receive, enjoy and review an Astro B.yond PVR set, and even win a 3D/2N
getaway at Sutera Harbour in Kota Kinabalu! A contest exclusively for you Nuffnang Bloggers! #byondpvr

p/s : klik lah link ni ye >>> Astro Byond

The Grato

Hari isnin , aku dan fir pergi makan kat sini 
Grato terletak di Seksyen 3 area Bangi Perdana
Merupakan Gerai biasa yang menjual 
Western Food selain tu ada jual mee rebus ,laksa 

layan gambar

 Chicken Chop

MeatBall apa aku tak ingat dah 
yang ni okeh !

 Chef nya

Aku kasi 2.5 bintang dari 5 bintang
Aku rasa aku lagi suka D' One steak kot
Harga pun lebih kurang je

Track Suits cerut/zip tidak dibenarkan

Semalam adik minta duit nak beli Track Suits
Tapi track Suits yang nak dibeli 
mesti ada ciri-ciri seperti yang cikgu nak

Sebab adik kata cikgu tak kasi pakai tracksuit yang kaki dia ada zip/cerut
Mungkin ada sebablah kot kan cikgu tak kasi pakai yang kaki dia ada zip
aku cuba berfikiran positif
Walaupun akak ngn adik cakap
janji ada jadik le ,cikgu ni banyak sangat songehnya ,kata anak2 aku!

yang camnie kaki dia ada zip/jerut
cikgu tak kasi


yang bawah ni 
dibenarkan!


Walaupun kami bukan orang senang
Masa nak masuk sekolah aritu dah beli 
nampaknya kena beli lagi
Aku cuba jugak lah cari seperti yang cikgu nak tu
Semalam adik dah cari kat Warta tak jumpa

Ari nie aku terai cari lak ,benda2 ni kalau time kita nak cari 
nanti mula lah tade
kadang terpikir
kenapa kat sekolah tak jual je seperti apa cikgu nak
macam beg sekolah ke, tracksuit ke,tshirt ke,setokin ke.tudung
jadik semua ikut spec yang diizinkan senang
budak2 pun takyah nak pandai2 pilih sendiri 
mak bapak lagi senang!
tak bazirkan duit


pic credit to google



Selera hilang


Kadang-kadang tertiba je ilang selera nak makan.
Tak tau nak makan apa,mcm dah jemu makan pun ye!,
tapi kalau tak makan nanti pening pulak.

Tapi budak yg ada dalam gambar tu berselera je,
tu tengah sarapan roti telur

jeles betul

----------
Sent from my Nokia phone

Jan 11, 2011

Sana sini situ jem dari pagi bawak ke tengahari



Pagi nie kononnya aku nak ke PublicBank Sg Chua
Aku nak bank in kan cek

Sekali sampai je area Sek 7
kereta dan beratur panjang
sampai ler kat area nak masuk ke tol Sg Chua tu
Jadi Aku buat keputusan masuk je lah ikut tol
Ingat jem sebab nak bayar tol je
walupun sebelum tu dah dengar kat radio, jem disebabkan ada accident

ni ler gambar2 yang aku snap masa kete tak bergerak
dalam2 jem tu puas aku berpikio
nak ikut jalan mana nie , kalau layan kan jem tu , 
ntah kol berapa masuk opis


 akhirnya aku berjaya meloloskan diri dari jem

ingatkan abiskan situ je
sekali time lunch hour , aku nak amik fir antar g sekolah 

jem lagi 



tengahari tu dari sg ramal , masuk je jalan ke Soho tu terus stuck situ 15 minit..
sudahnya fir lambat sikit masuk kelas..
lambat tak lambat lah , tapi budak pagi sudah balik time aku hantar tu 

Punca jem adalah kerana accident
Biar lambat asal selamat
tapi jangan lambat2 sangat sampai bikin orang belakang marah tau!