May 4, 2009

Hukum ASB


SOALAN


SAYA ingin bertanya mengenai skim pinjaman Amanah Saham Bumiputera (ASB) yang diberikan bank konvensional contohnya, Bank A memberikan pinjaman sebanyak RM100,000. Tetapi pinjaman itu ditukar ke dalam bentuk sijil yang dipegang bank.


Setiap bulan peminjam perlu membayar kepada bank sejumlah yang ditetapkan, tetapi bonus dan dividen itu sendiri setiap tahun diberikan kepada peminjam. Selepas beberapa tahun dan pinjaman sudah dijelaskan keseluruhan, maka sijil ASB itu akan menjadi hak peminjam. Soalan saya:

a. Adakah pinjaman ASB ini dibenarkan dalam Islam? ASB itu sendiri, ada sesetengah yang mengatakan ia shubahah?

b. Bolehkah kita terus menyimpan wang yang banyak di dalam akaun Tabung Haji, seumpama menyimpan di bank walaupun kita sudah ke Makkah? Bukankah Tabung Haji adalah 'tabung' untuk menabung ke tanah suci bukannya bank untuk menyimpan dan memberikan keuntungan? Minta datuk jelaskan.

INGIN TAHU
Kuala Lumpur


JAWAPAN


Skim yang ditawarkan Permodalan Nasional Berhad (PNB) membolehkan pelabur membuat pelaburan melalui pinjaman bank, bergantung kepada kemampuan peminjam untuk membayar balik.

Memang benar selepas selesai pembayaran, sijil akan menjadi milik peminjam. Persoalan sama ada pinjaman ini halal atau tidak bergantung kepada jenis dan skim pinjaman yang saudara buat di bank berkenaan.

Jika sistemnya berasaskan sistem Islam dan diperakui panel syariahnya maka insya-Allah pinjaman itu halal. Muzakarah fatwa yang ke-80 sudah memutuskan bahawa pelaburan Amanah Saham Nasional (ASN) dan ASB adalah harus dan halal.

Asal simpanan dalam Tabung Haji ialah sebagai tabungan untuk menunaikan ibadat rukun Islam yang kelima ini. Bagaimanapun jika sudah menunaikan haji tidak salah mengekalkan terus simpanan ini melalui Tabung haji kerana mereka akan membuat pelaburan yang juga menguntungkan.

Tabung Haji ada panel pelaburan yang kompeten dan berusaha beri dividen yang meyakinkan penyimpannya

credit to metro.

12 comments:

joegrimjow said...

cam soal jawab dlm surat kabo
hihi

leadleedeea said...

thanx for da info dear..hehe

mslvoe said...

ye ker haram? sib baik my hubby xjadi amik aritu. sha yea dh lama abis

Yan said...

yan baru terpk nak buat dlm ms terdekat ni. huhuhu

Suziey Ahmad said...

kty..sy bru je buat topic as my presentation ni dlm kelas muamalat...asb mmg hukum dia harus..byk pendpt ulama yg bercanggah satu sama lain..tp masing2 dgn dalil2 masing2..tp asb mmg hukum dia harus..sbb dgn asb je kita dpt menaikkan dan membantu kewangan melayu bumiputera..tp ape yg buatkan adependpt yg kata dia haram sbb pelaburan dia sume disahkan mengikut syarak..di tpt2 yg halal cuma disbbkan pelaburan dlm maybank yg buatkan ianya sangkut utk dihalalkan sepenuhnya..sbb tu sape yg xkonfiden (sbb maybank pn ade melabur kt tpt2 yg bertentangn dgn syarak jgk)so kalu xyakin better xyah...pindah je ke tabung haji..tbaung haji ade skim simpnan and tabungan utk pegi haji..so xsalah..it was just my 2 cent:)

Amiha Ayu said...

credit to u now.. thnks for the info kak ty!

syanis said...

HASBEN AIN PERNAH BUAT.... BAPA TAHUN NYER EH.... 5 KOT... HERM... DUIT NYER PUN DAH KUAR DAH..... DAH HABIS DAH.... CAMNER YER

@tune® said...

owh begitu

Nurmala Mazlan said...

kak ty, thanks share info ni eh

~Eila Nur Kaseh~ said...

pelaburan asb tu tak buat..sebab dah tau camne diorg pusing duit kite tuu..baik simpan kat tabung jai..tak pun beli jongkong emas..skang ni emas lagi berharga...

Anonymous said...

gud info ni. tp has x de buat ASB ;)

CuTeMiUt78 said...

eemm... info yg bagus ni.. mekacih kty kongsi kan info ni