DUA dari tiga peminjam yang dirantai leher dikurung along di Seri Kembangan, Serdang sebelum diselamatkan polis, petang semalam.
Peminjam tak bayar hutang dirantai, dilayan macam hamba
SUBANG: Bagaikan hamba abdi - demikian keadaan tiga lelaki mangsa along yang dirantai dan dikurung dalam dua 'lokap' di tingkat bawah sebuah rumah kedai empat tingkat di Jalan PBS 14/2, Pusat Perindustrian Bukit Serdang di sini, sebelum diselamatkan polis petang semalam.
Seorang daripada 'banduan' along itu ditahan sejak dua bulan lalu, seorang lebih sebulan manakala seorang lagi kira-kira 10 hari. Ketiga-tiga mereka diikat dengan rantai besi pada leher, tangan dan kaki ke sebatang tiang dalam 'neraka' itu.
Tiga lelaki itu, yang amat lemah dengan kesan lebam dan luka, dipercayai dirotan di beberapa bahagian badan kerana membuat bising atau cuba menarik perhatian orang ramai di luar bangunan supaya menyedari mereka dikurung.
Mereka hanya diberi sebuku roti seorang sebagai makanan selama seminggu, manakala air minuman disalurkan dari paip tandas yang dibina khusus untuk lokap berkenaan.
Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Abdul Rahim Abdullah, berkata serbuan ke bangunan itu dibuat pada jam 2.30 petang susulan penahanan dua along di depan sebuah bank di Desa Jaya, Kepong kira-kira tiga jam sebelum itu.
Ketika ditahan kedua-dua suspek berusia 30 dan 33 tahun itu dipercayai baru selesai menjalankan urus niaga berkaitan pinjaman.
"Selepas disoal siasat, mereka membawa polis ke premis rahsia itu, yang dipercayai digunakan sebagai lokap untuk menahan dan mendera peminjam yang gagal membayar hutang. Ketiga-tiga mangsa itu ditemui dengan tangan, kaki dan leher mereka dirantai dalam sebuah bilik di belakang premis itu. Keadaan mereka amat teruk selepas dibelasah tanpa perikemanusiaan.
"Kami terpaksa meminta bantuan anggota bomba dan penyelamat kerana tidak mempunyai peralatan untuk memotong rantai mereka," katanya ketika ditemui di tempat kejadian di sini, semalam. Hadir sama Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Zainal Rashid Abu Bakar.
Abdul Rahim mengesahkan semua mangsa yang ditahan itu dilaporkan hilang oleh keluarga masing-masing di Kajang, Gombak dan Segamat, Johor, termasuk seorang sejak 10 April lalu.
"Siasatan awal mendapati mangsa itu hanya berhutang antara RM1,500 dan RM4,000, tetapi mereka dilayan seperti anjing hanya kerana gagal menjelaskan pinjaman," katanya. Semua mangsa dihantar ke Hospital Serdang untuk pemeriksaan kesihatan.
Tinjauan Berita Harian mendapati anggota bomba dan penyelamat terpaksa menggunakan mesin pemotong besi serta masa kira-kira dua jam untuk menyelamatkan semua mangsa dari lokap di dalam premis yang tidak mempunyai sistem pengudaraan sempurna itu.
Mangsa pertama hanya dapat diselamatkan kira-kira jam 6.30 petang, kira-kira empat jam selepas mereka dijumpai manakala dua lagi dilihat keluar bangunan itu 10 minit kemudian sambil diiringi pasukan perubatan.
Salah seorang mangsa yang dikenali sebagai Lim, 49, dari Kajang, berkata dia diculik along di sebuah pasar raya di Semenyih, selepas perbincangan untuk menyelesaikan hutangnya tidak dapat diselesaikan, pada 10 April lalu.
"Sejak hari itu, saya sering dipukul malah diperlakukan seperti anjing kurap hanya kerana hutang sebanyak RM800," katanya sambil menangis dan terlalu lemah hingga tidak berdaya untuk berdiri sendiri.
p/s : Skit punya pasal..susah dpt..tp takleh nak salahkan diaorang dah terdesak..nak mintak tolong kt sapa..???
25 comments:
betul ar kak benda nak jd nak slh sape pun x leh...p jd peringkatan pd kite..along ni pun makin berani bt mcm2...
gile kejam kan dorg nih....ikat tali besi tu kat leher tuh!!!sian tul dorg...
Moral of the story...jangan pinjam duit kat along
along ohh along
fiesyah ~ tu ar takleh nak salah kan sapa2
niza ~ tu ar kejam kan
na ~ tu ler ..
joe ~ along laki den tau
melampau ek...kesiann
sy bkn along
sy hanye nk tlg..
kui kui kui
cian pulakkan diperlakukan mcm tu sekali.
za ~ tu lor.sian...
has ~ tak berhati perut betui kan
aduiiii.....kejam nyerr....
siannya... harap org ramai amik pengajaran jgn pinjam drp along. kdg2 diorg rasa diorg pinjam sikit... boleh jer bayar. tp dah namanya pun along. mmg penipu. interest lg tinggi drp pinjaman... tu yg bayar x abis2 tu.
kasihannya..kalo along tu jadi angah dia jahat x?eh hambar!hikss
salam hai kak atty
seram kan tgk ahlong ni..
siap ada penjara lagi..
aduhai..
kesian...tula...kesempitan hidup di kota..hmmmm
nape depa nk kurung? if kurung bukan yea dpt duit balik. kdg2 x faham la peel along nie
baru tgk jap td kat tv3...kesiannya...dia rantai leher org tu...takut aku tau>....
erk! menggerunkan huhuhu
mintak2 la jauhkan sume ni kan atty
jgn pinjam duit kat along..BAHAYA
manusia sanggup buat apa saja bila dh terdesak walaupun jika terpaksa masuk dlm kandang harimau...
salam atty....
takutnya ngan urang yang kena blasah ngan along tu erk
kalau boleh, jangan lah pinjam ngan urang cam ni, bunga yg tak tahan tu. TAPI KALAU DAH TERPAKSA KITA TAK LEH NAK BUAT APA KAN. NASIB BAIK POLIS DAPAT KESAN.....SIANNYA.
kelebar malam..tu lah..terdesakkan..
dila~ tu ar nasib jumpa kan..kalo tak bertaun kena seksa mau mati kering..
siannyer..manusia dh xde keperikemanusiaan..pinjamnyer sikit..nanggungnyer seksa..
eemmm.. betul tu kak..
sume chinese ke yg kena tu?? adeh dekat jek dgn uma weols kekdahnye..ishhh takut siot!
tulah skang ni cost of living tinggi yg mana da takde jalan tu tepaksa meminjam ujung2 jd lagu ni..kesian!
kak atty...
saya sll baca kat paper kate bank tak bg buat loan,tu pasal diorng pilih along.mcm mana bank nak pprove kan loan,kalau ccris dgn ctos buruk,kan.saya sll advice customer,jaga pattern pyt,tpi diorng degil.bersusah2 dulu takpe la,dah pinjam...bayar la.tapi bila kita mtk,marah2...siap berlagak tak kisah rekod buruk.tuh lah akibatnyeee...
Post a Comment