
Merokok adalah tabiat yang tidak sihat, ia menyebabkan gigi, jari dan kuku anda menjadi kuning, dan ia boleh membahayakan kesihatan anda. Dengan sekali hisap, anda menyedut lebih daripada 4000 bahan kimia beracun. Nikotina dalam rokok boleh menyebabkan kanser peparu, kanser mulut dan penyakit kronik yang lain. Malah ahli sains juga menegaskan bahawa orang yang tidak merokok terdedah kepada bahaya yang lebih besar apabila mereka menyedut asap rokok dari perokok lain. Ia juga membazir duit. Seorang perokok yang menghisap sekotak rokok sehari (berharga RM4,mana dpt dah kot harga nie..), membelanjakan lebih kurang RM1,300 setahun untuk membeli rokok � jumlah ini boleh digunakan untuk membeli 30 CD yang asli! Jadi hargailah kesihatan anda�jangan merokok.





















