Jun 29, 2010

Nasi Ayam


Ini nasi ayam ..bukan nasi ayam Gemas ye.
nie nasi ayam dari restoren Lengkuas Seksyen 7
Bagi aku nasi Ayamnya terbaik .sup sedap ..palin penting nasi dia aku suka .tak macam nasi minyak 
cuma yang kurang salad..just ada timun je.ikut mood pelayan ..
kadang kasi sekeping.mood dia okeh .dapatlah 2 keping.

tapi memang sedap lah ..cuba ar terai .
harga berpatutan.

Jun 28, 2010

Rahim Terbalik

Apa itu rahim terbalik atau rahim retroverted?

Adalah nama yang diberikan kepada rahim yang membengkok kebelakang. Rahim terbalik adalah istilah yang silap diberikan kerana ia sebenarnya tidak terbalik sama sekali.
Kebanyakkan wanita dilahirkan dengan rahim lurus ataupun sedikit terjungkit kebelakang atau kedepan. Rahim Retroverted cuma merupakan salah satu variasi kedudukan rahim dan selalunya tidak berkaitan dengan sebarang masalah kesihatan.
Walaubagaimanapun, ia kadang-kadang menyebabkan kesakitan semasa bersama atau semasa haid dan, pada segolongan kecil wanita ia mungkin merupakan salah satu tanda sistem peranakan bermasalah.

Sebab terjadi rahim terbalik (RT)?

Pada kebanyakkan wanita, penyebab utama ialah genetik kerana mereka dilahirkan dengan rahim terbalik dan normal secara keseluruhannya.
Tetapi terdapat juga faktor yang lain yang menjuruskan anda untuk mengalami RT, ia termasuklah:
  • Kehamilan: Semasa hamil rahim membesar dan otot yang menyokong rahim akan menjadi lemah. Disebabkan itu, ramai wanita mendapati mereka mengalami RT selepas melahirkan.
  • Menopos: Semasa menopos, hormon estrogen yang berkurangan menyebabkan otot tersebut menjadi lemah dan berada pada kedudukan retroverted.
  • Masalah pada sistem peranakan. Penyakit radang pelvis dan endometriosis boleh menyebabkan rahim retroverted kerana parut yang terjadi akibat penyakit ini menarik rahim kebelakang menyebabkan rahim bertukar posisi.

Apakah gejala RT?

Kebanyakkan tiada apa-apa gejala tetapi sekiranya ada, ia selalunya berkaitan dengan sakit semasa hubungan seks atau semasa haid
Gejala lain yang sangat jarang ialah:
  • Sakit belakang
  • Sakit semasa kencing
  • Masalah kesuburan

Bagaimana untuk mengetahui samada saya mengalami RT?

Sekiranya anda mengalami simtom seperti diatas, doktor selalunya akan membuat:
  • Pemeriksaan pelvis atauvagina
  • Pemeriksaan imbasan ultrasound
  • Ujian ini dengan senang dapat mendiagnos samada anda mengalami RT atau tidak.

Bilakah RT ini boleh memberi masalah kepada saya?

Sekiranya anda di diagnosakan mengalami RT dan dalam masa yang sama mengalami:
  • Sakit senggugut yang keterlaluan
  • Haid yang tidak teratur
  • Masalah keguguran
Anda mungkin mengalami masalah lebih dari sekadar RT biasa. Pemeriksaan imbasan ultrasound atau ujian diagnostik laparoskopi selalunya dapat memberikan jawapan terhadap punca masalah itu.

Adakah RT boleh memberi kesan kepada kesuburan saya?

Ramai wanita yang mengalami RT risau ia mungkin akan memberi kesan kepada kesuburan tetapi fakta sebenar ialah kebanyakkannya wanita yang mengalami RT akan hamil dan mengalami kelahiran yang normal sebagaimana yang lainnya.
Walaubagaimanapun, sekiranya anda sukar hamil dalam masa yang sama, ia mungkin tanda masalah sistem peranakan. Berjumpalah dengan doktor anda untuk pemeriksaan lanjut, doktor mungkin akan membuat penilaian samada anda mempunyai endometriosis atau masalah sistem peranakkan yang lain.

Apakah saya memerlukan rawatan?

Sekiranya tiada masalah lain seperti endometriosis atau radang pelvis dan anda masih mempunyai masalah sakit semasa haid dan semasa hubungan seks, doktor mungkin menyarankan:
  • Senaman kegel: untuk menguatkan kembali otot yang lemah
  • Pesari: Alat plastik yang yang diletakkan dalam vagina untuk menyokong rahim.
  • Pembedahan: Prosedur dimana otot uang menyokong rahim akan dipotong dan dipendekkan. Selalunya dilakukan secara laparoscopi.
info didapati dari sini 

Jun 26, 2010

The Horny Grandma [CHINA]

Granny Zhao – nama panggilannya dulu – adalah seorang wanita tua dari Zhanjiang yang menjadi terkenal karena tumbuh ‘tanduk’ di dahinya. Menurut keluarganya, tanduk itu muncul sekitar 3 tahun yang lalu, sebelumnya hanya  tahi lalat kecil biasa, namun entah kenapa lalu berubah menjadi ganas dan terus membesar. Awalnya dibiarkan, namun tumbuh menjadi tidak terkendali bahkan kini menjadi sangat menggangu pandangannya. “Saya menjadi tidak nyaman karena telah menghalangi pandangan saya,” kata nenek Zhao.

Jun 25, 2010

Menjaga Tali Pusat Bayi.

Bayi 
baru lahir
Semasa didalam rahim ibu, bayi bernafas mengunakan uri yang bersambung melalui tali pusat. Selepas dilahirkan tali pusat ini tidak lagi diperlukan dan bakal menjadi ‘bellybutton’ seperti orang dewasa.
Sebaik dilahirkan, tali pusat bayi kelihatan seperti jeli yang panjangnya lebih kurang 3 cm terkepit dengan ‘clamp’ semasa proses bersalin sebelumnya. Tali pusat tidak mengandungi saraf jadi bayi tidak akan merasa sakit semasa mengendalikanya.

Ia tidak kelihatan begitu cantik tetapi menakjubkan kan?
Tali pusat bayi tidak memerlukan penjagaan rapi tetapi sebelum ia menjadi kering dan luruh dengan sendirinya, eloklah biarkan ia bersih dan kering sepanjang masa.

 Cara menjaganya
 1.     Pastikan Ia bersih. Anda boleh mencusi mengunakan pencuci ‘spirit’ tetapi kajian terbaru menunjukkan, tali pusat lebih cepat sembuh sekiranya dibiarkan begitu sahaja. Cuci dengan pembersih cuma apabila ia menjadi kotor atau terkena najis. Pastikan tangan anda bersih dan bebas dari kotoran dahulu sebelum mengendalikannya. Pegang dengan jari hujung tali pusat dan lap kering kelilingnya mengunakan tuala kecil yang  bersih. Bagi kawasan yang agak dalam, anda boleh mengunakan ‘cotton bud’ .Sekiranya puan mengunakan alat pengering rambut, pastikan jarak yang selamat dan gunakan suhu yang sederhana.

2.     Biarkan ia kering. Dedahkan tali pusat untuk mempastikan ia kering dari akarnya, iaitu kawasan yang bersambung dikulit. Pastikan lampin bayi tidak menutupinya. Sekiranya nampak basah terkena air kencing, cuci dengan segera dan lap kering sepenuhnya.
 3.     Mandi gunakan sponge. Secara praktikalnya ia lebih sesuai sehinggalah tali pusat pulih sepenuhnya. Sekiranya ia sudah luruh, anda boleh mula mandikan mengunakan tub atau sink.
4.     Biarkan ia gugur dengan sendiri. Cuba untuk bendung keinginan untuk menarik tali pusat walaupun ia terjuntai seperti dari seurat benang.
 Tanda jangkitan
selepas 2
 hariSemasa tempuh pemulihan, agak normal sekiranya tali pusat kelihatan keras atau terdapat darah kering padanya, tetapi kalau terdapat tanda tanda seperti dibawah, anda disarankan untuk membawa bayi berjumpa doktor dengan segera,
  • Kelihatan kemerahan dan bengkak
  • Berdarah tanpa berhenti
  • Keluar nanah
  • Mengeluarkan bau yang kurang menyenangkan.
 info didapati dari sini

Jun 24, 2010

Tinggal Kenangan

besh gak lagu nie ..

Merawat Demam

Apabila anak anda mengalami demam, ia selalunya menunjukkan yang badannya sedang melawan serangan kuman.  Walaubagaimapun, kanak-kanak juga mungkin akan cuma mengalami sedikit rasa panas, berpeluh dan rasa “feverish” tanpa betul betul mengalami demam yang sebenar.

demamTidak semua bayi atau kanak-kanak akan mengalami demam walau badannya sedang melawan jangkitan kuman dan tanda-tanda mungkin berbeza diantara satu dan yang lain.

Ada setengahnya mungkin aktif walaupun mengalami demam tinggi dan ada juga yang kelihatan cukup lemah walaupun cuma mengalami demam yang sederhana sahaja.

 Kebanyakan demam yang ringan dengan sendiri hilang selepas 2-3 hari tapi sekiranya  ia berlarutan bawalah anak anda berjumpa doktor.

Bagaimana demam terjadi?

Demam menolong anak anda melawan jangkitan kuman dengan memberikan persekitaran yang kurang baik untuk bakteria dan virus membiak. Bahan kimia yang dirembes kedalam darah akan memberikan signal ke otak untuk menaikan tahap suhu badan kanak-kanak yang akan menolong sel darah putih melawan kuman.
Rasa mengigil adalah disebabkan oleh urat yang kejang supaya tubuh boleh meninggikan lagi suhu badan. Peluh yang terjadi semasa demam pula mencegah suhu badan agar tidak menjadi terlalu tinggi.

Apa yang perlu anda buat?

Sekiranya anda mensyaki yang anak anda mengalami demam, alat pengukur suhu yang boleh didapati difarmasi dengan senang dapat mempastikan samada anak anda demam atau tidak. Sekiranya ia melebihi 37.7 darjah demam terjadi. Sekiranya ia disertai dengan mata kuyu, kulit kering dan kencing yang jarang ia menunujukkan anak anda mengalami dehidrasi perlu mendapat perhatian segera. Bagi anak kecil seperti bayi, sekiranya demam disertai dengan tangisan  berterusan, tidak aktif dan leher kejang mungkin tanda jangkitan yang lebih serius, bawalah bayi doktor untuk pemeriksaan.

Gejala gejala serius yang memerlukan pemeriksaan segera. 

  • Demam melebihi 3 hari walaupun sudah diberikan ubat
  • Tanda dehidrasi seperti dahagam mata layu, kulit dan bibir kering
  • Menangis berterusan, kurang aktif, tiada selera makan, leher kejang
  • Sakit perut
  • Bayi tiada 'eye contact'
  • Badan kejang dan penafasan yang terlalu pantas.

Jun 23, 2010

Kenapa mesti ada lebih dari satu Handphone

 Masa aku lunch  kat D'One Steak
seperti biasa aku lone ranger kalau lunch ..
kecuali along keje petang ..boleh dia tolong bayau kalau lunch sesama .

aku duduk .berdepan dengan seorang abang mungkin 
 juga pakcik sebab rabun dah beruban...
sambil makan abang lah ye ..senang .hehehe 
sambil makan si abang tu ..main lappy dia.rasanya dia bermukabuku 
macam aku jugak .

yelah sambil tunggu order ..takan aku nak tatap muka siabang tu kan 
jadiknya aku pun update lah status facebook aku 
nie yang aku update status facebook selang satu minit nie .
lepas tu si abang ni pun mula lah start koling-koling.
kejap koling..pakai hp nie .jap pakai hp len .
  baru aku pasan ..dia kol bukan menggunakan satu handphone.
itu pun aku terpandang.atas meja..elok je dia susun .handphone tiga-tiga atas meja.lepas tu atas tisu .


aku sekadar tersenyum je melihat 
dalam hati aku ..fuh abang nie ada 3 hp..aku yang satu pun mengong..
dan aku tertanya .kenapa sampai 3..untuk apa .
ade 3 bini ke apa ..ke untuk bisnes..yang pasti .memang orang kaya lah kot kan .
kalo kayap .takan nak pakai sekali 3..nak buat kemendanya kan..
apapun untuk si abang..yang penting jangan curang okeh ..

Meh tengok apa yang aku makan aritu..

chicken grilled -RM9/=

Air bandung ..my feveret ~ RM2

p/s : entry nie aku dah draft sejak hari isnin petang lagi ..

Fibroid

Apa yang anda perlu tahu tentang fibroid?

Fibroid adalah sejenis ketumbuhan yang berasal dari tisu pada rahim. Apabila ia membesar, fibroid boleh memberikan pelbagai masalah kepada wanita seperti, menghimpit pundit kencing, mengalami haid yang banyak, sakit samasa haid dan sakit semasa bersama dan sebagainya. Ia boleh tumbuh sehingga sebesar biji bola tapi ia bukan sejenis kanser.

Kebanyakkan simtom yang dihadapi oleh wanita ialah kerap kencing, sembelit, sakit haid, darah haid yang banyak. Kadang-kadang dia boleh menghadang pintu rahim dan sekiranya wanita tersebut hamil, beliau terpaksa bersalin secara pembedahan ceasarean.

Bagaimana wanita boleh menghidapinya?

Fibroid adalah kejadian yang kerap terjadi iaitu pada 25% kaum wanita tetapi setakat ini kita tidak dapat pastikan bagaimana ia terjadi. Walaubagaimanapun, kehadiran hormon estrogen berkait rapat dengan pembesaran fibroid. Fibroid terjadi kebanyakkan pada mereka yang berusia 30-40 tahun iaitu dalam usia reproduktif. Apabila umur semakin meningkat dan takat estrogen yang semakin rendah, fibroid juga akan susut secara sendirinya.

Apakah simptom yang dihadapi wanita?

Kebanyakkan wanita tidak mengetahui mereka mempunyai fibroid kerana ia jarang memberikan masalah tetapi sekiranya ia terlalu besar dan berada pada ruang saluran, pesakit akan mengalami:
  • Sakit semasa haid (senggugut)
  • Sakit belakang
  • Haid yang banyak
  • Sembelit
  • Kencing kerap
  • Keguguran yang kerap
  • Sukar mengandung

Bagaimana fibroid dapat dikesan?

Kebanyakkan fibroid dikesan secara tidak sengaja kerana ia sering tidak memberi sebarang gejala. Sekiranya anda merasa sesuatu bengkak pada bahagian bawah perut, berjumpalah dengan doktor untuk mengetahui punca pada bengkak tersebut. Ujian ultrasound scan dengan senang akan dapat membezakan samada bengkak itu berasal dari firoid atau ovari.

Bagaimana fibroid ini dirawat?

Kebanyakkan fibroid tidak memerlukan rawatan tetapi doktor anda akan mempertimbangkan atau menyarankan rawatan bergantung kepada:
  • Sebanyak mana haid dan sakit senggugut yang anda hadapi
  • Berapa cepat fibroid tersebut membesar
  • Usia anda kerana fibroid akan mengecil apabila mencapai usia menopos
  • Keinginan anda untuk mendapatkan anak, kerana fibroid boleh menyebabkan ketidaksuburan dan kesukaran untuk mengandung
Sekiranya anda memang memerlukan rawatan, terdapat dua jenis pembedahan yang akan disarankan. Satu dinamakan myomectomy dimana ketumbuhan itu sahaja yang akan dibedah dan dibuang oleh doktor, manakala hysterectomy pula adalah pembedahan membuang kesemua rahim dan selalunya dibuat kepada wanita yang hampir mencapai usia menopos dan mereka yang tidak lagi mahukan anak.

Bagi mereka yang masih inginkan zuriat, myomectomy adalah pilihan terbaik. Walaubagaimanpun, risiko pendarahan semasa pembedahan adalah lebih tinggi tinggi berbanding hysterectomy.

Ada juga ubat yang boleh mengecutkan fibroid tetapi ia mempunyai kesan sampingan dan keberkesanannya pula tidak begitu memuaskan kerana fiboid akan tumbuh semula selepas ubat tersebut habis dimakan.

Selepas myomectomy, terdapat 25% risiko untuk fibroid membesar semula dalam masa 10 tahun. Satu -Satunya prosedur yang boleh memastikan yang fibroid tidak tumbuh semula ialah melalui hysterectomy.

Macamana untuk menghindar dari mendapat penyakit fibroid ini?

Malangnya tiada cara yang boleh kita hindari untuk mengelak dari fibroid kerana ia tiada kaitan dengan pemakanan atau gaya hidup dan ia juga bukan sejenis penyakit keturunan.

Saya sepi sementara

hari nie saya stop semua aktiviti ,berblogging lebih2 lagi blogwalking
tapi dah siapkan entry autopublish .
jadiknya  kty tak dapat nak blogwalking maybe 7 hari macamtu ..
apapun doakan yang terbaik untuk kty
 
untuk firdaus .akak dan adik
korang semua jaga diri
fir ..jangan nakal ..jangan buli nenek
akak ~ ko jangan nak merayau je..siapkan baju sekolah untuk firdaus
adik ~ kalau lapar kol ayah eh ..


nie masa semalam balik sekolah
fir kalo balik je dari sekolah dia masuk je pintu umah
tanya ..dah mama masak apa .
tak sempat tukar baju .dah makan ..
takecare anak mama semua .nanti  mama balik  kita jumpa..
mama bawa fir tgk citer toy ye..
takecare semua ..

Jun 22, 2010

Nak Cepat udahnya jadi lambat

Tengahari tadi ..masa lepas aku antar firdaus.
masa kat simpang ..ada satu kereta wira , pemandunya lelaki india
aku tengok dia buat u-turn di tempat yang tak sepatut..
dalam hati aku masa tu nak g mana lah tergesa-gesa sangat

sampai kat roundabout..tertiba kereta wira tu .
terpaksa memperlahankan kereta..sebab ada motosikal depan dia ..ditunggang oleh seorang pakcik
dari air muka lelaki india tu aku tau .dia tak puas hati dengan pakcik tu .sebab kalau boleh dia nak terus je jalan ..
tertiba jer..masa aku nak jalan .
kereta wira yang dipandu lelaki india tu .
terus menghentam pakcik yang di depannya .

lelaki india tu hanya mengangkat tangan je.
tak keluar pun .nak settle ke ..apa ..
aku terpaksa meneruskan perjalanan..
cuma dalam hati aku .tu lah....nak cepat ..udahnya jadik lambat..
 bila aku berhenti kat traffic light , kereta wira tu takde pun .
mungkin diaorang berhenti tepi nak settlekan masalah .nasib pakcik tu tak jatuh
cuma belakang moto dia pecah ..

tu ler bergunanya pepatah ..BIAR LAMBAT ASAL SELAMAT.

Gayat..sapa sini yang gayat..

Aku kan kalau bos aku suh pegi company nie 
adoi lemah kepala lutut aku .
sebabnya company nie .opisnya terletak kat atas bumbung..kira..tahap2 atas bumbunglah .
aku tak kesah .kalau .tangga dalam bangunan ..
masalahnya tangga dia macam tangga kecemasan tu .
udahlah atas bangunan .lepas tu tangganya ..bikin aku lemah lutut bagai .
aku naik selow..sebab takut .angin tiup 
badan aku yang besar lagi berat..
ye lah .angin kalau atas bumbung kan kuat.
badan besar pun leh dibawa terbang ..





ni lah rupa bentuk tangganya 
dah le palin atas ..tinggi lak .
gerun aku ..amik masa 1 jam .baru sampai atas..
lepas nier kalo bos suh pegi lagi aku nak cakap lah 
saya gayat lah bos..

Rendang Kerang

rendang kerang ..nie 
mak yang masak untuk anak-anak dia 
sebab ni mmg kegemaran aku ngn adik .
Bila ada rendang kerang..
aku pun niat lah nak makan ngn lemang.
time taknak ..sepah-sepah orang jual.
tapi aku tingin sangat makan ..punya lah payah nak cari lemang .

Tip Pemakanan Semasa Menyusu Badan

Beri tumpuan kepada wholegrain dan bijirin, buah-buahan segar, sayuran dan makanan yang memberikan banyak protin, kalsium dan zat besi. Adalah sangat penting untuk minum air dengan secukupnya untuk memastikan anda sentiasa well hydrated semasa menyusu.

Minumlah 8-10 gelas sehari, ketika menyusu badan, oxytocin dirembeskan dan ini akan membuat anda merasa dahaga, tetapi ia tidak mengurangkan bekalan susu anda.

Semasa mengandung, cuba kurangkan pengambilan minuman berkafin atau alkohol. Kafina bleh berkumpul di dalam susu badan dan boleh menyebabkan bayi anda terganggu.

Anda boleh meneka ada sesuatu yang tidak kena pada pemakanan anda sekiranya ia menyebabkan bayi anda menangis, fussy atau tidak dapat tidur dengan nyenyak.

Makanlah vitamin dan zat besi secukupnya semasa hamil supaya anda tidak mengalami anemia semasa hamil dan semasa pantang.

Amalkan memakan tablet kalsium kerana ia merupakanbahan yang penting untuk membina tulang bayi. Ramai ibu yang menyusukan bayi kekurangan kalsium lebih-lebih lagi selepas penyusuan eksklusif.

Jun 21, 2010

aku nak buat party kt MCD..

mimpilah aku nak buat party ..nak celebrate amenda!
besday aku pun dah lepas hah ..sapa yang lom kasi diah..lagi sila kasi ar..wahahhahaa.
nan adolah . takde party-partynya
al kisah ..dari minggu lepas aku dapat kol
dari  MCD branch Damansara kalau tak silap aku

dia kata nama aku yasmin ..giler apa nama aku yasmin ,Bila masa lak nama aku berubah dari attyfir kepada yasmin ..
tapi bila budak tu sebut no tel .betul lah pulak ..aik..ni bulan april ke dalam hati aku .
bila masa lak aku ada buat tempahan ..
2-3 kali aku suh budak tu ulang..balik no tel tu 

aku cakap .aku tade buat apa2 tempahan pun .
pagi ni 2 kali kol lagi ..kebetulan lom abis dia cakap .hp aku bengong batery kong...tak kose aku layan
cuma aku ralit ar..tak tanya .tempahan tu dah bayar ke belum ..kalo udah ..
leh kita enjoy dulu..

Hantaran Itam + Kuning

ramai tanya ye mak aku ambil tempahan ke ?
mak aku memang selalu buat hantaran ..tapi hanya untuk sedara mara 
kiranya suka-suka ..tolong -tolong sedara mara yang mintak tolong je..
mak tak buat bisnes pun ..

                 untuk majlis pertunangan ema sepupu aku                  
yang akan dilangsung pada Julai ..nanti 
ni lah hasilnya .


Nilai 3 ..sopink sakan ..sampai mak hilang

Cuti sabtu ahad yang lepas 
aku berumahtangga kat nilai 3 
dua hari berturut-turut asyik ke nilai 3..
apa lagi kalau tak teman mak beli barang-barang untuk hantaran ..

masa hari sabtu tu 
kami pegi kedai TQ..
masa nak gerak dari kedai tu nak ke kedai lain 
tertiba kereta adik baterry kong 
nasib kedai kete dekat nak tukar baterry ..

tapi yang kelakar..lepas selesai tukar baterry ..
kami kol emak ..tengok emak ilang sudah ..
memang kelakar ar time nie .
mak lak tak pandai kasi direction ..bila tanya mak kata tak jauh ..dkt situ je.kami melilau lah cari .mak 
udah nya ade taukeh kedai yang cakap ngn kami ..arah kedai dia .baru lah kami jumpa mak .
macam-macam..tapi ..mak bukan lah ilang ye .
mak kata andai kami tak jumpa mak ..dia leh je balik naik teksi.

bayangkan mak g kedai bawah nie ..kami kat hujung sana..
tu yang mak kata tak jauh


firdaus.

Hampir ku tak ingat wajah abahku........

Hari ini hari bapa
di saat semua orang menyambut hari bapa..
aku tidak menyambutnya kerana 
aku sudah tidak punyai bapa yang ku panggil abah

Minggu lepas aku pergi umah adik .aku 
sambil lepak-lepak ..aku belek album lama2..
sedang asyik menyelak helai demi helai album
tertiba mata aku terpaku pada satu wajah ..

wajah abah..ye telah hampir 5 tahun abah pulang ke rahmatullah
dan sepanjang tu ..wajah abah mungkin sedikit pudar ..dari ingatan..
bila aku tatap wajah abah di album tu .
baru aku perasan ..lain benar muka abah saat tu .

percaya tak?
esok tu masa aku drive ..nak ke kajang ..
lepas aku sentap dengan seseorang ..
tertiba aku bercakap pasal arwah abah dengan kakak anak perempuan ku 
tertiba akak cakap ..
mama ..akak hampir lupa wajah atuk ..
haritu kita tgk album..nampak atuk ..akak rasa nak menangis .

maka kami berdua tertiba rasa syahdu ..
tanpa kami sedari ..kami nangis..
nangis mungkin rindu kat arwah..
terus kami singgah ke pusara abah aku .
dan hari itu aku sangat emosi 

satu yang aku ingat pasal arwah ..
dia sangat suka memasak utk aku dan adik aku .
masakan abah sangat sedap
walaupun hanya main campak-campak ..
dan abah aku sangat suka kepada budak2..

al fatihah untuk abah di sana
semoga ditempakan dikalangan orang-orang yang berimah ..amin


along dipusara arwah abah

Jun 18, 2010

Panduan penjagaan bayi jaundis





BAYI jaundis perlu didedahkan kepada cahaya bililight sebagai rawatan. – Gambar hiasan




BAYI yang baru lahir berisiko menghidap demam kuning atau dikenali sebagai jaundis, sama ada bersifat normal atau patologi.

Lebih kurang 50 ke 60 peratus bayi yang lahir cukup bulan mengalami jaundis pada minggu pertama hingga ke minggu kedua selepas dilahirkan.

Jaundis juga biasanya berlaku kepada bayi yang dilahirkan tidak cukup bulan.

Pada sesetengah bayi, ia berlaku hanya sekejap, tidak merbahaya dan akan hilang sendiri atau dengan rawatan yang ringkas . Tetapi dalam kes-kes tertentu, ia boleh menjadi serius dan perlu diberi perhatian.

Jaundis boleh dikesan dengan melihat tanda-tanda seperti bahagian putih mata dan juga kulit yang bertukar warna kekuningan.

Kesan itu dapat dilihat dengan jelas apabila ditekan. Ia bermula dari bahagian kepala dan semakin menurun ke bahagian bawah badan. Bayi jaundis juga akan kerap tidur.

Biasanya bayi yang lahir mengalami warna kekuningan ini disebabkan pigmen kuning atau lebih dikenali dengan nama bilirubin yang meningkat dalam darah.

Bilirubin ini berlaku akibat pemecahan sel-sel darah merah sewaktu bayi lahir. Ketika bayi dalam kandungan, bilirubin dibuang melalui plasentra dan seterusnya oleh organ. Hati dari ibu akan diolah menjadi bilirubin untuk dibawa ke usus dan seterusnya dibuang melalui proses tinja.

Namun setelah bayi lahir, proses tadi akan dilakukan oleh hati bayi itu sendiri. Disebabkan fungsi hati belum sempurna, proses itu lebih lambat menyebabkan bilirubin tetap tinggi dalam bayi.
Bilirubin inilah yang masuk ke jaringan kulit sehingga bayi kelihatan kuning pada keseluruhan tubuh dan matanya.

Bagi bayi normal, setelah tiga atau empat hari kelahirannya, kadar bilirubin akan menurun perlahan-lahan seiring dengan pertambahan fungsi hatinya.
Biasanya bila umur mencecah tujuh hari, bayi sudah tidak kelihatan kekuningan lagi. Inilah penyakit kuning yang bersifat fisiologi atau normal dan tidak berbahaya bagi bayi.

Namun, berbeza pula bagi yang menghidap penyakit kuning patologi. Ia timbul lebih cepat dan biasanya 24 jam setelah kelahiran dan peningkatan kadar bilirubin di dalam darah bayi juga berlaku dengan lebih cepat.
Jenis penyakit kuning seperti ini boleh disebabkan oleh jangkitan pada bayi, ketidaksesuaian jenis darah ibu dan bayi, serta kes yang jarang berlaku disebabkan kekurangan enzim G6PD (glukosa 6 Phosphate Dehidrogenase). Enzim ini terdapat di dalam dinding sel darah merah yang berfungsi untuk mencegah sel-sel darah merah.

Apa perlu dilakukan:-

Pemeriksaan akan dibuat dengan menekan kulit bayi atau mengambil darah untuk mengukur tahap bilirubin.
Untuk memeriksa sendiri, bagi kulit bayi berkulit cerah, boleh diletakkan di tempat banyak cahaya atau lampu. Tekankan kulit secara lembut dengan jari anda di bahagian hidung, dahi atau dada, jika terdapat kesan kekuningan apabila jari diangkat bermakna bayi anda mengalami jaundis.

Bagi bayi berkulit gelap, boleh periksa gusi atau mata putih.
Biasanya ia tidak memerlukan rawatan. Jika memerlukan rawatan, ia dirawat menggunakan phototerapi iaitu menggunakan cahaya. Bayi dibogelkan, mata ditutup dan diletakkan di bawah cahaya bililight.
Jika ditahap yang terlalu tinggi, penukaran darah akan dilakukan.
Kebanyakan kes jaundis ini tidak memerlukan rawatan phototerapi. Berikut disenaraikan langkah yang boleh dibuat untuk mengelak atau merawatnya.

Menyusukan bayi dari awal dan dengan kerap.
Kolostrum akan bertindak sebagai laksatif dan kekerapan membuang najis akan merendahkan tahap bilirubin.
Elakkan mengambil air tambahan. Hanya dua peratus bilirubin keluar melalui air kencing dan 98 peratus keluar melalui najis. Kolostrum dan susu yang mengandungi lemak akan menstimulasikan pergerakan membuang air besar. Jika bayi anda kenyang dengan air dia akan kurang menyusu.

Galakan bayi anda berjaga dan menyusu setiap dua jam.
Jika bayi tertidur ketika menyusu badan dan membuang air besar kurang dari tiga kali sehari, cuba perah susu anda menggunakan tangan atau pam dan beri kepada bayi anda.

Dedahkan kepada cahaya secara tidak terus kerana kulit bayi sensitif. Buka pakaian serta lampin dan letak di dalam bilik yang ada banyak cahaya.

Sumber dari sini utusan

Cimb



Lunch hour  tadi aku kena ke Cimb Bank 
collect buku cek 
aku agak bz jugak dua tiga hari nie 
aku kena settlekan semua bil-bil..salary ..
sebelum aku bercuti ..dan letak atas meja bos 
bos pun 2-2 tade minggu nie.
maybe bawak family cuti-cuti malaysia sempena cuti sekolah niekan

Olay Total Effects

 pic credit to google.

nak tanya ada tak sesapa yang pakai product nie 
ok ke tidak ..?

Satay Ikan

Satu ketika masa aku kecik
aku suka sangat satay ikan nie 
sekarang pun masih lagi aku suka 
cuma sekarang .rasa dan bentuk pun macam dah lain 
tak sesedap dulu lagi ..

Lagu Lagenda Budak Setan (Female Version)



Bila cinta kini
Tak lagi bermakna
Yang ku rasa kini
Hanyalah nestapa
Di tinggalkan cinta masa lalu


Dulu kau tawarkan
Manisnya janjimu
Dan ku sambut itu
Dengan segenap hatiku
Bila engkau pergi
Tinggalkan ku


Hilangnya cintamu
Menusuk hatiku
Hingga ku memilih
Cinta yang fana


Perginya dirimu
Merobek jantungku
Hingga ku terjatuh
Dalam harapan


 Hilangnya cintamu
Menusuk hatiku
Hingga ku terjatuh
cinta yang fana



p/s : aku suka lagu dia dalam versi perempuan nyanyi..
yang sedih bagi aku masa part ni ngn masa ayu packing barang kt kolej .tu pun kejap je..sedihnya..
 tapi aku tak nangis..pun..huhuhuhhuuh
lirik tu tak full..ada salah silap sikit..

Jun 17, 2010

iTam + Kuning Hantaran ..nya


Semalam balik umah mak ..
mak aku dah start dah buat ..hantaran untuk majlis bertunang cousin aku lak julai nanti 
kenduri baru je selesai ..ada lagi majlis yang nak menyusul

kali nie mak aku buat hantaran ..tema kaler itam + kuning 
tapi belum siap lagi ..kalau siap nanti aku letak gambarnya .

otak belum boleh berfikir

Selasa hari tu , aku bawak firdaus ke pasar malam 
ate dia adalah dapat skit duit dari neneklongnya ..atas kerajinan dia masa 
kenduri kendara aritu ..tolong menyibuk..

Jadik aku pun dalam terpaksa ..kena lah teman ..(x suka pergi pasar malam ..)
dah pusing satu round..aku tanya firdaus..nak beli apa ? 
dia jawab ..otak fir lom boleh lagi nak fikir nak beli apa 
abis berapa lama lagi otak tu nak pikir ..aku tanya ..

fir cakap kejap lagi..ar..kena round ..lagi satu round..
otak aku ..dah dok pk ..kejap lagi citer benci bilang cinta nak start dah .
nasib lah .lepas pusing 2 round.fir tau apa dia nak beli 

sekarang fir dah tak beli mainan .
tapi asik beli buku komik je..

Lagenda Budak Setan@ Aku tiada perasaan


susah lah nak review pasal citer nie 
mungkin hati ku sekeras batu 
orang dok sibuk sedih yang amat.
bagi aku citer hindustan masa 12 june aritu lagi sedih .
jadik camner..huhuhuuh..

ke aku seorang yang tiada perasaan.
atau bagi aku kisah ayu ..hanya kisah biasa dalam masyarakat kita..
apapun .aku terhibur ..suka tgk lisa ..
lebih2 lagi ..farid kamil yang ensem..hehehe..kata kakak..
tak tido ..demam .teringat Farid kamil si akak ler..
lagu dia pun besh ar..tu je aku suka..


Ingat Nak Masak Sendiri Udahnya...


Petang Semalam aku ingat nak masak ..
Yang benarnyakan aku dah lama giler tak masak ..ade seminggu lebih dah kot
barang dapur pun bulan nie aku tak beli sangat 
ate asik ulang alik umah mak je kan ..

Ingat petang semalam nak masak mee goreng
udahnya akak lak pandai2 tapaukan makanan..
jadik tak jadik ar masak.

pagi nie  sebab tingin sangat nak makan mee goreng
aku ke Amerrali Sek 15 BBB...
Suh mamak je lah masakkan untuk aku ..ngn akak .
leh tahan sedap..jugak..bila tahnya operasi diet aku nak start nie.

Azrinaz diceraikan talak satu

BANDAR SERI BEGAWAN - Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah mengumumkan perceraian dengan isterinya dari Malaysia, Azrinaz Mazhar Hakim yang merupakan bekas wartawan penyiaran stesen televisyen TV3 malam semalam di sini.

berita lanjut masuk sini >>> KOSMO

Jun 16, 2010

Adakah aku happy

Lama dah takdpt award..
kali nie dapat award dari 

tq sudi kasi kty award .nie .




1.Adakah anda happy sekarang?
Happy 
2.Kenapa anda Happy?
  sebab ari-ari duk opis ..tade keje.leh tenet je.

3.Apakah benda yang boleh membuatkan anda happy?
  ade duit leh g sopink, jalan2..makan2,cuti

4.Pernahkah anda menerima tag??
  yes pernah

5.Nyatakan warna yang anda suka.
brown,grey,

6.Beritahu 9 orang yang anda mahu tag.
takde nak tag sesapa..
sapa nak buat dipersilakan

7.Tuliskan sesuatu tentang orang yang anda tag.Tulis panjang bejela pon takpa.
  -

8.Adakah anda happy dengan apa yang ada?
 alhamdulillah setakat nie happy ..
semoga aku senantiasa happy selamanya ..

Tetamu Vvip saya

Ini adalah sebahagian kawan-kawan yang sudi hadir
Yang sebenarnya aku tidak lah menjemput ramai pun 
sebab cuti sekolah kan ,.takut memasing ada hal..
dan palin utama .aku sendiri risau ..kot aku tak dpt nak layan ..

antara yang hadir..1st tetamu aku masa ni aku lom ke hulu hilir.


liza & family

cik yumici dan hubbynya zamray 
merangkap adik ipar aku dan pakcu akak dan makucu baru akak
diaorg nie pun pengantin baru lagi nie ..
nie entry pasal diaorg
ieyna & zam wedding


Azuerina & family
 ummi azue.

terimakasih ye uols sudi datang 
maaf kalau ade kekurangan sana sini 
nextime kenduri kena tunggu atleast 10 tahun lagi .hehehhe.
nanti kalo akak kawin aku jemput semua ..insyallah ye..

Austin Steak House

Austin Steak House nie terletak kat Seksyen 7 Bandar Baru Bangi
kalau dari Billion ..terus..jumpa traffic light terus lagi jumpa  roundabout fasa 4 amik pukul 9
lepas tu jumpa traffic light..terus lagi..dalam 100mtr..nampak dah kedai nie belah kiri...






garlic bread
mushroom soup.
tak hingat nie apa..
tembikai juice.

harga memang amat berpatutan 
tapi aku suka lagi Restaurant D'One Steak..
jadik pilihan ditangan anda..

pengantin





inilah pengantin nya .
kami belah lelaki ..
ramai yang tanya..tema kami kaler oren 
kenapa pengantin tak pakai kaler oren
owh .memang gitu gaya family kitaorg
yang bertema hanya sedara -mara..pengantin ikut suka nak pakai kaler apa 
janji bukan sama ngn sedara -mara..sebab nanti kalau dalam gambar..kang tak kenal lak mana pengantin 
mana tak .ate ..semua sedara..sama cantik sama vogue .dengan pengantin .huhuhuhh..perasan lagi 

wokeh ..ini kenduri yang terakhir buat masa nie kat umah mak aku 
next kenduri mungkin  10 tahun lagi ..insyallah ..tunggu kakak ..lak ..pulak .